Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, December 14, 2012

I hate you when you said i love you

Assalamualaikum.


Apa khabar viewers-viewers sekalian?

Tajuk entri tak nak hot lagi lah kan? Hehehe. Bukan selalu. Ye tak?
Salah satu sebab dia, aku tahu tak ade orang bace blog ni. Ye la, kalau nak di bandingkan dengan blog M.Kay, zackzuhairi, Inche Gabbana memang jauh la kan? Tengok followers je dah tau blog tu famous ke tak. Belum lagi trafik blog lagi. Trafik blog aku? huh, nak nangis tengok :'(

Baru beberapa minggu SPM berlalu dengan gayanya. Tapi, lepas 6 Dec je, kengkawan aku ramai yang couple. Huh, dia orang memang tak boleh hidup tanpa perempuan ke? Kadang-kadang, aku yang malu sendiri. Sebab ape? Sebab aku segan maruah kaum perempuan kena pijak-pijak free je. Ade mamat ni cakap, aku ni jual mahal. It's better i saves myself to somebody that legal to me, ye tak? 

Exacly, pendapat  aq, tak semua orang nak jadi soleh/solehah. Macam aku. Aku just nak jadi baik je. Menuju Allah redha. Tapi tak nak jadi solehah sangat. Tudung labuh-labuh, no jeans. For me, islam is simple. Asal tutup aurat, ok jalan.No offense .No dikriminasi. Suka hati.Asal tak langgar adab-adab sebagai seorang perempuan, dah le~ Asal tak langgar garis panduan yang ditetapkan, cukup la. Islam=Simple.

Sudah-sudah la dengan love-love engkau tu. Tak kemana pun. Nak jejak syurga pun belum tentu lepas tau. Ambil gambar pegang-pegang dengan boyfriend, pastu tulis status, "hope our love till jannah". What the heck of that la? Ok, aku fikir, mungkin, makhluk-makhluk tu tak tau kot yng pegang-pegang without nikah tu haram kot? Than, the status should be like this "Hope our love till jahannam". Betul la kan???

Ingat nak masuk syurga senang ke? Memang la, ada hadis cakap,
"Jika seorang perempuan mengerjakan solat yang lima, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat kpd suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja engkau suka."  (HR Ahmad da Thabrani)

Tapi, perempuan sendiri kena ingat, Rasulullah cakap, ramai orang kat neraka tu wanita. Senang masuk syurga, senang juga masuk neraka. Allah tu adil kan??

#moga ALLAH redha#
peace :)

Sunday, August 26, 2012

nikah,kahwin,couple???

Assalamualaikum....

Apa khabar iman hari ni? Sihat? Mudah-mudahan iman kita semakin sihat dan bertambah setiap hari. 



Nikah, kahwin. Perkara yang atleast dalam hidup seseorang mesti ada. Terasa nak disayangi, dicintai, dibelai. Tu semua fitrah yang Allah jadikan untuk umat manusia. Cuma yang jadikan setiap manusia berbeza, dengan cara pembawakan cinta.


Bilamana kita form5 nanti diajar bab nikah, kahwin, khuluk, dan sebagainya. And masa tu kita akan tahu apa yang kita tak tahu. Best tu memang best. Rasa best sebab belajar benda baru.

Saya masih lagi merasakan saya masih terlalu muda dalam bidang cintan cintun ni. Umur baru setahun jagung kot, takkan nak fikir pasal benda yang 10 tahun akan datang kan? Memang la perancangan awal tu bagus, tapi, tak rasa awal sangat  ke?

Ada sekali, saya jumpa satu pasangan couple ni, saya tanya, "hubungan korang ni, mak ayah tau ke?" Mereka mengangguk. "Mak bapak sekarang sporting and terbuka dengan things macam ni", jawab diorang. "Oh, so, bila korang nak Allah restu korang?" Rilex la. Saya memang direct orangnya. Dah soalan tu yang nak keluar, saya nak buat macam mana kan. " Hey, nikah kahwin ni bukan perkara mudah. Hard kot benda ni. Kalau nak kahwin, kena fikir pasal ekonomi lagi, perancangan keluarga lagi, bla bla bla..." Ok, stop sampai situ. 

