Thursday, December 29, 2011

Majlis perkahwinan yang sakinah!

Assalamualaikum....


Suatu hari,saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Johor Bharu.Majlisnya diadakan di sebuah dewan.Ramai saudara mara yang saya tidak saya kenali di situ.Terpinga-pinga sebentar. Awkward sebab tak kenal pun saudara mara jauh-jauh ni...Ye la,bukan selalu jumpa(ayat cover)


Saya hanya mengharapkan perkahwinan itu kekal hingga akhirnya..Aminn~


Then,dengan tak sengajanya,terpadang seorang ajnabi nih(ceh),pakai baju outing sekolah tempat saya menuntut ilmu.OMG!Time ni rasa dunia ni kecil je sebab terjumpa orang sekolah sama......Btw,pengantin lelaki itu seorang pegawai agama,pengantin perempuannya tak dapat nak dikenalpasti(=.=")




Kemudian,saya teringat salah satu majlis perkahwinan yang saya pernah hadiri.Sepupu mak saya.Apa yang saya boleh katakan,selain..TENANG.Tenang melihat pasangan yang diraikan,cara pengurusan majlis dan,katering,mungkin....


Orang-orang di situ,seorang pun saya tidak kenali selain keluarga saya yang bersama-sama menghadiri majlis itu.Saya tertanya-tanya sebentar,kenapa majlis ini terlalu tenang?


Majlis itu,tidaklah sangat mewah,segalanya sederhana.Tiada persandingan.Berpakaian seperti pengantin lain juga.Pasangan pengantin itu biasa-biasa saja.Tetap ada musik yang berkumandang di corong speaker.Karoeke?ada juga.tapi penyanyina kanak-kanak dalam lingkungan sekolah rendah ataupun lelaki.dan lagunya juga bukan ada nasyid pun.Tapi mengapa ianya terlalu tenang?Tidak seperti majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri dulu?


Kateringnya,semuanya pemuda.Lepasan Universiti agaknya.Atau mungkin lepasan SPM.Tapi saya lihat,kerjanya semua  agak teratur.Kebanyakan daripada mereka berjanggut dan tersangat kemas.Saat itulah saya merasakan sesiapa melaksanakan sunnah nabi sangat istimewa.


Saya,hairan.tapi saya tak tau saya hairan kenapa?Kerna pasangan pengantin kah?Kerana pengurusan majlis kah?bahkan tidak....sebab sampai sekarang saya masih lagi mencari...


Rupanya hampir semua kakitangan katering itu mengikuti program tabligh.Patut lah istimewa.:))

No comments:

Post a Comment