Wednesday, January 30, 2013

Psycologist, bersediakah aku?

Assalamualaikum....

Lama tak jengah blog ni...agak busy bila masuk bulan februari nih. Wooo~

Bila bulan februari dah jengah ni, debaran untuk dapat result SPM mula terasa lah. Wuu~ perasaan cuak yang tak dapat dibendung hari-hari. Cita-cita pun macam ke laut. UPU pun belum isi. Haru!!

Haih~ bila fikir-fikir balik kan, ramai je yang nak ambil course yang aku nak ni. Ada 1 je. Tu pun dekat UIA. Akak aku cakap, it's ok if you want to be psycologist, tapi boleh ke handle budak psiko? Yang diam and rasa diri tak gila?

Gulp!

*gelengkepalandangkat2bahu.

Aduhhhh, tiba-tiba rasa serammmm!
#ish, saje je nak nakutkan aku.

Thursday, January 24, 2013

Antara Maulidurrasul dan wasataniyah..

Assalamualaikummm!!


Tarikh yang aku tunggu-tunggu akhernya tiba jua!!!!! Teringin nak ucap sanah helwah dekat Nabi Muhammad :'( So, hari ni dah genap dah 1381 tahun Junjungan Besar kita tinggalkan kita didunia yang sementara ini. And, yang ajaibnya, even Rasulullah dah wafat, tapi ajaran baginda masih utuh sampai sekarang :)) And, yang lagi bahagia, aku merupakan salah satu penganutnya. Terima kasih Ya Allah.

* tiba-tiba rasa beruntung :'*

Uhuk *kibas-kibas sawang*. Hachemmm. Lama tak conteng kisah sukadukamasamanis kat sini. A bit busy*ehh? jaga Nenek yang istimewa di hati ^.^. Ditambah kemalasan untuk online di lappy/komputer/notebook dan ditumis dengan kpeningan apabila melihat skrin komputer. Huh, =,= relieve.

Lagi 2 minggu pakcik aku kawen =,=. Tengok la kalau aku rajin upload gambar dia *tak rajin. Kekekeke. Emm, tadi pergi Maulud Nabi dekat Masjid Sultan Ismail, Muar. Habis ceramah terus jalan-jalan dekat sekitar masjid dengan Mrs Mak. Mr Ayah dan Mr Adik kemana entah hilangnya. Rancangannya nak rembat  1 dulang and makan satu family.

Sesat di tengah jalan nampaknya =,=". Dapat air je. Alhamdulillah, it's oke ada dari tak ada kan? ^.^.

Tadi ceramah pasal wasataniyah...... err, lupa. tapi penceramah tu best la. Mrs Mak dan Mr Ayah kenal, tapi aku tak la. Yang penting bukan ustaz Azhar Idrus. Tak kisah la siapa-siapa yang bagi ceramah, asalkan dia ikhlas nak dakwah kat orang dah cukup kan :D

Aku masih blurr dengan wasataniyah ni... Sibuk laung-laung pasal wasataniyah tp aku masih lagi tak faham =,=. Sebab.....

Wasataniyah= kesederhanaan


Wasataniyah...Kesederhanaan.... Tapi, aku terfikir, adakah orang yang laung-laungkan wasataniyah ini juga cuba berbuat demikian? Korang ada akal, fikir sendiri. 

Agama islam itu syumul. Aku nampak islam tu cantik sangat. Sebab tu aku sayang sangat nak kotor kan, calarkan atau buang islam. Aku kalau boleh nak jaga dia, belai, bawak dia kemana aku nak. And yes, itu perkara yang aku cuba nak buat sekarang. 

Dan yang paling penting, aku tak nak aku sorang je yang tau Islam tu cantik. Aku nak semua orang tahu betapa cantiknya Islam itu. Terutama bagi mereka yang tak tau. 

Itu salah satu sebab kenapa aku suka lepak dengan orang yang agak "bermasalah".

Nanges :'(

Saturday, January 5, 2013

Cerita kita (bab 4)



Masuk seminggu, baru A’eil berjaya menyesuaikan diri kat tempat baru. Kepala dah tak pening cari tangga. Masuk sekolah pun dah tak sesat lagi dah. Dekat asrama dah tawaf dua tiga empat kali juga. Ahli dorm, emm, jangan cakap la, memang tak pernah nak tegur! Tapi, A’eil tak ambil pusing sangat. Malas nak layan tepi kain orang. Tepi kain sendiri pun tak terjaga. Konon-konon semangat assabiah la ni.
Belum masuk lagi pasal bangun awal pagi untuk pergi sekolah. Memang rutin harian dia berubah 1800 la hidup dekat asrama. Mula-mula memang liat sikit nak bangun. Tapi, lama-lama dia jadi biasa. Tambahan pula dekat dorm Raudhah, memang junior kena kejut senior. Nasib baik dia dah form 4, jadi, memang seksa la siapa yang mengejutnya bangun subuh. Terutama masa hari minggu.
Mula-mula, memang dia tak tahu apa-apa, setelah diberi taklimat oleh ketua dorm, Kak Fiza, dah ok sikit dah. Tak la jalan bengkang-bengkok lagi. Takdenye nak awkward tengok orang hantar dobi. Tu belum lagi masuk sesi mengemas loker bersama Kak Zira. Semua itu dia belajar perlahan-lahan.
Dekat kelas pula, dah makin ramai kawan dia kenal. Tapi, kalau tanya dia nama sorang-sorang satu kelas, memang A’eil mengucap panjang. Sebab tak ingat. Muka, in shaa Allah la ingat, nama, kirim salam.
Board asrama dipandang kejap. Lalu, langkah diatur menuju ke dorm. Perasaan penat menyelubungi diri A’eil. Badannya dengan cekap dihempas ke katil. Empuknya!
Pap! Sbiji bantal dibaling. Mengganggu dirinya yang hampir dibuai mimpi. A’eil berdengus geram. Siapa pula yang kacau aku ingin beradu ni? akal A’eil berbicara. Muka Ira tersenyum memandangnya.
“Kau nak ape? Aku ngantuk la. Jangan la kacau.” Bantal ditekup ke muka. Nak sambung tidur balik.
Ira tertawa. “Ala, jangan la marah. Ni, aku nak ajak kau pergi makan malam. Jom… A’eil, bangun la!”. Ira menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun. Mata A’eil terkebil-kebil melihat depan. Ira terus-terusan menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun dan pergi mandi. Jam hamper menunjukkan pukul enam suku petang.
“A’eil, cepat la. Karang DM tutup. Dah nak pukul enam setengah dah. Cepat! Nah, ni towel kau. Dah, sekarang kau bangun dan take your bath now, ok. Aku bagi kau masa 15 minit. By hook or krook, ok!” Ira member arahan. Dengan langkah longlai, A’eil menapak ke bilik air. Rasa mengantuknya masih lagi tak hilang.

