Showing posts with label cerita kita. Show all posts
Showing posts with label cerita kita. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Cerita kita (bab 4)



Masuk seminggu, baru A’eil berjaya menyesuaikan diri kat tempat baru. Kepala dah tak pening cari tangga. Masuk sekolah pun dah tak sesat lagi dah. Dekat asrama dah tawaf dua tiga empat kali juga. Ahli dorm, emm, jangan cakap la, memang tak pernah nak tegur! Tapi, A’eil tak ambil pusing sangat. Malas nak layan tepi kain orang. Tepi kain sendiri pun tak terjaga. Konon-konon semangat assabiah la ni.
Belum masuk lagi pasal bangun awal pagi untuk pergi sekolah. Memang rutin harian dia berubah 1800 la hidup dekat asrama. Mula-mula memang liat sikit nak bangun. Tapi, lama-lama dia jadi biasa. Tambahan pula dekat dorm Raudhah, memang junior kena kejut senior. Nasib baik dia dah form 4, jadi, memang seksa la siapa yang mengejutnya bangun subuh. Terutama masa hari minggu.
Mula-mula, memang dia tak tahu apa-apa, setelah diberi taklimat oleh ketua dorm, Kak Fiza, dah ok sikit dah. Tak la jalan bengkang-bengkok lagi. Takdenye nak awkward tengok orang hantar dobi. Tu belum lagi masuk sesi mengemas loker bersama Kak Zira. Semua itu dia belajar perlahan-lahan.
Dekat kelas pula, dah makin ramai kawan dia kenal. Tapi, kalau tanya dia nama sorang-sorang satu kelas, memang A’eil mengucap panjang. Sebab tak ingat. Muka, in shaa Allah la ingat, nama, kirim salam.
Board asrama dipandang kejap. Lalu, langkah diatur menuju ke dorm. Perasaan penat menyelubungi diri A’eil. Badannya dengan cekap dihempas ke katil. Empuknya!
Pap! Sbiji bantal dibaling. Mengganggu dirinya yang hampir dibuai mimpi. A’eil berdengus geram. Siapa pula yang kacau aku ingin beradu ni? akal A’eil berbicara. Muka Ira tersenyum memandangnya.
“Kau nak ape? Aku ngantuk la. Jangan la kacau.” Bantal ditekup ke muka. Nak sambung tidur balik.
Ira tertawa. “Ala, jangan la marah. Ni, aku nak ajak kau pergi makan malam. Jom… A’eil, bangun la!”. Ira menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun. Mata A’eil terkebil-kebil melihat depan. Ira terus-terusan menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun dan pergi mandi. Jam hamper menunjukkan pukul enam suku petang.
“A’eil, cepat la. Karang DM tutup. Dah nak pukul enam setengah dah. Cepat! Nah, ni towel kau. Dah, sekarang kau bangun dan take your bath now, ok. Aku bagi kau masa 15 minit. By hook or krook, ok!” Ira member arahan. Dengan langkah longlai, A’eil menapak ke bilik air. Rasa mengantuknya masih lagi tak hilang.