Nikah, kahwin itu dua perkara yang berbeza. Nikah, bila ada ijab dan qabul yang membolehkan satu pasangan itu melakukan persetubuhan. Kahwin pula melakukan persetubuhan *ustazah cakap. Berbalik pada conversation tadi, saya baru buka mata pasal couple ni. Why diorang couple. Simple. Rasa nak disayangi. Nikah and kahwin pun rasa yang nak disayangi jugakkan? ==" Ntah la. Tak faham.

Saya remaja, so agak faham sikit la kenapa remaja kat luar sana couple. And saya tahu diorang sangat tak suka bila cakap, wei, Couple tu haram! What the hack of that? Bila dah haram tu, tak reti-reti ke terangkan why hukum tu haram? And mostly "orang-orang baik" ni, terus jauhkan diri dari diorang padahal setiap orang tu Allah ada bagi dia chance untuk change. Tu saya lagi tak faham. Kenapa nak jauhkan diri padahal kita antara orang yang bertanggungjawab untuk menyedarkan orang lain hakikat hukum couple. Betul tak?

Nasihat saya pada orang kat luar sana yang masih mentah tentang cinta ni, rujuk la pada yang pakar. Kita tak tahu, so kita kena ambil tahu. Saya juga masih banyak lagi yang perlu belajar. Buat yang masih sekolah, cukup-cukup lah tu fikir pasal couple korang. Belajar pun penat nak fikir, apatah lagi couple kan? So,fikir-fikir la balik....


P/S: saya masih mentah.... Jadi kalau ada yang salah, sepuluh jari ku susun untuk memohon seribu kemaafan :DD


Wednesday, August 22, 2012

pengajaran dari seorang budak kecik :))

Assalamualaikum...

Penatnya beberapa hari ni. Buku? Huh, rindu habis nak sentuh. tapi aku belajar jugak pe. Ade la kan dari tak ada. Dont worry, trial so far ok. Result? Tu tak mau cite. Tu kesah lepas cuti.Sekarang kisah study. hehe :))

Huh, penat jugak ye jaga iman ni sebenarnya. Silap langkah sikit je, habis semua amalan. Penat, penat. Sia-sia je buat amal tapi banyak kena tolak dengan Tuhan :DD

Tadi tiba-tiba sentap. Aku ade sorang sepupu yang comel gila. Budak kecik la. Dalam umur 4-5 tahun jugak la*aku lupa umur dia .Comel je dia pakai tudung. Tiba-tiba kakak aku tanya, "kenapa Kak Ngah pakai tudung?" Dengan selambanya dia menjawap "Nak tutup aurat. Tak nak nampak ****". Akak aku jawap balik "Tengok kak Shaidah. Pakai selendang. Tutup dada jugak". Aku diam sambil tersenyum. Si sepupu aku ni tengok aku betul-betul. Pastu dia kata, "Taklah. kat tepi nampak aurat".


DUSH!! Aku terasa :'((


Budak kecik kat rumah aku pun pandai kot. Tau yang tutup aurat tu wajib. Memang la kan orang kata budak kecik je kan, lama-lama nanti, bila dah tahu bergaya, tudung pun boleh tanggal. Tapi, kita kena didik dari kecil kan??


Lepas ni taubat tak nak pakai selendang lagi. Aku sebat pashmina je la ~~

Saturday, August 18, 2012

Hakikat itu memang pahit kan??

Assalamualaikum...

Penat bermain dengan realiti. Sebab tahu,hakikatnya,pahit untuk ditelan. Bila kita tahu orang tak suka kita, first of all,ape yang kita akan buat dulu? Kita mesti la sentap kan? Kenape dia tak suka aku? Apa kekurangan aku? Apa salah aku? And ade jugak yang gaye dia macam ni, Ade aku kesah? My life my style, so what? Huh,bermain dengan realiti ni memang pahit....