Penat tadah telinga dengar Ira membebel. Semua tu gara-gara dia tertidur dalam bilik air. Buat haru je. Memalukan diri sendiri betul. Gila. Mana pernah ada student kena kejut tidur dekat bilik air. Sampai DM, jam dah jejak pukul 6.50. Kiranya kalau dia tidur lama sikit, memang merajuk la Ira dengan dia. Dah la hari itu makan  malam sedap. Ayam masak merah dengan sayur masak air campur buah anggur. Maunya tak kecur air liur kalau tinggal makan ni. Dah la ayamnya besar-besar. Dapat lagi best, bahagian dada. Fuh, hingga menjilat jari. Itu baru dekat DM. Belum lagi cerita pasal makan laju-laju semata-mataa tak nak jadi makmum masbuk magrib. Kiranya, makan tu masuk mulut, kunyah selaju mungkin, then telan. Nasib la, hadam ke tak. Waktu magrib(selain isnin dan khamis) andai kata ada makmum masbuk je, rasa macam awkward gila. Sebab, surau perempuan before magrib lagi dah penuh. So, makmum masbuk ni, sangatlah kurang. So, kepada sesiapa yang lambat tu, boleh tebalkan muka je lah bangun lepas tahiyyat akhir.
Kelas prep malam bermula macam biasa. Pukul 8.30 malam. Waktu pertama kali A’eil pergi prep malam, memang dia sangat mengantuk. Biasa dekat rumah, dalam pukul 9.30 malam, A’eil dah tidur. Masa kenalkan diri kat rakan-rakan seperjuangan pun, dia menguap. Tapi sekarang dah kurang sikit. Sebab dah mula terbiasa tidur lambat. Tidur pukul satu dua pagi bukan masalah baginya sekarang.
Sekarang, ada lapan kerja rumah menanti untuk disiapkan. Setiap subjek ada kerja rumah. Yang menjadi beza, masa menghantar. Fail Add Math ditarik keluar dari beg. Muka surat 2 dibelek. Sesekali keypad kalkulator ditekan.
Suasana prep malam riuh. Budak keluar masuk kelas tu perkara biasa. Fail Add Math ditutup kembali. Satu soalan pun tak boleh nak proceed. Penat buat jalan kerja panjang-panjang and then, salah. Rasa macam kena tipu dengan soalan.
“Eh, kenapa buat tak habis nih?” Yana merenung setiap perkakas atas meja. Fail Add Math yang terbuka luas dijeling sekejap. Quadratic function.
“Otak penat lah. Rehat kejap”, balas A’eil.
“Oh. Okey”. Yana buat kerja balik. Kasu dan Mina masuk kelas. Mereka terus ke meja Yana. Tangan Yana terhenti dari menulis karangan. Matanya memandang mereka.
“Esok perhimpunan dekat Hall. Dah setting tempat?”, tanya Mox.
Yana mengangguk. “Aku panggil budak form 1. Senang sikit  uruskan budak kecik”, kata Yana.
Mox memandang A’eil. “Siapa nih? Budak baru ea? Third intake?”
“Aku A’eil. Datang dari KL. Kau?” A’eil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Mox memandang pelik. “Aku Aina, panggil Mox. Head girl”. Huluran tangan A’eil disambut. A’eil tersenyum.
“Kau dorm ape?”
“Raudhah”.
Mata Mox terbelalak.

Wednesday, January 2, 2013

Tahun baru, mental baru :)

Assalamualaikum :)

Dah nak masuk alam baru dah~ ngee~ Dah tak ade sekolah dah~ Mesti aku miss masa-masa dekat sekolah kan? huhu


Dah new year dah~ Huh!

Rasa macam baru semalam je sekolah. 
Rasa macam baru semalam je SPM.
Rasa macam baru semalam je ucap goodbye dekat sahabat-sahabat.
Rasa macam baru semalam je jadi ahli Syukbah Usrah Ceramah.
Rasa macam baru semalam je jadi ahli dorm Sumayyah.

Huh, banyak betul kenangan dekat bumi Iskandar. Kisah kawan-kawan, hantu, histeria,usrah, padang bola, lepak rugby dll. Yang paling aku rasa macam baru semalam aku buat, tengok bintang dekat court dengan Paae, Epah and Ashma. Tu la kenangan paling manis dimana sehari lepas tu, aku kena marah dengan budak dorm aku sebab diorang risaukan aku. Huhuhu.

Tu kisah lama. Sekarang kena buka buku baru. Minda baru. Tahun baru. Hari baru. Azam baru.

Azam tahun ni, sama macam azam tahun lain. 

Nak Jadi Lagi Baik Dari Tahun Lepas

Tu azam yang basic. Azam yang specific:
  • Nak try solat fardhu awal waktu :)
  • Nak try tak pakai jeans keluar rumah :)
  • Nak try pakai baju muslimah:)
  • Nak try jadi more solehah:)
  • Katakan taknak! kepada berlagak dan riak:(
Huh, yang last tu aku kena take note. Sebab tu la yang aku paling nak buang. Riak tu kan syirik kecil. Dah tak mau dah syirik-syirik ni. Kena taubat nasuha tu...

So, mental aku pun kena baru. Dah tak mau tak matang-tak matang lagi lah :)





Monday, December 24, 2012

Dia..Iman Nataya..(siri 2)



I need u,
I miss u,
Hope our family will be together in Jannah, In Shaa Allah....
       

Embun masih menitis. Bayu pagi yang melambai meresap ke sum sum tulang. Subhanallah! Segala puji untuknya. Aku masih bisa bernafas dengan oksigen yang diberi.

Tanpa sedar, setitis cecair jernih menyentuh pipi. Sayunya hati terasa. Adakah aku masih mampu menatap keindahan pagi sebegini lagi esok? Atau mungkin aku sudah dijemput ilahi?

“En. Iman. Assalamualaikum”, satu suara menyapa.

“Waalaikumussalam..Adila”, matanya menangkap sesusuk tubuh genit disebelahnya memegang satu dokumen.

“Macam mana Adila, ada maklumat?”