Penat tadah telinga dengar Ira membebel. Semua tu gara-gara dia tertidur dalam bilik air. Buat haru je. Memalukan diri sendiri betul. Gila. Mana pernah ada student kena kejut tidur dekat bilik air. Sampai DM, jam dah jejak pukul 6.50. Kiranya kalau dia tidur lama sikit, memang merajuk la Ira dengan dia. Dah la hari itu makan  malam sedap. Ayam masak merah dengan sayur masak air campur buah anggur. Maunya tak kecur air liur kalau tinggal makan ni. Dah la ayamnya besar-besar. Dapat lagi best, bahagian dada. Fuh, hingga menjilat jari. Itu baru dekat DM. Belum lagi cerita pasal makan laju-laju semata-mataa tak nak jadi makmum masbuk magrib. Kiranya, makan tu masuk mulut, kunyah selaju mungkin, then telan. Nasib la, hadam ke tak. Waktu magrib(selain isnin dan khamis) andai kata ada makmum masbuk je, rasa macam awkward gila. Sebab, surau perempuan before magrib lagi dah penuh. So, makmum masbuk ni, sangatlah kurang. So, kepada sesiapa yang lambat tu, boleh tebalkan muka je lah bangun lepas tahiyyat akhir.
Kelas prep malam bermula macam biasa. Pukul 8.30 malam. Waktu pertama kali A’eil pergi prep malam, memang dia sangat mengantuk. Biasa dekat rumah, dalam pukul 9.30 malam, A’eil dah tidur. Masa kenalkan diri kat rakan-rakan seperjuangan pun, dia menguap. Tapi sekarang dah kurang sikit. Sebab dah mula terbiasa tidur lambat. Tidur pukul satu dua pagi bukan masalah baginya sekarang.
Sekarang, ada lapan kerja rumah menanti untuk disiapkan. Setiap subjek ada kerja rumah. Yang menjadi beza, masa menghantar. Fail Add Math ditarik keluar dari beg. Muka surat 2 dibelek. Sesekali keypad kalkulator ditekan.
Suasana prep malam riuh. Budak keluar masuk kelas tu perkara biasa. Fail Add Math ditutup kembali. Satu soalan pun tak boleh nak proceed. Penat buat jalan kerja panjang-panjang and then, salah. Rasa macam kena tipu dengan soalan.
“Eh, kenapa buat tak habis nih?” Yana merenung setiap perkakas atas meja. Fail Add Math yang terbuka luas dijeling sekejap. Quadratic function.
“Otak penat lah. Rehat kejap”, balas A’eil.
“Oh. Okey”. Yana buat kerja balik. Kasu dan Mina masuk kelas. Mereka terus ke meja Yana. Tangan Yana terhenti dari menulis karangan. Matanya memandang mereka.
“Esok perhimpunan dekat Hall. Dah setting tempat?”, tanya Mox.
Yana mengangguk. “Aku panggil budak form 1. Senang sikit  uruskan budak kecik”, kata Yana.
Mox memandang A’eil. “Siapa nih? Budak baru ea? Third intake?”
“Aku A’eil. Datang dari KL. Kau?” A’eil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Mox memandang pelik. “Aku Aina, panggil Mox. Head girl”. Huluran tangan A’eil disambut. A’eil tersenyum.
“Kau dorm ape?”
“Raudhah”.
Mata Mox terbelalak.

Tuesday, December 18, 2012

Cerita kita (Bab 3)


Sedar tak sedar dah 2 hari dia jadi penghuni tetap dorm itu. Sedikit sebanyak, tahulah dia fiil budak-budak Raudhah. Raudhah, dorm yang ada pelbagai fiil manusia. Cuma tinggal dia aje yang kena sesuaikan diri. Yang dia perasan, dorm Raudhah ni macam tak bersatu. Tak unite. Semua buat kerja masing-masing. Yang pasti, masing-masing tak campur la hal masing-masing. Dan dia pun takut sikit nak tegur kakak-kakak senior. 

Kelas pula, emm, dia sangat-sangat bersyukur kelasnya sangat happening. Tapi ade je yang gaya macam freak sikit, tapi biasalah, orang tak semua sama. Kalau orang semua sama, tu cloning or robot. Bukan orang namanya. A’eil mengeliat. Ugrh, bestnya! Selepas seharian mengemas loker yang bersepah, cantik jugak akhirnya! A’eil berpuas hati dengan seninya. Lepas ni, tak la serabut tengok loker! 

“Nak makan tak? Jom Kak Qila. Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Jom.”, kata Lala. Lala budak form 3. Duduk asrama sebab rumah jauh. Satu-satunya orang yang dia rapat( kot) dekat dorm ini. Nama penuh, A’eil lupa. Yang penting, budak ni sorang je yang panggil dia Kak Qila. 

