Showing posts with label sahabatku. Show all posts
Showing posts with label sahabatku. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Be strong. Allah love u, pal.

Assalamualaikum...


Semua risau kat kau, kawan.
Terutama sahabat-sahabat kau.
Allah want to give u some test to upgrade your iman.
In Shaa Allah...

#credit to, Akif Ariff. Harap kau cepat sembuh :)

Saturday, August 18, 2012

Hakikat itu memang pahit kan??

Assalamualaikum...

Penat bermain dengan realiti. Sebab tahu,hakikatnya,pahit untuk ditelan. Bila kita tahu orang tak suka kita, first of all,ape yang kita akan buat dulu? Kita mesti la sentap kan? Kenape dia tak suka aku? Apa kekurangan aku? Apa salah aku? And ade jugak yang gaye dia macam ni, Ade aku kesah? My life my style, so what? Huh,bermain dengan realiti ni memang pahit....

Kita semua hidup dalam realiti. Aku dah lama penat jadi orang. Manusia ni jelas sekali memenatkan. Tapi,bila aku fikir balik, aku jadi bersyukur. Bersyukur sebab Allah jadikan aku macam ni. Ada keluarga, kawan dan sahabat yang memahami. Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Allah nak aku selalu ingat pada-Nya. Berapa ramai je orang yang fikir macam ni? Tipu la cakap tak pernah salahkan Tuhan, tapi bila kenang balik nikmat yang Dia bagi, cepat-cepat aku istighfar. Tak sangka cepat sangat aku terlalai bila syaitan goda. 

Dalam proses baiki diri, lagi banyak ujian yang Allah bagi. Hati kena kuat dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Ye, hati kena kuat. Itu salah satu ujian buat diri dan iman. Tak boleh mengeluh, iman tak boleh goyang. Kena ada sahabat yang seiman dan berkesan untuk tarik diri ini ke jalan yang lurus. huh :))

Walaipun penat, hati bolak balik, namun deep inside, aku tahu ni baru sikit. Banyak lagi perkara yang aku perlu lalui, yang Allah dah tetapkan untuk aku.  So Shahidah, be strong. Allah know the best for you :))

#keepsmile#


Friday, August 17, 2012

Sweet memory ever :))

Assalamualaikum :))

Salam Aidilfitri dan salam ramadhan(*ramadhan tak habis lagi) . Penat balik kampung. Sampai rumah pukul 7 lebih,gedebakgedebuk pukul 8 lebih pergi rumah atok mak & jemaah terawih kat situ . Huh,jadual 1 hari yang tak pack sangat. Tapi agak penat. Esoknye ikut abang n along pergi beli kasut n angkut skali sepupu yang tinggal kat Melaka tuh :)

Tahun ni Ramadhan dah nak habis dah *sobsob . Berapa hari tak puasa? *A secrets makes woman woman . Macam mana hidup lepas ramadhan ni? Moga-moga terus istiqamah la ye dengan segala amalan sunat yang kita dah buat sepanjang ramadhan ni. Yelah, syaitan dah terlepas, mesti la banyak gangguan dan hasutan dari syaitan kan? Sebulan dah terikat, bila dah terlepas mesti la sang syaitan semua samok ajak orang ikut dia kan? 


Tahun ni terase sweetnye ukhwah yang terjalin dengan sahabat . Berbuka dalam satu bas. Makan je apa yang ada dengan kadar yang berpatutan, berkongsi segalanya and yang penting ikut sunnah :)) Berbuka dengan kurma dan air dan makan sekadarnye sahaje . Then yang lelaki bagi dak perempuan air kotak,yang perempuan provided dak laki dengan kurma and segala makanan yang ade waktu tu. huhuhu,sweetnye hidup dengan bersahabat :))



Yang paling tak menahan, bukak selawat&nasyid dalam bas. Driver tu dengan kawan dia orang non-muslim. Terase best bila biar dia dengar kalimah-kalimah selawat and nyanyian-nyanyian para penyanyi nasyid :))
Moga Allah bagi hati mereka terbuka . Ameen :))

SELAMAT BERBUKA :))

 

Wednesday, July 4, 2012

Salah ke saya cintakan sahabat saya kerana Allah???

Assalamualaikum....

 Saya pelik.....

  • Kenapa bila saya menunjukkan kasih sayang saya kepada sahabat yang sebaya, orang lain kata saya dan dia lesbian??
  • Bila saya sayangkan sahabat yang lagi muda dari saya ,orang kata itu adik saya?




Hakikat,hidup ini sunyi sangat tanpa sahabat. It's normal. Basics of life. Semua orang tahu. Salah ke saya ekspretasikan love saya pada sahabat yang saya cinta kerana Allah? Itu rasanya lagi baik kalau nak dibandingkan espress kan love pda kekasih yang jelas haram. Ye tidak?

Saya tak suka buat perkara sia-sia. 

Berkawan sebab saja-saja.
Bermain sebab suka-suka.
Belajar sebab keluarga.