“Maafkan saya En. Iman. Belum jumpa lagi. Tapi jangan risau, kita mesti jumpa dia En. Iman”, Adila member harapan.

“Saya harap sangat dapat menatap matanya sebelum saya pergi jauh”, nada suara mengharap jelas kedengaran.

“En. Iman, kita masih ada masa. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk cari dia”, Adila memujuk.

“Saya lapar. Boleh teman saya sarapan?” Iman tersenyum.

“Ok, jom”. Adila menolak kerusi roda Iman menuju ke kantin hospital.



Iman Daniel. Insan yang sungguh berdedikasi dalam setiap kerjanya. Namun, Allah menakdirkan hidupnya penuh dugaan. Kematian ibu bapa dihadapan matanya sendiri sewaktu mereka sekeluarga dirompak. Kehilangan adik perempuan satu-satunya menambahkan lagi kelukaan dihati. Dan kini, sekali lagi teruji dengan penyakit leukimia yang ditanggung membuatkan dirinya semakin tabah.

Jam disisi katil berdetik. Jam 4.00 pagi. Sunyi. Iman menggagahkan diri bangun menuju ke bilik air. Pili dipulas, wudhuk diambil. Allah! Rambut yang dahulunya lebat semakin menipis. Liang-liang rambut sudah mula nampak.

Sejadah dihampar. Takbir dilaungkan dan Al-fatihah mula dibaca sehinggalah selesai salam. Tangannya diangkat menadah.” Ya Allah. Ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, ahli keluarga serta umat islam. Ya Allah, bantulah aku pertemukan aku dengan Iman Natasya, ya Allah. Permudahkanlah urusanku ya Allah”, tangannya meraup muka. Air mata diseka.

“Iman Natasya, abang rindu”, hatinya berbisik.



***



“Sya ambilkan air”, Amira melaung.

“Ok. Onkan dulu. Kejap lagi aku datang”, tangannya mencapai dua mug comel. Iman Natasya meletakkan mug diatas meja kopi.

“Sya, tadi ada orang cari kau”, Amira merenungnya.

“Siapa yang cari?” persoalan timbul.

“Adalah perempuan cantik. Dia tanya pasal kau. Kerja dekat mana. Macam-macam lagi”, Amira menyambung.

“Biarlah. Aku rasa aku tak ada cari pasal dengan sesiapa”,Sya menyambung kerjanya.



***



“En. Iman, saya dah dapat sedikit maklumat tentang Iman Natasya”, Adila membuka bicara.

“Dia dekat mana sekarang? Dia okey kan?” Iman teruja.

“Okey saja. Dia bekerja di De’vious Corp. Duduk dekat Damansara dengan kawan nama Amira. Ni gambar terbaru dia”, Adila bercerita.

“Sempat tak saya jumpa dia? Adila saya rindu dia”, Iman mengeluh.

“Kami akan usahakan En. Iman. Jangan risau”, Adila tersenyum.



***



“IBU!!” Sya tiba-tiba menjerit. Dia tersentak, peluh mula membasahi dahi. Peristiwa lama terimbau kembali. Bayangan ibu dan ayahnya dibunuh di hadapan mata menyerang memori.

“Abang, Sya rindu abang”, air matanya diseka.



***

Iman tersentak. ‘Astaghfirullah!’ bayangan lama menyentap minda.

“Ibu, ayah. Abang akan cari adik. Abang janji”,Iman separa berbisik. Takbir tahajud memanggil-manggil dirinya untuk bersujud pada Tuhan yang Maha Esa.



***



“Mira, aku rindu abang aku”, Sya bersuara.

“Sorry, aku tak boleh tolong. Doalah supaya kau jumpa dia”, Amira memujuk. Sayu hatinya melihat nasib rakannya. Sudahlah yatim piatu, terpisah pula dengan abang satu-satunya.

“Mira, aku nak cari abang aku”, Sya bersuara lirih.

“Aku support kau selalu”, Amira mengggenggam tangannya.



***



Dalam kesibukan menguruskan stok-stok untuk dipasarkan, kelibat seorang wanita mendekatinya.

“Ni Cik Iman Natasya?” perempuan itu bertanya.

“Ya, saya. Ada apa yang saya boleh bantu?” Sya masih teragak-agak.

“Boleh pinjam masa awak sekejap?” perempuan itu tersenyum.

“Boleh, sebentar”. Sya mengambil barangnya lalu mendapatkan perempuan tersebut di bangku berhampiran.

“Mesti awak tertanya-tanya siapa saya kan?” perempuan itu berbicara. Sya tersenyum.

“Saya Adila. Saya diminta untuk mencari Cik Iman Natasya. Cik Iman kenal orang ni?”. Sekeping gambar dikeluarkan dari dokumen.

Sya terkesima. Matanya tertacap pada insan di sebalik gambar tersebut. Mtanya memandang tepat mata perempuan tersebut, minta penjelasan.

“Saya tahu awak terkejut. Saya akan jelaskan pada awak. En. Iman Daniel ni bos saya. Saya diminta untuk mencari adiknya yang hilang iaitu Cik Iman Natasya. Sudah lama dia mencari Cik Iman. Dia sangat sayangkan Cik Iman. Dari pandangan matanya, dapat lihat yang dia sangat berharap dapat jumpa Cik Iman. Setiap kali ada peluang doa, saya selalu dengar nama Cik Iman disebut. Dia nak tunaikan harapan arwah ibu dan ayah Cik Iman. Jadi, saya datang nak bawa Cik Iman balik”. Adila bercerita.

Sya hanya mengangguk. Dia tak mampu berkata apa. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung lengan. Sayu hatinya.

“Saya nak jumpa abang saya” Sya bersuara tersekat-sekat.

Adila tersenyum syukur.



***



Keadaan Iman semakin lemah. Kesakitan yang amat tak tertanggung lagi. Denyutan keperitan melingkari tubuhnya. “Ya Allah, kuatkanlah aku”, suara hatinya berbisik.

“Assalamualaikum…” satu suara asing menyapa. Iman Daniel menoleh. Serta merta matanya tertacap pada seraut wajah yang cukup seiras ibunya.

“Iman Natasya?” Iman meminta kepastian. Sya mengangguk lantas. Tubuh Iman Natasya dirangkul erat.

“Sya sayang abang. Sya rindu abang”, cecair bening mengalir.

“Sya, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah”. Iman mengusap kepala adiknya. Pelukan itu tidah dilepaskan.