Kita semua hidup dalam realiti. Aku dah lama penat jadi orang. Manusia ni jelas sekali memenatkan. Tapi,bila aku fikir balik, aku jadi bersyukur. Bersyukur sebab Allah jadikan aku macam ni. Ada keluarga, kawan dan sahabat yang memahami. Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Allah nak aku selalu ingat pada-Nya. Berapa ramai je orang yang fikir macam ni? Tipu la cakap tak pernah salahkan Tuhan, tapi bila kenang balik nikmat yang Dia bagi, cepat-cepat aku istighfar. Tak sangka cepat sangat aku terlalai bila syaitan goda. 

Dalam proses baiki diri, lagi banyak ujian yang Allah bagi. Hati kena kuat dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Ye, hati kena kuat. Itu salah satu ujian buat diri dan iman. Tak boleh mengeluh, iman tak boleh goyang. Kena ada sahabat yang seiman dan berkesan untuk tarik diri ini ke jalan yang lurus. huh :))

Walaipun penat, hati bolak balik, namun deep inside, aku tahu ni baru sikit. Banyak lagi perkara yang aku perlu lalui, yang Allah dah tetapkan untuk aku.  So Shahidah, be strong. Allah know the best for you :))

#keepsmile#


Sunday, June 10, 2012

couple.trouble.couple.trouble????

Assalamualaikum.


jangan curi hati aku!!!Give me back!!
Tipu kalau aku cakap aku tak suke orang. Tipu kalau aku cakap aku tak minat orang. Tipu kalau aku cakap even sudut hati aku ada sikit rasa nak couple. Tipu kalau aku cakap aku tak rasa dosa langsung buat orang rasa aku ada simpan perasaan kat dia. Huhuhu. Aku ni suka menipu kan???


Entry kali ni nak luahkan perasaan jer. Kejap lagi nak tido :))




Kadang-kadang aq tertanya-tanya apa function poke kat facebook tu(?). Kalau translate melayu,poke tu maksud dia cuit. Cuit macam mane ek? Touching ker? Ke ape? Ntah la. Tak tau nak describe ape :))


poke,poke,poke blablabla


Aku tak mau couple. Nanti aku rasa aku sama je macam orang yang aku selalu kutuk. Rasa macam ludah sendiri jilat balik. Lagipun dalam sejarah family aku,tak ade yang couple. Semua rekod suci and bersih jer. So,buat ape aku nak cemarkan rekod suci tu,ye tak?


Aku tau aku tak feymes. Aku tau aku tak cantik. Aku tau aku tak hot. Aku tak kesah semua tu,asalkan Allah pandang aku,tengok aku,belai aku,manjakan aku. 


Aku mintak maaf kalau kau suka aku. Sorry sangat-sangat. Sorry sebab aku tau,aku ada bagi harapan kat kau. And sorry sebab aku tak jaga diri sendiri. Sorry and sorry and sorry again.


Aku minta maaf sangat-sangat. Aku suka berkawan. Aku suka buat kawan. And aku suka ramai kawan. Sorry lagi sekali :))


P/s: Kalau betul-betul suka kat aku,jumpa parent dulu :)) hihi



Saturday, April 7, 2012

Nasihat kakak untuk seorang adik.....

Assalamualaikum...


Awal tahun cikgu dah tekan bebudak SPM tahun ni :( Tak best nyer!!!!!! Awal bulan jer hidup dah tunggang langgang dah. Macam kena laggar garuda jer gaye. Tapi focus betul2 memang tak berubah la. A+ straight 4 SPM!!!!!