“Kejap. Nak pakai baju ape ni? Baju kurung ke?” Tanya A’eil. Rasa macam tanya soalan bodoh. Tentu-tentu la Lala tengah sarung baju kurung. “Okay, nevermind. Tak payah jawab”. 
Lala tertawa. “Apa la Kak Qila ni. “ A’eil menyarung sepatu hitamnya. Tu la sepatu pergi sekolah dan sepatu pergi prep. Mula-mula orang pandang awkward juga, A’eil cuma buat bodoh saja lah. Nak buat macam mana, outing lagi 2 minggu kot! 



Suasana di kelas hingar-bingar. Macam pasar kalau sekali dengar. Tapi yang bezanya, kalau kat pasar, orang jaja ikan, sayur buah atau daging, dalam kelas orang ramai jaja cerita. Gaya macam cerita Gossip Girl la. A’eil tekun menyiapkan tugasan yang Ustaz Kash bagi. Sesekali kepalanya digaru. Kitab Pendidikan Agama Islam diselak. Tangan kanannya menulis sesuatu. Suasana kelas yang hiruk pikuk bukan satu masalah baginya. Baginya itu ialah “nyanyian koir” yang dipersembahkan di hadapan kelas. Mendamaikan. 

“A’eil, sampai bila kau nak buat kerja Pai tu? Jom pergi koop. Tadi aku nampak kek coklat. Kak Murni bawa tadi. Nanti boleh kecek dia sikit”, kata Noura. A’eil menggeleng. 

“Kau pergi je la. Aku dah kenyang makan sarapan tadi”. Maunye tak kenyang. Selama ni, kalau dekat rumah, makan cereal, nestum, honeystar. Paling-paling berat pun makan roti half grain dengan telur sama salad. Itu pun boleh kenyang tahap gaban. Pagi tadi, dekat DM sedia nasi goreng. Mau tak terkejut perut dia telan makanan berat-berat masa sarapan. Stok dalam perut boleh simpan sampai petang la nampaknya. 

“Eh, kenyang ke? Sarapan pagi tadi DM bagi sikit je kot.” Sikit apenye?, kata A’eil dalam hati. 

“Tak pe la Noura. Kau pergi je la. Aku malas”. A’eil kembali membuat kerjanya yang tertangguh. 

“Ok.” Noura keluar kelas. Kelas kosong. A’eil tersenyum puas. Kerja sekolahnya pagi ini siap. Petang ni boleh la buat kerja lain, hati kecilnya berbisik. Tanpa sedar, ada orang memerhatinya. 



Test pad di atas meja dah penuh dengan garis bukan-bukan. A’eil tersengguk-sengguk. Rasa mengantuk menguasai dirinya. Kata-kata Cikgu Zulaikha umpama mendodoinya tidur. 

“Nurul Aqilah!”, nyaring suara Cikgu Zulaikha. Mata yang kian menutup rapat itu pantas terasa segar. “Saya dekat depan ni memang tengah menyanyi lagu tidur untuk awak kan? Dah berjalan sampai mana dah? London?” 

Seisi kelas memandang A’eil. A’eil tersengih sendiri. Rasa mengantuk pun dah hilang. “Sorry, cikgu”. Huh, selama ni mana pernah dia tidur masa guru mengajar. Kira ni memang first time la kut. Rekod bersih dia dah tercalar la nampaknya. 

“Ngantuk ke?" Zikir yang berada di sebelahnya berbisik. A'eil bagi dia satu jelingan tajam. Jangan tanya kalau dah tahu!

Monday, December 3, 2012

Cerita kita [Bab 2....]

Bab 2

Kakinya melangkah masuk ke pagar sekolah. Huh, Jejak juga dia ke sini. Penat tau merantau dari Kuala Lumpur sampai sini. Nasiblah duduk asrama. Keluhan dihela.Lepas ni memang rasa macam masuk penjara. Peraturan dengan dia mana boleh ngam. Macam minyak dengan air. Mana boleh campur.

"Qila menyesal ke, terima tawaran sini?" tanya Encik Musa, merangkap papa kepada Aqilah.