“Abang cari Sya selama ini. Kemana Sya pergi sayang?” matanya berkaca.

“Sya rindu abang. Abang jangan tinggal Sya lagi”, esak Iman Natasya.



Pelukan mereka longgar, tiba-tiba Iman Daniel rebah.

“Abang! Abang kenapa ni?” Adila yang berada disitu lekas memanggil doktor.

“Abang, jangan tinggal Sya. Sya sayang abang”, tangisnya kuat.



Hatinya gelisah. 2 jam berlalu, doktor sedang berhempas pulas menyelamatkan Iman Daniel.

“Sya rehatlah dulu. Biar Akak Dila tunggu En. Iman”, Adila memujuk.

“Tak boleh, Kak Dila. ‘Half of me’ tengah bertarung nyawa ‘in there’” matanya sayu.

“Kak Dila minta maaf sebab lambat jumpa Sya”, Adila serba salah.

“Allah yang takdirkan semuanya. Bukan salah siapa-siapa”, Sya meletakkan kepalanya dibahu Adila. Adila mengusap kepalanya.

“Sabar ya Sya. Doakan En. Iman kuat”, Adila genggam tangannya.



***



Suasana pagi yang redup. Seakan mengiringi pemergian Iman Daniel.

“Sya baru jumpa abang. Tapi Allah ambil abang cepat. Sya sedih. Tapi, Sya tak nak salahkan Allah. Sya sayang abang tapi Allah lebih sayangkan abang” Sya monolog sendirian di tepi nisan abangnya.

“Akak Dila tahu yang Sya seorang yang tabah”. Adila terasa hiba.

“Kak Dila, terima kasih jagakan abang untuk Sya”.

“Itu memang kerja Kak Dila”, tangannya menyeka air mata Sya.



“Sya, ni diari abang Sya. Dia pesan dekat akak minta jagakan Sya kalau-kalau dia tak ada, Dan dia sangat harap Sya dapat ganti tempat dia di WARISAN”. Adila menyerahkan diari Iman kepada Sya.

“Terima kasih. Nanti Sya fikirkan”. Sya berlalu ke bilik abangnya.

Iman Natasya memandang seluruh isi bilik. Sunyi. Iman duduk di birai katil. Diari di tangannya dibuka. Halaman terakhir diselak.



07 Disember 2011…



Ya Allah, aku bersyukur masih berpeluang bernafas lagi hari ini, ya Allah. Izinkan aku mencoret sesuatu sebagai amanat buat insan tersayang, Iman Natasya…..



Buat adik tersayang, Iman Natasya,

Abang tak tahu abang sempat jumpa Sya atau tak. Hari-hari yang mendatang membawa khabaran ajal dari Tuhan. Apapun, abang nak Sya tahu, abang sayangkan Sya. Terlalu menyayangi Sya.

Sya,

Abang minta maaf kalau ada khilaf abang pada Sya. Abang minta maaf tak dapat jaga Sya macam abang lain jaga adiknya. Tiap hari abang berdoa supaya pertemukan Sya dengan abang. Mohon Allah makbulkan. Sya, abang minta satu daripada Sya. Tapia bang takkan paksa kalau Sya tak nak. Abang tinggalkan kerusi kosong untuk Sya terajui WARISAN. Abang nak Sya bawa WARISAN ke arena lebih gah. Abang cuma mampu bawa amanat arwah ayah sampai sini. Umur abang tak panjang.

Abang sayang Sya sangat-sangat.

Andai abang pergi dulu, jaga diri Sya baik-baik. Pelihara imanmu dik. Doakan Ibu, Ayah dan abang bahagia kat sana. Sya pusaka ayah. Harta abang, abang serah semuanya pada Sya. Abang harap, Sya dapat jumpa rusuk kiri Sya yang mampu jaga iman, agama dan Sya.

Cukup sampai sini. Moga Allah satukan hati kita.



Abang,

Iman Daniel


Air mata diseka. Sebak didada mengenangkan saat-saat indah waktu dulu.

“Abang, Sya akan teraju WARISAN. Sya janji”.



***



Majlis perasmian Rumah Anak Yatim Warisan dihadiri ramai kakitangan WARISAN sendiri.

“Akak Dila bangga dengan Sya”. Bahu Sya digosok.

“Terima kasih. Sya buka pusat ni atas nama WARISAN, atas nama abang, Iman Daniel”. Sya tersenyum puas.

Potret keluarga ditatap.

“Ibu, ayah, abang. Sya bawa WARISAN ke syurga..”, bisiknya.



~The End~





CORETAN KENANGAN: Maaf sekiranya ada khilaf tanpa disengajakan. Saya cuma insan biasa. Untuk Nur Shahidah Mohd Shah, selamat maju jaya.

(Nur Sabrina binti Rosli) * 07 Disember adalah tarikh bermakna bagi saya :)



Sunday, December 23, 2012

Dia.... Iman Natasya (siri 1)



Embun masih menitis. Bayu pagi yang melambai meresap ke sum sum tulang. Subhanallah! Segala puji untukNya. Aku masih bisa bernafas dengan oksigen yang diberi.

Tanpa sedar, setitis cecair jernih menyentuh pipi. Sayunya hati terasa. Adakah aku masih mampu menatap keindahan pagi sebegini lagi esok? Atau mungkin aku sudah dijemput ilahi?

“En. Iman. Assalamualaikum”, satu suara menyapa.

“Waalaikumussalam..Adila”, matanya menangkap sesusuk tubuh genit disebelahnya memegang satu dokumen.

“Macam mana Adila, ada maklumat?”

“Maafkan saya En. Iman. Belum jumpa lagi. Tapi jangan risau, kita mesti jumpa dia En. Iman”, Adila member harapan.

“Saya harap sangat dapat menatap matanya sebelum saya pergi jauh”, nada suara mengharap jelas kedengaran.

“En. Iman, kita masih ada masa. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk cari dia”, Adila memujuk.

“Saya lapar. Boleh teman saya sarapan?” Iman tersenyum.

“Ok, jom”. Adila menolak kerusi roda Iman menuju ke kantin hospital.



Iman Daniel. Insan yang sungguh berdedikasi dalam setiap kerjanya. Namun, Allah menakdirkan hidupnya penuh dugaan. Kematian ibu bapa dihadapan matanya sendiri sewaktu mereka sekeluarga dirompak. Kehilangan adik perempuan satu-satunya menambahkan lagi kelukaan dihati. Dan kini, sekali lagi teruji dengan penyakit leukimia yang ditanggung membuatkan dirinya semakin tabah.