Balik rumah,nak relaxkan diri dari tekanan kat sekolah. For my own good, Insya Allah :) Tiba-tiba ternampak  message kat facebook . Dari kakak tersayang :)


nasihat sempena spm nih
1. belajar betul2 psycho diri sendiri. ingat msty dpt spm stret a sbb
- jgn sia-sia kan masa 12TAHUN belajar. upsr, pmr tu sume tak penting. tak gune pun alau nak cari kerja. tp rsult spm penting.
- ingat, 5TAHUN ulang alik muar mersing muar mersing muar mersing. da la jauh, jalan berselirat plak ue. ceruk lg. susa plak tu. so, biarkan ap yg kau lalui tu berbaloi. i mean, tak sia-sia r.
2. ingat, kalau mak ayah sanggup kerja betul-betul untuk kita adik beradik makan, skola semua [mak ayah g kerja dpd pkul 7 pgi smpy 6 ptg (almost 12 hours). cuba tgk mak ayah kalau malam2, mmg penat giler. even tgk tv pun bley tertidur (betape penatnye mak ayah).], kenapa plak kita tak bley belajar smpy penat smpy tertidur-tidur. so, kita patutnyer kena lebih bekerja kuat dpd mak n ayah agar dpt balas jasa dyorg.
tyme cuti tu, tak payah la nk cuti sgt, baik rajin kan diri ntuk buat soalan. tyme kita cuti, mak ayah bukannye cuti pun. nanti biler da abes spm, byk giler mse terluang, smpy t shieda akan rse bile la nk naik belajar. seriusly!
3. jadi bijak, jgn jadi bodoh. kalau buat sesuatu tu, buat betul-betul. maksudnya, kalau shieda ngantuk, tidur. tidur betul2 smpai segar balik. jgn ngade2 study tyme ngatuk, mmg tak dpt ap r, takde maknenyer. dlm kelas, elakkan tidur! fahamkan ap yg cikgu ajar. tp kalau da tak tahan ngntuk sgt, shieda tidur je dlm 5 ke 10 minit, make sure lepas tu bgun balik. suh kawan kejutkan. biar la cikgu nk marah ke ap, janji lepas tu bile kite da segar balik, mesti cikgu suka. (along mmg selalu buat mcm tu, smpaikn cikgu da faham da n cikgu tak marah pun kalau along tidur sbb dyorg taw at last t along segar n da xtido lg da.XPP)

sme gak r klau tyme prep tu, jgn tidur. siapkan semua kerja dulu. tp klau ngantuk gak, tido la skejap smpai da segar balik.
4. pastikan shieda tidur at least pkul 12mlm r n bgun pkul 6pagi r pling lewat. klau bley bia tiap2 hari, tidur n bgun pada waktu yg sme. tp klau nk stay up, jgn lme sgt, pling lmbt pun pkul 12.30 pagi, supaya dlm kelas tak ngantuk. tak pun, shieda buat mcm ni, 4 hari tidur awal (klau bley b4 light off da tdo) hari ke5 shieda stay up la smpai pkul 3 pagi pun takpe. pastu bgun seeloknya lagi awal lagi bgus (pkul 5.30 pagi ke) sbb snang tak payah berebut bilik air.klau tyme siang tu, tak payah la nak tidur sgt. kecuali mmg ngantuk yg tak tertahan tu, tidur la kejap. ingat, mak ayah tyme kerja tak tidur siang pun. layak ke kita nk tidur siang klau mcm tu?
-so, basically, pling penting is disiplin sbnrnye. disiplin agar tak tidur. jage shieda punye mse tidur. n disiplin study. rsenye, tak yah byk sgt membace pun takpe. shieda bce sekali, pas ue shieda buat latihan byk kali. pas ue bce lagi sekali, n buat latihan byk kali. kat libry kn byk buku latihan bley buat. takpun, kat buku rujukan ue, kat blkg kn byk soalan bley buat, siap ad jwpn skali. senang nk semak. kalau shieda jwb salah, carik la kenapa salah. dgn cara ni, shieda akan lebih ingat n lepas tu da tak buat salah lagi dah.
tu je la kot tips belajar. ingat, psycho je diri sendiri. nanti mesty rse mcm bersalah klau tak study. lgpun, shieda pmpn, byk giler persaingan. so, buat betul2 spm. anga tu takpe dy lelaki. skit je persaingan. (peh, untung betul lelaki nihhhh!!)