"Nyesal", jawabnya sepatah." Tapi nak buat macam mana, dah sampai dah kan. Nak tolak tawaran pun tak guna. Takkan papa nak patah balikkan??"

Encik Musa tersenyum."Bagus anak ayah. Qila nak jadi anak solehah kan? Dengar cakap papa, ibu tau."

Aqilah tersenyum hambar. Yelah, anak solehah. Perkataan yang acap kali didengari kalau dia tak ikut cakap papa dengan ibu."Emm". malas dah Aqilah nak jawab.

Masuk sekolah, aqila perlu masuk ke bilik kaunseling dulu. Bagi rumah sukan, dorm and bla bla bla. Prosedur sana sini, buat Aqila rimas dan lemas. Tak tahan betul! Huh, tak haru jadinya nanti.

"Aqila, ini Syazmina dan Atiqah Suzana. Ketua Exco asrama. "Hai, kau boleh panggil aku Mina dan ni Kasu. Nanti aku tunjuk dorm kau eh". Aqila mengangguk lemah. " Nama kau sape?" 

"Panggil je aku A'eil".
"Ok,A'eil selamat berkenalan". Mina memaniskan wajahnya. Nampak buruk pula. kata Kasu dalam hati. Kasu tersenyum kecil.
"Kenapa kau gelak? Aku tak buat lawak pun".
"Nottin'." Kasu hanya senyum. Mau tak kena bantai kalau dia jujur. Huhuhu.

Tettt. Tett. Phone A'eil berbunyi. Ada panggilan masuk. Dengan selambanya, A'eil menjawab panggilan itu. "Mana Ila pergi? Puas ibu cari. Barang Ila tak angkut lagi masuk Raudhah......". Pantas Aqila menjauhkan  handphonenya dari mulut telinga. Malas pula nak dengar ibu membebel. Dah dapat bayang dah kerutan di wajah ibunya.

"Ila dengar tak ibu cakap ni?" kata ibu di hujung sayup-sayup suaranya yang kedengaran di telinga A'eil.
"Ye.Ye. Orang dengar ni. Kejap lagi orang pergi kantin balik. Kasu dengan Mina ajak round sekolah kejap. Ibu boleh tunggu kejap x?"
Tak lama kemudian, A'eil menutup handsetnya. 

A'eil perasan Kasu dan Mina tengok dialain macam je. Macam nak telan pun ade jugak.
"A'eil, kalau kat asrama, benda alah tu digelar barang haram". Kasu beritahu.
Memang patut la Kasu dengan Mina tengok dia macam nak telan.
"Ops, sorry la. Kejap lagi aku suruh ibu aku bawak balik KL."
 kata A'eil.


Mina buat muka. Dia memang tak pernah suka orang bawak bendalah haram tu ke sekolah tanpa pengetahuan cikgu and tak bagi cikgu. Itu memang pantang dia.

"Baik kau simpan. Mina memang tak suka orang bawa barang tu. macam ade badi sikit", kata Kasu.

"Ok fine". Barang haram itu di simpan di poket. Adoi, susah la nak berkomunikasi dengan kawan-kawan macam ni. Dah la dia ni jenis suka bersosial. Dekat asrama bukan boleh mesej-mesej. Nak call kawan-kawan, bukan dia hafal nombor sorang-sorang. Adoi! A'aeil menepuk dahi. Kasu memandang A'eil pelik.
"Kau ok tak?". A'eil mengangguk laju. Penat la fikir benda ni. Dari otak dia serabut, baik dia diam je.



"Ila jaga diri tau. Ibu bukan boleh tengok Ila selalu dekat sini. Paling-paling cepat kami boleh sampai pun dalam 3 jam. Johor dngan KL bukan macam sebelah rumah je jauh dia. Ila jaga diri tau", pesan Puan Khalidah. Hatinya sedikit berat untuk melepaskan Aqila jauh dari sisinya.