Jam disisi katil berdetik. Jam 4.00 pagi. Sunyi. Iman menggagahkan diri bangun menuju ke bilik air. Pili dipulas, wudhuk diambil. Allah! Rambut yang dahulunya lebat semakin menipis. Liang-liang rambut sudah mula nampak.

Sejadah dihampar. Takbir dilaungkan dan Al-fatihah mula dibaca sehinggalah selesai salam. Tangannya diangkat menadah.” Ya Allah. Ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, ahli keluarga serta umat islam. Ya Allah, bantulah aku pertemukan aku dengan Iman Natasya, ya Allah. Permudahkanlah urusanku ya Allah”, tangannya meraup muka. Air mata diseka.

“Iman Natasya, abang rindu”, hatinya berbisik.



***



“Sya ambilkan air”, Amira melaung.

“Ok. Onkan dulu. Kejap lagi aku datang”, tangannya mencapai dua mug comel. Iman Natasya meletakkan mug diatas meja kopi.

“Sya, tadi ada orang cari kau”, Amira merenungnya.

“Siapa yang cari?” persoalan timbul.

“Adalah perempuan cantik. Dia tanya pasal kau. Kerja dekat mana. Macam-macam lagi”, Amira menyambung.

“Biarlah. Aku rasa aku tak ada cari pasal dengan sesiapa”,Sya menyambung kerjanya.



***



“En. Iman, saya dah dapat sedikit maklumat tentang Iman Natasya”, Adila membuka bicara.

“Dia dekat mana sekarang? Dia okey kan?” Iman teruja.

“Okey saja. Dia bekerja di De’vious Corp. Duduk dekat Damansara dengan kawan nama Amira. Ni gambar terbaru dia”, Adila bercerita.

“Sempat tak saya jumpa dia? Adila saya rindu dia”, Iman mengeluh.

“Kami akan usahakan En. Iman. Jangan risau”, Adila tersenyum.



***



“IBU!!” Sya tiba-tiba menjerit. Dia tersentak, peluh mula membasahi dahi. Peristiwa lama terimbau kembali. Bayangan ibu dan ayahnya dibunuh di hadapan mata menyerang memori.

“Abang, Sya rindu abang”, air matanya diseka.



***

Iman tersentak. ‘Astaghfirullah!’ bayangan lama menyentap minda.

“Ibu, ayah. Abang akan cari adik. Abang janji”,Iman separa berbisik. Takbir tahajud memanggil-manggil dirinya untuk bersujud pada Tuhan yang Maha Esa.



***



“Mira, aku rindu abang aku”, Sya bersuara.

“Sorry, aku tak boleh tolong. Doalah supaya kau jumpa dia”, Amira memujuk. Sayu hatinya melihat nasib rakannya. Sudahlah yatim piatu, terpisah pula dengan abang satu-satunya.

“Mira, aku nak cari abang aku”, Sya bersuara lirih.

“Aku support kau selalu”, Amira mengggenggam tangannya.



***



Dalam kesibukan menguruskan stok-stok untuk dipasarkan, kelibat seorang wanita mendekatinya.

“Ni Cik Iman Natasya?” perempuan itu bertanya.

“Ya, saya. Ada apa yang saya boleh bantu?” Sya masih teragak-agak.

“Boleh pinjam masa awak sekejap?” perempuan itu tersenyum.

“Boleh, sebentar”. Sya mengambil barangnya lalu mendapatkan perempuan tersebut di bangku berhampiran.

“Mesti awak tertanya-tanya siapa saya kan?” perempuan itu berbicara. Sya tersenyum.

“Saya Adila. Saya diminta untuk mencari Cik Iman Natasya. Cik Iman kenal orang ni?”. Sekeping gambar dikeluarkan dari dokumen.

Sya terkesima. Matanya tertacap pada insan di sebalik gambar tersebut. Mtanya memandang tepat mata perempuan tersebut, minta penjelasan.

“Saya tahu awak terkejut. Saya akan jelaskan pada awak. En. Iman Daniel ni bos saya. Saya diminta untuk mencari adiknya yang hilang iaitu Cik Iman Natasya. Sudah lama dia mencari Cik Iman. Dia sangat sayangkan Cik Iman. Dari pandangan matanya, dapat lihat yang dia sangat berharap dapat jumpa Cik Iman. Setiap kali ada peluang doa, saya selalu dengar nama Cik Iman disebut. Dia nak tunaikan harapan arwah ibu dan ayah Cik Iman. Jadi, saya datang nak bawa Cik Iman balik”. Adila bercerita.

Sya hanya mengangguk. Dia tak mampu berkata apa. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung lengan. Sayu hatinya.

“Saya nak jumpa abang saya” Sya bersuara tersekat-sekat.

Adila tersenyum syukur.



***



Keadaan Iman semakin lemah. Kesakitan yang amat tak tertanggung lagi. Denyutan keperitan melingkari tubuhnya. “Ya Allah, kuatkanlah aku”, suara hatinya berbisik.

“Assalamualaikum…” satu suara asing menyapa. Iman Daniel menoleh. Serta merta matanya tertacap pada seraut wajah yang cukup seiras ibunya.

“Iman Natasya?” Iman meminta kepastian. Sya mengangguk lantas. Tubuh Iman Natasya dirangkul erat.

“Sya sayang abang. Sya rindu abang”, cecair bening mengalir.

“Sya, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah”. Iman mengusap kepala adiknya. Pelukan itu tidah dilepaskan.

“Abang cari Sya selama ini. Kemana Sya pergi sayang?” matanya berkaca.

“Sya rindu abang. Abang jangan tinggal Sya lagi”, esak Iman Natasya.



Pelukan mereka longgar, tiba-tiba Iman Daniel rebah.

“Abang! Abang kenapa ni?” Adila yang berada disitu lekas memanggil doktor.

“Abang, jangan tinggal Sya. Sya sayang abang”, tangisnya kuat.



Hatinya gelisah. 2 jam berlalu, doktor sedang berhempas pulas menyelamatkan Iman Daniel.

“Sya rehatlah dulu. Biar Akak Dila tunggu En. Iman”, Adila memujuk.

“Tak boleh, Kak Dila. ‘Half of me’ tengah bertarung nyawa ‘in there’” matanya sayu.

“Kak Dila minta maaf sebab lambat jumpa Sya”, Adila serba salah.

“Allah yang takdirkan semuanya. Bukan salah siapa-siapa”, Sya meletakkan kepalanya dibahu Adila. Adila mengusap kepalanya.