Terharu rasa tiba-tiba. Blaja rajin-rajin kat India sana. Jadi doktor muslimah terbaik, Insya Allah :) Kitorang kat sini akan sentiasa doakan akidah Along kat sana terjaga :) Along, I miss u :)


Thursday, December 29, 2011

Majlis perkahwinan yang sakinah!

Assalamualaikum....


Suatu hari,saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Johor Bharu.Majlisnya diadakan di sebuah dewan.Ramai saudara mara yang saya tidak saya kenali di situ.Terpinga-pinga sebentar. Awkward sebab tak kenal pun saudara mara jauh-jauh ni...Ye la,bukan selalu jumpa(ayat cover)


Saya hanya mengharapkan perkahwinan itu kekal hingga akhirnya..Aminn~


Then,dengan tak sengajanya,terpadang seorang ajnabi nih(ceh),pakai baju outing sekolah tempat saya menuntut ilmu.OMG!Time ni rasa dunia ni kecil je sebab terjumpa orang sekolah sama......Btw,pengantin lelaki itu seorang pegawai agama,pengantin perempuannya tak dapat nak dikenalpasti(=.=")




Kemudian,saya teringat salah satu majlis perkahwinan yang saya pernah hadiri.Sepupu mak saya.Apa yang saya boleh katakan,selain..TENANG.Tenang melihat pasangan yang diraikan,cara pengurusan majlis dan,katering,mungkin....


Orang-orang di situ,seorang pun saya tidak kenali selain keluarga saya yang bersama-sama menghadiri majlis itu.Saya tertanya-tanya sebentar,kenapa majlis ini terlalu tenang?


Majlis itu,tidaklah sangat mewah,segalanya sederhana.Tiada persandingan.Berpakaian seperti pengantin lain juga.Pasangan pengantin itu biasa-biasa saja.Tetap ada musik yang berkumandang di corong speaker.Karoeke?ada juga.tapi penyanyina kanak-kanak dalam lingkungan sekolah rendah ataupun lelaki.dan lagunya juga bukan ada nasyid pun.Tapi mengapa ianya terlalu tenang?Tidak seperti majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri dulu?


Kateringnya,semuanya pemuda.Lepasan Universiti agaknya.Atau mungkin lepasan SPM.Tapi saya lihat,kerjanya semua  agak teratur.Kebanyakan daripada mereka berjanggut dan tersangat kemas.Saat itulah saya merasakan sesiapa melaksanakan sunnah nabi sangat istimewa.


Saya,hairan.tapi saya tak tau saya hairan kenapa?Kerna pasangan pengantin kah?Kerana pengurusan majlis kah?bahkan tidak....sebab sampai sekarang saya masih lagi mencari...


Rupanya hampir semua kakitangan katering itu mengikuti program tabligh.Patut lah istimewa.:))

Tuesday, December 27, 2011

Kenapa macam banyak sangat persoalan tentang cinta??

Assalamualaikum....


Lately,banyak sangat orang tanya pasal,love,couple etc.Macam tak ada soalan lain je.Kenapa suka sangat tanya pasal love ni?Nak kata dah umur nak kawin,umur semua dalam lingkungan belum lepas spm.Nak kata dah sampai boleh nak taja anak dara orang pun rasanya kerja pun takde.Ntah la,sana sini,tanya pasal couple,talk pasal couple,tell pasal couple.....Nak kata storytelling pasal couple diaorang tu best sangat,huh,"best" la pulak!!






Fitrah,manusia ni bercinta.Memang la kan,Tuhan yang bagi anugerah ni kat kita...So,kenapa kita tak nak thanks kat Tuhan?Cuba kalau Tuhan tak pabi perasaan love ni?Tentu kita tak rasa kan???Setiap yang Allah bagi,mesti ada kebaikan dia...So,kebaikan bercinta ni??