"Ye,bu. Ila boleh jaga diri ila sendiri. Ila bukan budak lagi. Dah 16 tahun dah pun. Err, ibu tak cakap dengan Pak Uteh kan yang Ila sekolah sini? Takkan?"

"Tak. Ha, kalau Ila jumpa si Emil tu, Ila cakap yang ayah dan mama kirim salam."

A'eil tarik muka. "Ibu ni! Orang nak secret-secret dulu. Mana boleh jumpa Emil dulu. Karang pecah la secret Ila".

Puan Khalidah tertawa. "Yelah Ila,ibu faham. Saja je nak suprise kan Emil kan?"

A'eil tertawa. "Pandai pun ibu."

Bunyi hon mengejutkan Puan Khalidah dan Aqila. "Mamanya, awak tinggal sajalah kalau takut sangat anak awak tu dekat sini. Saya nak balik". laung Encik Musa dari tempat pemandu.

"Eish papa kamu ni. Ila, ibu balik dulu. Ikut cakap cikgu dengan exco tau".

A'eil mengangguk. Handset dari poket dikeluarkan. "Nah, bu. Exco cakap tak boleh bawa. Nanti kena compound."

Puan Khalidah mengangguk faham. Pintu kereta dibuka. Tangan puan Khalidah melambai ke arah A'eil. Hilang saja kereta keluarganya dari pandangan mata, A'eil mengeliat. Urgh, penatnya badan!

Sunday, December 2, 2012

cerita kita...Bab 1 :))*percubaan pertama*

 
Bab 1

Kasu berlari pantas. Nafasnya tercungap-cungap. Berita sensasi itu perlu disampaikan pada kelasnya. Terutama Mina. Sebab Mina ketua aspuri.

" Mina! Mina! Cikgu Razak cakap ade budak masuk hari ni. And dia masuk asrama sekali. Dia suruh kau jumpa dengan Cikgu Dhia kejap lagi " kata Kasu. 

Mina garu kepalanya yang tak gatal. "Sape wei Kas? Inform la awal-awal. Takde locker la." Mina mengeluh perlahan. "Mana aku nak rembat locker nih?"

Kasu angkat bahu. Tanda tak tahu. 

"Budak tu form berapa?"

"Kau jangan tanya aku la wei. Aku bukan babysitter budak tu. Yang aku tau dia perempuan. Takat tu je la. Yang lain kau berurusan dengan Cikgu Razak and Cikgu Dhia sekali la."

Mina mencebik. "Yalah. Yalah. Thanks". Kasu berlalu. Mina naik kelas. Serabut kepalanya. Nak campak dorm mana minah sorang tu. Bahunya ditepuk perlahan. Kepalanya diangkat. Jannah melihatnya sambil tersenyum.

"Kenapa sahabat? Macam kena langgar garuda je. Masalah negara ke?"
"Dorm kau kosong tak?"
Erk! Jannah terpana. Ada budak baru ke?
"Jane! Aku cakap dengan kau ni! Dengar tak?"
Lamunan Jannah terhenti."Hah? Eh, dorm aku memang setiasa ada kosong. Pesal?"
"Maksud aku, locker kosong? Ade?"
Jannah menggeleng. "Sorry la beb, semua selamat jadi locker awam."

Mina ketuk kepala sendiri. Ni yang leceh ni. Nak kena kemas locker!

"Jane, agak-agak ade tak locker yang kosong kat asrama ni? Malas la aku nak kemas locker orang."

"Dorm Raudhah ade la kot." Jannah berkata perlahan.
Mina tengok muka Jannah dalam-dalam." Serious?"
"Err, memain je la. Memey la ok." Jannah mengeletar sedikit. Siapa yang tak kenal dorm Raudhah. Lubuk segala masalah.
"Ok, budak tu kita sumbat dorm Raudhah."
Mata Jannah terbeliak."Serious?"
"Muka aku ade macam main-main ke?"
"Uh, ok."
"Moga budak tu bawak cahaya sikit la kat Raudhah."