“Sabar ya Sya. Doakan En. Iman kuat”, Adila genggam tangannya.



***



Suasana pagi itu redup. Tetamu yang hadir untuk majlis tahlil itu semakin beransur pulang.

“Sya mesti penat. Pergilah naik dulu”, Adila menegurnya.

“Tak apalah. Sya nak kemaskan sikit lagi. Akak.. terima kasih sebab jaga abang untuk Sya”, Sya tersenyum.

“Itu memang kerja akak. Taka pa-apa pun. Lagi satu, ni diari En. Iman. En. Iman pernah cakap, dia nak sangat Sya terajui WARISAN”. Adila menyerahkan diari Iman kepada Sya.

“Nanti Sya fikirkan”, Sya tersenyum sebelum mula mendaki anak tangga.



Sya sudah mula berpindah masuk ke rumah banglo tersebut. Memandangkan Amira berpindah ke Cheras. Dia menghuni banglo itu. Sya memulas tombol. Matanya ditala memandang seisi bilik. Kemas. Sunyi. Iman duduk di birai katil. Diari ditangannya dibuka. Halaman terakhir diselak.




07 Disember 2011…



Ya Allah, aku bersyukur masih berpeluang bernafas lagi hari ini, ya Allah. Izinkan aku mencoret sesuatu sebagai amanat buat insan tersayang, Iman Natasya…..



Buat adik tersayang, Iman Natasya,

Abang tak tahu abang sempat jumpa Sya atau tak. Hari-hari yang mendatang membawa khabaran ajal dari Tuhan. Apapun, abang nak Sya tahu, abang sayangkan Sya. Terlalu menyayangi Sya.

Sya,

Abang minta maaf kalau ada khilaf abang pada Sya. Abang minta maaf tak dapat jaga Sya macam abang lain jaga adiknya. Tiap hari abang berdoa supaya pertemukan Sya dengan abang. Mohon Allah makbulkan. Sya, abang minta satu daripada Sya. Tapia bang takkan paksa kalau Sya tak nak. Abang tinggalkan kerusi kosong untuk Sya terajui WARISAN. Abang nak Sya bawa WARISAN ke arena lebih gah. Abang cuma mampu bawa amanat arwah ayah sampai sini. Umur abang tak panjang.

Abang sayang Sya sangat-sangat.

Andai abang pergi dulu, jaga diri Sya baik-baik. Pelihara imanmu dik. Doakan ibu, ayah dan abang bahagia kat sana. Sya pusaka ayah. Harta abang, abang serah semuanya pada Sya. Abang harap, Sya dapat jumpa rusuk kiri Sya yang mampu jaga iman, agama dan Sya.

Cukup sampai sini. Moga Allah satukan hati kita.



Abang,

Iman Daniel


Air mata diseka. Sebak di dada menyulubungi jiwanya.



“Hah!” satu sergahan membuatkan diari itu jatuh ke lantai.

“Abang ni! Terkejut Sya”, tangannya mengurut dada.

“Eleh, nak touching bagai! Apalah Sya ni…” Iman tergelak kecil.

Sya memeluk abangnya. Erat. Tak sanggup berpisah lagi.

“Abang..Sya tak nak isi kerusi abang. Sya nak isi kerusi sebelah abang dekat WARISAN”, Sya menyatakan hasratnya.

“Alhamdulillah. Terima kasih Sya”, Iman mengurup kepala adiknya.

“Jom turun. Tolong Kak Dila kat bawah”. Iman tangan Sya ke pintu.



Adila sibuk mengemas di luar rumah. Tangannya lincah membuat kerja. Tanpa dia sedari, sepasang mata merenungnya.

“Tak payah tenung-tenung la abang.. Cakap je kat akak tu”, Sya menegur.

“Seganlah”, Iman tersipu-sipu. Telinganya merah.

“Malu-malu pula. Masa abang sakit, kan Kak Dilla yang jaga abang? Kak Dila tu baikkan abang?”, Sya mengusik.

Mereka berjalan menuju kearah Adila. Adila menoleh, lalu tersenyum manis.

“Bestnya kalau dapat akak macam Kak Dila”, Sya berseloroh. Adila buat muka pelik. Iman sudah cubit-cubit Sya.

“Akak, Sya tak kisah kalau kongsi abang dengan akak”, Sya bersuara.

Mereka tersipu…..



Angin lalu membawa kesedihan pergi. Akhirnya pelangi muncul selepas lama hujan membasahi bumi….


CORETAN KENANGAN: Bismillahirahmannirahim…~Segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa lagi Agung. Alhamdulillah, Allah membenarkan tangan ini mencoret untuk tatapan anda. Mohon maaf atas segala khilaf…. Aku cuma insan biasa….~~~~Nur Sabrina binti Rosli~~~~

Friday, December 21, 2012

Dia, Aima Dhia...




Kaki Nora berlari pantas kearah bilik rawatan. Kerisauannya memuncak. Takut andai sesuatu terjadi kepada sahabat yang disayanginya. Kakinya meluru kearah pintu bilik rawatan.
“Cikgu, macam mana keadaan Dhia?” tanya Nora pantas. Dia betul-betul cuak.
“Dhia ok. Cuma kepalanya terhantuk sikit je. Insya-Allah esok dah baik la kut.” kata Cikgu Rasyidah.
Nora menarik lafas lega. Nora tahu Dhia masih marahkannya, namun Nora tidak peduli. Walau apapun, Aima Dhia tetap sahabatnya dunia akhirat.

Nora tersedar dari lamunannya apabila terdengar erangan Aima Dhia, sahabatnya.Keluhan dilepaskan. Nora tahu, itu tandanya dia perlu pergi.
“No…No..ra..” sebut Aima Dhia dalam igauannya. Nora risau namun apakah dayanya, dia memang perlu pergi. Itu janjinya dengan Dhia dulu. Nora harus menepati janji.