  • Rasa disayangi,dilindungi,dikasihi....
  • Rasa gembira tiap masa...
  • Boleh curahkan setiap perasaan yang kita rasa kat orang yang kita sayang...
  • Boleh spend time dengan si Dia...
  • Perasaan berbunga-bunga setiap masa......
Ye ker?Tak pasti sebab tak pernah rasa bercouple dengan orang ni.....So,back to the conversasion,apa kebaikan bercinta ni??Rasanya banyak lagi kot,tapi tak tertulis sebab tak tau nak describe macam mana love feeling ni....

Try test ber"cinta" dengan Allah,apa rasa??Ceciter sikit??

  • Rasa disayangi,dilindungi,dikasihi....+ rasa selamat,rasa terlindung dari fitnah,dll
  • Rasa gembira tiap masa...+ bila dapat ujian,@ bila ada orang minta derma....Rasa macam Allah sayang sangat sebab free pahala bertandang....
  • Boleh curahkan setiap perasaan yang kita rasa kat Dia yang kita sayang...+ masa doa...Kita dan Dia je yang tahu...Nak nangis ke,ketawa ke,semua kita boleh curah kat Dia...tiada batasan masa dan waktu....
  • Boleh spend time dengan si Dia...+ bila recite Al-quran and tafsirnya sekali...Rasa masa yang terluang lebih bermakna...
  • Perasaan berbunga-bunga setiap masa......memang tak boleh sangkal,bila hidup dengan islam seluruhnya,memang rasa happy je setiap masa....

So,maknanya....lagi best rasa bercinta dengan Tuhan dari bercinta dengan manusia.....Tak perlu jeles2,tiap2 hari bazir kredit berbual dengan dia,setiap hari boleh spend masa denag Dia....Kalau dengan manusia,mesti ada batasan waktu...Pernah dengar tak quotes ni....

"Biarlah masa yang tentukannya"

Kan selalu digunakan secara meluaskan qoutes nih?Dalam sesuatu perhubungan dengan manusia pun rasanya selalu guna...Bila nak dah bosan sebab dah lama couple,jarang contact,dah start curang tapi tak clash dengan couple yang dulu...ye ke??(kot)


So?Ada rasa insaf??Kalau tak,try la muhasabah diri...Renung balik amalan-amalan yang kita buat sepanjang hidup kita.Ingat 1 je...

Umur umat Muhammad lebih pendek dari umat-umat sebelumnya.Dalam sekitar 60 tahun saja.

Try muhasabah diri.....Satu saat nanti,apa bekalan yang kita akan bawa kelak...Takkan hanya berharap pada solat 5 waktu saja??

Wednesday, December 21, 2011

Nak orang soleh...tapi mampukah kita menjadi orang yang solehah??

Assalamualaikum...


Lately,kat wall fesbuk saya keluar 1 video ni.Sort of love story in islam view la.Sweet sangat cerita dia..




Sweet sangat cerita dia.Hopefully diaorang kekal hingga akhir hayat,InsyaAllah :).Saya teringat satu cerita ni.Disampaikan oleh badar perempuan sekolah saya masa fikrah ilmu.Cerita tu tajuk dia Mafela Kasih *tak pasti sebab tak beberapa ingat.Cerita dia pasal cinta islamik la.....


Saya ingat lagi,masa tu ramai yang cakap percintaan diaorang sangat sweettt!Masa tu saya tak beberapa nak ambil perhatian sangat sebab saya masih merasakan yang umur saya tak layak lagi nak bercinta ni :0.*maaf ye badar :).


Lagi,ade sorang cikgu sekolah saya,perkahwinannya diatur keluarga.Suaminya hensem sangat!!*lol....Ramai juga kata perkahwinan diaorang tu sangat sweet....


Tapi....satu benda jer yang saya tak faham....Kebanyakan orang yang cakap percintaan diaorang tu sweet,orang yang couple!!*lol,rasa nak gelak guling2




Kelakar pula rasanya.Mendamba lelaki soleh,tapi diri tak la beberapa solehah...Bukan nak mengata,tapi saya rasa pelik.....