 Selalunya perkara begini jarang lead kita ke syurga :((




Hayat umat Muhammad tak lama. Bila-bila je Allah boleh tarik. Pahala kena kumpul,pahala tak datang bergolek depan mata. Sedar diri sendiri tak baik mana. Dengan persahabatan yang ikhlas sebab Allah,Insya-Allah lead kita ke syurga :))

Perkara ni ingatkan diri sendiri dan orang lain. Segala yang baik datang dari Allah,yang lemah,juga datang dari Allah tapi disandarkan pada kelemahan hambaNya ini :))


Moga Allah redha~
Ameen~~


 


Thursday, June 7, 2012

sorrysorrysorry

Assalamualaikum......


study!study!




Penat lah,buat macam-macam aktiviti. Kat rumah pun kena kerja jugak. Tapi cuti ni,jalan tak ingat dunia. Gaya macam baru lepas Spm je. hehehe.




sorrysorrysorry
LOL. Saya dah buat orang marah lah ;'(. Sorry awak,saya gurau kasar sangat kot sampai awak tak boleh terima. Sorry eh :'((


Satu saya minta,jangan maafkan saya selagi marah awak tak hilang. Sebab ada orang pernah ajar saya,nak melafazkan kata maaf memang senang,tapi nak memaksudkannya tu susah. So,selagi awak tak iklas maafkan saya,jangan maafkan saya okeh? Kalau awak rasa dah ikhlas,baru maafkan ye :'))


Saya tak nak ukhwah kita terputus macam tu jer :(( Awak baik. Kelakar. Tak macam orang lain(even awak lembut sikit). So sorry ye :((.


sorry faeiz,my QM :'((

Wednesday, March 14, 2012

friends, i ask u an apology :(

Assalamualaikum...


Jumpa lagi!! Nak update blog ni lah :)


Kali ni nak cerita pasal kawan :)




Bukan senang nak "buat" sahabat ni. Ye lah,sahabat akhirat bukan senang nak cari kan? Sebelum apa-apa,baik minta maaf dulu. Andainya entry kali nih menyinggung perasaan sahabat-sahabat saya.


Saya ada seorang sahabat. Serius,dia baik sangat. Terlalu baik kalau nak di'compare'kan dengan kawan-kawan saya yang lain. Tapi,saya tak faham kenapa orang lain tak suka kat dia? Saya mengembara mencari jawapan. Saya nak tau bukan sebab apa,saya tahu baik dia. Sebab dia,saya berubah, dan insya Allah,perubahan ini hendaknya kekal :). 


Saya cari. Saya nak tahu. Akhirnya  selepas saya selidik,baru saya tahu,dia ni anoyying sikit. Kalau pasal pendapat jer,dia nak ikut cakap dia jer. Tapi,lepas saya selidik balik,bukan salah dia pun. Pendapat dia mmg ok pun. Cuma orang je tak nak bukak hati nak terima. Nak cari salah dia je . Tapi tu pendapat orang lain. Saya punya pendapat pun lain :).Sekali lagi,minta maaf :).


Saya ada sorang lagi kawan. Bukan tujuan nak compare or anything,tapi tak puas hati sikit dengan dia. Ok,saya tahu saya salah. Tapi tak payah la cerita kat orang lain kesalahan saya. Saya bukan malaikat yang tak pernah buat salah. Hanya Allah yang tahu dosa pahala saya. Saya kalau boleh nak semua puas hati dengan saya,tapi macam mana? Saya sendiri tak tau macam mana nak buat orang suka dengan attitude saya. hai~


Tak puas hati,mari cakap sendiri dengan saya. Insya Allah, kalau kena dengan caranya,saya takkan marah punya. Yelah,kalau betul kita nak marah ape kan? Kita semua manusia,selalu buat salah and silap. Jadi teguran itu perlu agar kita dapat bangkit untuk yang lebih baik. Betul tak?


Kepada sahabat-sahabat,saya minta maaf sangat kalau entry nih buat awak malu ke terasa or ape2. Saya dah terasa melampau dah nih. Saya mintak maaf sangat kalau pernah cakap belakang pasal awak. Awak tak salah,yang salah saya. Saya yang tak pandai jaga mulut. Memang betul,tu salah saya. Saya memang beribu kali mintak maaf kat awak. Saya nak awak tahu,saya memang manusia yang lemah. Tak terlepas dari buat silap. Even saya dapat title Ahli Badar pun,saya bukan ahli badar yang sempurna. Masih banyak lagi kesilapan saya yang perlu diperbetulkan. Sekali lagi saya minta maaf :(.


   ------------------------------------

Friday, December 23, 2011

Sahabat,maafkan aku.......

Assalamualaikum...

Saya rasa...berdosa.Sangat-sangat berdosa.Kehadiran teman sememangnya menggamit jiwa tapi.....Ntah lah,rasa seakan-akan mahu melarikan diri darinya.Hanya meminta dia memahami keadaanku,padahal aku tidak memahami perasaannya.Adakah aku bersalah?