Perlahan-lahan, Nora keluar dari bilik rawatan. Air matanya mengalir perlahan. 'Ya Allah, kuatkan hatinya untuk menerima dugaan ini', bisik hati kecilnya. Lama dia disitu.
"Kak Nora? Buat apa disini?" Kepalanya diangkat. Suraya.
"Tak ada pape. Err, Sue hantar makanan ye pada Dhia?"
Suraya mengangguk. "Kenapa akak duduk dekat luar je? Masuk je la." Suraya menarik lembut tangan Nora. Pantas dia menepis.
“Eh, Sue. Akak baru je keluar. Tak nak kacau Dhia”, ujur Nora. Jaga Dhia baik-baik tau. Dia memang selalu sakit.” Nora tersenyum sendirian tatkala bercakap pasal Dhia.
“Eh, masuk je la. Akak kan baik dengan Dhia. Jom,” Suraya menarik tangan Nora. Dengan cepatnya Nora menepis.
“Err, akak tak nak Dhia rasa terbeban dengan kehadiran akak. Sue tahu kan kenapa. Ok, akak pergi dulu.” Nora berlalu pergi. Dia jalan lambat-lambat. Rasa berat nak tinggalkan Aima Dhia.
Suraya menggariskan senyuman. ‘Ya Allah. Kembalikanlah kemesraan mereka’, Suraya berdoa dalam hati.

***

Memang. Nora tidak pernah menafikan perasaan sayang yang bertandang dalam hatinya yang sayangkan Aima Dhia. Bukan sayang sebagai adik, jauh sekali kekasih. Tetapi sebagai seorang sahabat seperti Abu Bakar RA dan Rasulullah SAW. Namun, peristiwa pahit itu benar-benar menghantui Nora, sehinggakan Nora berasa malu dengan Aima Dhia.
“Akak, bukan akak kan yang nak benda ni berlaku. Saya pun tak nak. Tapi, takkan akak dengan Dhia tak boleh nak baik langsung? Dulu, masa Dhia sakit, nama akak juga disebutnya masa Dhia meracau”,kata Suraya.
“Bukan akak tak mahu Sue, tapi malu akak mengatasi segalanya. Dhia memang tak pernah salahkan akak atas apa yang berlaku, namuan akak berasa sangat bertanggungjawab. Bukan mudah Sue, bukan mudah. Akak memang nak sangat capai tahap ithar dengan Dhia, namun, akak hanya merancang. Selebihnya akak serahkan kepada Allah Sue,” balas Nora lemah.
“Sue memang cakap yang tu bukan salah akak. Sue boleh potong jari kaki Sue tau. Anyway, batch kita kan yang bergaduh. Takkan akak tak fikir, mungkin ini cahaya yang Allah turunkan, agar kita semua beringat. Tak baik gaduh-gaduh sesame islam tau”.
“Entah, Sue. Akak pun tak tahu”.
“Yang penting, panjatkan niat pada Allah. Biar hubungan korang baik macam dulu. Takkan lah antara batch bergaduh, hubungan yang suci ni tercemar kan?”
Nora tunduk. Ada benarnya apa yang Suraya katakan. Namun dia takut. Takut andai hatinya tak kuat untuk memohon maaf kepada Aima Dhia.
“Aima Dhia truthly miss you Kak Nora. Even saya kawan dengan dia pun still lagi dia puji akak tau. Buat saya jeles aje”. Bibir Nora mengukir senyum. Terasa gembira sedikit dipuji Suraya.
“Em, tengoklah. Biar masa yang tentukannya”, kata Nora.


***

Natasha berdengus geram. Dia duduk ditempatnya dengan kasar. Nora hanya memerhati. Katrina memandang Natasha pelik.
“Eh, Tasya. Kenapa kau ni? Macam marah je”, kata Katrina.
“Mana aku tak marah. Dah la kita senior. Dia junior. Langgar aku buat bodoh je. Minta la maaf. Eish!” Tasya berdengus. Geram.”Masa aku junior dulu aku baik tau. Tak pernah aku dengar senior nak band aku tau. Junior sekarang makin naik lemak! Mentang-mentang la senior baik, ingat kepala senior boleh pijak la?”
“Form berapa, Tasya? tanya Katrina.
“Form mana lagi yang bergaduh dengan kite?”
“Form 3? Emm, batch tu memang ada badi sikit dengan batch kita.”
Nora yang berada disitu hanya diam. Dia malas mahu campur dengan masalah orang lain. Masalahnya sendiri pun dia tak mampu settlekan, masalah orang lain lagi la dia malas nak campur.
“Hey, Nora. Nanti pesan sikit kat adik kau tu, hormat sikit dengan senior. Ni tak, tudung je labuh, tapi perangai, macam sampah!” kata Tasya.
Muka Nora membahang. Dhia tak macam tu! Nora menjerit dalam hati. Dia ada stand dia yang sendiri dalam sesebuah perhubungan. Hanya yang mendekati dan merapatinya sahaja yang memahami prinsip hidup Dhia.
“Haah la Nora. Kau kan baik dengan dia. Nasihat la sikit. Aku dengar batch dia pun tak suka dia jugak. Perangai ntah apa-apa. Konon tudung je labuh, tapi lelaki, keliling siut. Kawan dia yang tudung tak labuh, tak la gedik macam dia. Bukan aku sorang je yang cakap macam tu. Budak lain pun sama. Tapi, sebab dia baik dengan kau. Aku jadi tak sedap pulak nak tegur. Yelah, kau kan kawan aku. So, aku mintak kau jauhkan diri la dari budak Aima Dhia tu. Aku bukan ape. Aku sayang kau. Aku tak nak la kau jadi teruk macam dia.” panjang nasihat Katrina kepadanya.
Tiba-tiba Nora bangun. “Thanks atas nasihat korang. But, kau tak faham Dhia. Hanya orang yang memahaminya saja yang tahu perangainya macam mana. Kau tak kenal dia betul. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku sayang dia sangat-sangat. Aku akan sampaikan teguran yang korang cakap dekat aku pada Dhia. Dhia senang bertoleransi. Insya-Allah. Ok lah, aku balik rumah dulu. Assalamualaikum.” Beg bukunya dicapai. Lalu kakinya dihayun meningggalkan kelas tingkatan 4.
“Eh Nora, marah ke? Kitorang cakap je. Kenapa kau nak touching ni?” Katrina rasa bersalah. Dia ingin keluar untuk memanggil Nora. Tasya menghalang.
“Biar je dia tenangkan fikiran. Kalau kau kejar dia pun, bukan dia nak stop pun. Mesti la dia backup si Aima Dhia tu.” kata Tasya. Katrina hanya membiarkan Nora berlalu.