Ramai wanita mengaku,mahukan lelaki soleh untuk didampingi,bukankah kita perlu menjadi solehah untuk lelaki yang soleh?


Bukankah Allah sudah berfirman,


(Lazimnya)perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Mereka(yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
~Annur :26~

Janji Allah tu jelas.Kalau kita mengimpikan lelaki soleh menjadi pendamping,why not,kita change dulu jadi solehah???Sebab lelaki yang soleh tentunya menginginkan wanita yang solehah menjadi pendamping hidupnya.

So??

Change,for Allah's sake.
Allah promise is true.

I get one question,

Orang nak lelaki soleh sebagai teman hidup..
tapi,lelaki soleh mesti nak perempuan solehah kan??
jadi,kalau kita change 4 dapatkn lelaki soleh,
Bukan untuk Allah,macam mana ye?

I asked my mother....
My mother answered...

Janganlah,sesungguhnya nanti kita kecewa.
Allah maha mengetahui segalanya.
Mungkin Allah akan beri berdasarkan niat dihati kita.
But,bila kita mendamba orang soleh,
secara autometik,kita akan melakukan hakNya~
Tapi,musabahlah diri,
Adakah amalan itu Allah terima?


Thanks mak.I love you.


Saturday, November 26, 2011

Mula-mula,,,,,,

Assalamualaikum...

Nie ada 1 benda nak share.Dipost dari seorang kawan.

Mula2 ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang / nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus k0ktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden. Iblis juga sudah m0den. Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling2 dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya "saya kejut dia subuh saja". Atau
"saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya".

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi, "sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi".
Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.

waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang b0leh ana bantu?", waktu mesej, I l0ve u.

jangan ingat iman dah p0wer,
sebab iblis lagi seni0r.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
0rang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

p/s : jatuh hati takpe sbb fitrah, tp kena pandai kawal HATI agar jgn NAFSU yg kawal hati, tp IMAN yg kawal hati.
 Nice kn??hehehe...



Monday, November 14, 2011

Sunday, September 25, 2011

Krisis cinta...parah jika tak diurus dengan betul...XD

Assalamualaikum..

Syukur hari ini dapat dimulakan dengan gembira sekali.Semalam Allah bagi ujian,sebab tu la saya tak dapat berbloging.huhuhu.Sekarang ni pun masinh pening lalat sikit.Tak pe,tak pe,Allah lebih tahu ape yang saya buat hari ni sampai dia bagi ujian.huhuhu

Semasa hari Juamaat,16 Sep. sekolah saya telah mengadakan karnival asrama.Semasa hari tersebut berlangsung acara pentomin(berlakon tanpa suara tapi menggunakan suara orang lain).Terbahagi kepada 2,upper form dan lower form.Pentomin yang dipersembahkan oleh lower form semuany berkisar tentang cinta sampai saya pun naik bosan.

Cinta.Macam-macam gaya ada.Tertukar handfon la,terlanggar la,playboy la.Argh!!terterkan tengok cerita cinta je.Rasanya semua orang tau apa resourses cinta yang utama iaitu cinta pada Allah.Cinta pada Allah membawa kita ke syura,cinta pada Allah membuatkan kita seronok untuk mengenalinya,cinta kepada Allah membuatkan kita berlumba lumba membuat kebaikan.Macam-macam perkara baik terjadi kalau kita cintakan Allah melebihi segalanya.

Mereka budak-budak lagi.Sebab tu asyik fikir pasal cinta jer.Krisis cinta ni berlaku bila mereka tak tahu siapa yang patut mereka cintai.YANG PALING MEREKA CINTAI.Mungkin.Saya juga pernah melalui krisis cinta ini.Tapi,it depend on us how to handle that love's crisis.Betul la tu.Banyak lagi benda yang kita perlu fikir selain cinta.Homework ke,parent ke,siblings ke and so on.Buat menyemak minda je.And the most important is,LOVE SUPPOSED LEAD US TO HEAVEN,NOT TO HELL.....Fikir-fikirkan lah.....XD