Aku...cemburu.Benar,aku sangat cemburu orangnya.Tanpamu,aku benar-benar terasa kehilangan.Aku memohon sejuta kemaafan darimu...


Aku tidak bergembira disaat kau gembira.Meskipun kita berkongsi kegembiraan,namun disudut hati kecilku,aku berasa kekecewaan.Maafkan aku.Aku tak mampu untuk membendung rasa ini.....


Sahabat,aku sedar,bagimu,aku amat penting.Raut wajahku juga memamerkan rasa yang sama.Tapi sahabat,dari sudut hati kecilku,aku aku merasakan kau hanya boneka bernyawa.Maafkan aku sahabat.Aku berdosa padamu.....




Maaf...Aku berdosa...Tapi sahabat,Ingatlah,walau apapun coretanku,kata-kataku kepadamu,sememangnya aku sejujurnya cuba ikhlaskan diri sendiri......Kerana,bukan mudah,aku mendapat sahabat sebaik kamu,sejujur kamu,sepintar kamu,bersamamu membuatkan aku berasa lebih dekat dengan Tuhan yang menciptakanku.....




P/S:I <3 you much my friends......

Tuesday, October 25, 2011

Miss my friend...

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama 
Yang dibulatkan itu saya...

Assalamualaikum....
Ya Allah!!Rindu sangat-sangat kenangan saat sekolah rendah dulu.Serius,bila kenang balik,rasa nak ketawa ada,nak menangis ada,nak marah ada,macam-macam perasaan menerpa.Haha.Pic saya masa kecik-kecik ni sengal la.Tudung senget,selekeh,Baju tak gosok.Tu semua perkara biasa buat sekolah rendah.Zaman kecik-kecik dulu.

Bila mengenangkan sekolah menengah pula,jauh dah kitorang terpisah.Ada yang pergi KISAS,SEMESRA,MOSAC,ISKANDAR,SAB,SMKPB,High School...Dah jauh terpisah dah kitorang.Semua dah bawa haluan masing-masing.Ukhwah pun dah semakin longgar.Hai~~Zaman dah berubah...Biasa la.

Ya Allah,peliharalah rakan-rakanku ya Allah.Hindarkan perbuatan maksiat dari mereka.Lindungilah mereka dari termakan pujuk rayu syaitan Ya Allah.Sesungguhnya Aku mencintai mereka ya Allah.Aku kepingin melihat rakan-rakanku  kembali kepadamu Ya Allah.Kau turunkanlah hidayah kepada mereka agar kembali mengikut sunnatullahmu ya Allah....


Thursday, September 29, 2011

Kawanku...aku sentiasa bersamamu.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan aku rahmatnya yang terbesar iaitu kehidupan.Terima kasih Allah.Entri kali ini berkisar tentang ujian yang telah Allah berikan kepada kawan yang sangat saya cintai.Ketahuilah sahabat,sesungguhnya Allah akan menurunkan ujian kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk menguji iman seseorang itu,wahai sahabatku.Dan ingatlah bahawa Allah hanya memberi ujian kepada yang layak diberi ujian saja.


Sahabatku,
ketahuilah aku sentiasa bersamamu.
Tatkala kau diuji,aku di belakangmu.
Tatkala kau memerlukan bantuan,aku disebelahmu.
Tatkala kau memerlukan teman untuk menangis,bahuku sentiasa terbuka untukmu.
Janganlah kau berdiam diri denganku.
Aku memerlukan cerita sebenar darimu.
Aku percayakanmu walaupun tiada siapa disebelahmu.
Ingin sekali ku melihatmu,kembali ceria seperti dulu.

Sahabatku,
Aku memohon ampun kepadamu.
Mungkin kerana kesibukanku telah menjauhkan kita.
Urusanku menuntutku berkorban masa denganmu.
Walaupun kita tak serapat dahulu,aku amat merinduimu.
Maafkan aku sahabat,aku bersalah padamu.

Sahabatku,
Aku mencintaimu melebihi diriku.
Untuk mencapai tingkat tertinggi dalam ukhwah,
kita telah bersama memuhasabah diri kita.
Usaha kita selama ini,takkan terbiar begitu saja.
Jujur disudut hatiku,aku pernah membencimu.
Aku pernah mengumpatmu.
Tetapi dengan itulah Allah menemukan kita.
Menjadikan kita sahabat kerana-Nya.
Takdir Allah yang indah sekali.
Aturannya cantik sehingga kita juga tak terkesan.
Oleh itu,maafkanlah segala kesalahanku.
Semua itu kekhilafanku dahulu.
Sekarang aku telah berubah kearah yang lebih baik.
Semua itu atas usahamu.Atas kerelaanku.

Wahai sahabatku.
Aku mencintaimu sangat-sangat.
Uhibbukillah jiddan jiddan.
selama-lamanya.
abadan abada.