***


Dia hanya mampu memandang dari jauh. Dhia, akak rindu, hatinya merintih kerinduan. Kerinduannya terhadap Dhia sangat dalam. Terlalu rindu.
"Em, kak Nora. Boleh Sue nak berbual dengan akak sebentar? Sekejap je. Sue janji."
Nora berjalan membuntuti Suraya. Suraya menuju kearah sebuah gazebo di taman sekolah. Suasana padang yang hiruk pikuk ditinggalkan. Nora tercari-cari bayang seseorang. 
"Akak cari Dhia ke? Jangan risau, Dhia masih lagi cuti. Parent dia nak bawa pergi klinik. Parent dia risaukan dia. Yelah kan. Jatuh tangga."
Nora mengangguk sedikit. Kebisuan kembali menjengah. Suraya tak tahu bagaimana untuk mulakan dulu. Ya, kisah mereka tidak punya kaitan dengannya., tapi dia sendiri rasa bertanggungjawab untuk menyatukan mereka berdua semula.
"Emm, akak. Sue nak tanya sikit boleh?"
Nora mendongak. "Nak tanya pasal apa?"
"Pasal Dhia."
Wajah Nora berubah. Sebut saja nama Dhia, hatinya akan terusik. Masakan tidak, rindunya terhadap Dhia setinggi Gunung Everest. Sudah lama tidak berbual dengan Dhia, sudah lama tak bermesej dengan Dhia, sudah lama tidak datang rumah Dhia. Nora rindu suasana itu. Terlalu rindu. Lamunannya terhenti tatkala satu tepukan singgah dibahunya.
"Akak dengar tak apa yang Sue cakap ni?" tanya Sue. "Dhia sendiri cakap pada saya. Insya-Allah, bulan depan rasanya. Itu pun tengok keadaan. Tapi Dhia cakap, kalau tak ada aral, mungkin lagi dua minggu. Akak jangan cakap yang Sue bagitau akak. Ni Dhia suruh rahsiakan dari pengetahuan semua orang. Biar dia pergi senyap-senyap. Lagipun, dia tak nak orang yang benci dia rosakkan mood dia",ujur Suraya.
"Sue! Dekat sini kau rupanya. Punyalah s/u pasukan kau cari kau dekat padang. Kau nak kena disqualified ke? Karang rumah sukan kita kalah, sebiji aku bagi kat kau", jerit Nadia dari jauh. Suraya mengeluh sedikit.
"Ok la akak. Tu je yang Sue nak bagi tau. Jangan lupe tau, time, place and date yang Sue bagi tadi. Sue harap sangat yang akak akan datang hantar. Bye, assalamualaikum". Suraya berlari ke padang. Acara yang disertainya bakal berlangsung sebentar lagi. Dia meninggalkan Nora yang termangu-mangu disitu.
'Hah,time, place and date ape? Pergi mana? Rahsia ape?', Nora tertanya-tanya dalam hati. Dia cuba menghadamkan apa yang Suraya katakan kepadanya. tapi gagal. Lantas, malas Nora memikir tentangnya. Nora bangun dan kakinya diarahkan ke kelas.
Dikelas, Nora duduk di tempatnya. Tiada orang di situ. Kebanyakannya berada di padang. Dia juga seharusnya berada disana, namun hatinya berada di tempat lain. Hatinya berada dekat Dhia. Nora terlalu risaukan Dhia. Perlahan-lahan, apa yang diperkatakan Suraya tadi menjengah memasuki fikirannya. Nora memikirkan apa yang diperkatakan oleh Suraya. Tapi dia gagal. Lama-kelamaan, dia memenuhkan fikirannya dengan latihan berfokus.


***


Nora sudah jarang melihat kelibat Aima Dhia. Rasanya lebih kurang seminggu juga. Selalu juga Nora berpura-pura melalui kelas Aima Dhia untuk mencari guru namun, meja Aima Dhia kosong. Seakan-akan penghuninya sudah berpindah. Namun, buku-buku kepunyaan Aima Dhia masih lagi wujud di kelas itu. Tapi, buku-buku itu bersepah-sepah. Seakan-akan Aima Dhia sudah tidak mahukannya lagi. Setahu Nora, Aima Dhia bukanlah seorang yang penyepah. Aima Dhia kemas orangnya.


Suraya berjalan pantas. Kalau boleh, dia tidak mahu berjumpa dengan Nora. Tiap kali ternampak Nora, difikirannya terbayang wajah Dhia yang keruh. Suraya tahu, Dhia mengharapkan kedatangan Nora di airport waktu itu. Tapi, Dhia pergi dengan kehampaan. Nora tidak datang. Kebetulan pula, hari itu, bateri telefon bimbitnya mati. Suraya mengeluh perlahan.
"Sue! Sue!", laung Nora. Langkah Suraya dipanjangkan. Tidak mahu langsung bersemuka dengan Nora. Nora kemudian memintas Suraya. Lengan Suraya dipegangnya erat.
"Hey, apa ni? Lepaslah!" marah Suraya. Mata Nora membulat.
"Akak takkan lepas kecuali Sue cerita dengan akak semuanya. Kemana Dhia menghilang dan kenapa Sue jauhkan diri dari akak?"
Suraya tidak memandangnya. Suraya hanye tunduk. Hati Nora panas. "Sue! Awak dengar tak apa yang akak cakap ni?" kata Nora sedikit kuat. Beberapa orang pelajar memandang mereka. Nora buat tak peduli. Hal ini perlu segera diselesaikan. Selagi tak selesai, selagi itu hidupnya tak tenang.
"Akak nak tau sangat ke?" mata Suraya mencerun melihat Nora. Nora mengangguk.
"Sebab akak dah sakitkan hati Dhia dan saya", kata Suraya. Air matanya bergenang. Nora menelan air liur.
"Dhia dekat mana?" tanya Nora.
"Dia dah pergi London. Belajar."
"Bila?"
"Seminggu lepas", air mata yang ditahan terlepas jua. Suraya cepat melepaskan pegangan Nora dan pergi dari situ dengan pantas. Nora masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tak sempat bertanyakan tentang Aima Dhia. 


***


Frame gambar diatas meja dicapai. Gambar yang penuh dengan kenangan. Kenangan antara dia dah Aima Dhia. Setitis air matanya jatuh. Cepat-cepat dia mengusap mengusap air mata itu. Dia berjanji dengan dirinya untuk tidak menangis lagi. Dia perlu kuat. Untuk masa depannya juga.
Perlahan-lahan, laptop dibuka. Emelnya diklik.
"Bismillah...."


To: AimaDhia@gmail.com
From:NorAsyikin@gmail.com

Assalamualaikum Aima Dhia,

Sebelum emel ini di spam, saya pinta baca coretan saya sehingga penghabisan.......