Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Aurat dalam solat :))

Assalamualaikum..

Ha! Hai korang. Hari ni aku nak cerita pasal aurat dalam solat pula. Kan selalu orang cakap dengan perempuan tutup aurat kan? Tapi more spesifik pada aurat perempuan luar rumah kan. And how about aurat kita dengan Tuhan?

Dulu, bila akak aku balik dari overseas, dia pernah cakap dengan aku.
"Kakak naqibah Along cakap, kalau nak yakin yang kita tutup aurat kan, pastinya pakaian kita pakai tu boleh bawa solat. Tu memang betul-betul tutup habis la tu."

Aku pun caye habis habisan la cakap dia. Tak tipu, baru tahun ni aku buat solat tak pakai telekung. Well, mak tegur jugak kan aku, tapi aku buat bodoh je la. hahaha.

Then, masa picnic with naqibah, sekali lagi aku dengar ayat tu,"Pakaian yang tutup aurat tu, boleh bawa solat". So, aku mohon la kat guru pengiring naqibah tu, agar membenarkan kita orang tak payah bawa kain telekung. Sebab nak tunjuk la kan yang islam itu mudah. Dekat mana-mana pun boleh solat :)) Then, kitorang solat dekat tepi pantai :))

satu hari, kawan aku tegur. "Shieda, kalau sanggul boleh bawak dalam solat tak?" And sekarang, aku tak nafikan yang things tu betul-betul berlaku sekarang. Sanggul. Yeah! Sanggul. Dah macam penyangkut baju aku tengok. tingggi sangat la tu.

Kenapa dengan sanggul? Yela kan, Rasulullah pernah cakap pasal bonggol-bonggol unta tu. Selalu je aku perasan, aurat dah cantik dah, dah tutup dah. Tapi sanggul tu, memang tak boleh tutup. kalau muslimah yang rambut cecah lantai tu, macam mana pulak kan nak tutup???

Ha! Setelah ditimbang, ditanya, disucikan dan ditapis, akhirnya, solusi yang paling terbaik sekali, ialah...............

Jeng. Jeng. Jeng!

Boleh solat dengan sanggul sebenarnya. Begitu juga dengan telekung yang jarang tapi syarat dia, jangan sampai nampak warna kulit. Nampak bayang je takpe. Tapi, lagi elok la kot kalau tak nampak apa-apa kat dalam tu.

Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab kan, kalau nak diikutkan, aurat kita dengan Tuhan ni, kan tuhan boleh nampak kita dekat mana-mana je kan. Tengah lepak dalam bilik air pun Tuhan nampak. Dan disini nampak tak kenapa perempuan kena solat belakang lelaki? Nampak tak mainan dia dekat situ? Aurat dengan ajnabi lain, aurat dengan Tuhan pun lain!

Allah betul-betul nak jaga perempuan tau! Cuba bayangkan, kalau Allah cakap, "Ok, lelaki solat belakang perempuan!" kita ruku' sujud tu semua nampak belakang kita. I means "belakang". Ya Allah, sayangnye dekat perempuan!!

So, pempuan kena la tahu batas dan adab-adabnya. Jangan sampai rasa sayang Allah tu hilang dari kita :))
Keep smile :)


Sunday, October 14, 2012

Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati kat tengah-tengah....

Assalamualaikum...

Buat haru je tetibe berperibahasa tengah-tengah malam buta ni. huhuhu. Nak buat macam mane kan, memang aku ni orang bahasa, bahasa kena cantik ma~~

Oke, aku memang suka mengarut. Fullstop.

Huh, rasanya naik sekolah macam satu bala. Masalah timbun menimbun. Masalah sendiri pun belum settle, ada masalah lain yang datang. Gajah tu perumpamaan je. Bila baca Versus-Hlovate, tibatiba dapat idea.

Memang la kan, hidup dengan masyarakat majoriti ni buat diri sendiri sakit kepala. Terasa diri sendiri pemusnah persahabatan  orang lain. Huh, rasa sakit. Sakit tengok persahabatan yang terbina runtuh tanpa sebab yang jelas.

Bukan untuk kritik or wateva, tapi hanya peringatan untuk diri jer. Ingatkan diri yang terdirinya persahabatan atas ukhwah islamiah yang kukuh, atas dasar cinta yang satu kepada Allah. Aku mahu rebut cinta Allah. Ingat senang ke?




A friend is a person
to laugh and cry with,

An inspiration,
Someone who lends a helping hand,
though friends may not be forever,
And they may not end up together,
the memories of a true friendship will
last forever.

A friend is not a shadow nor a servant
But someone who hold
a piece of a person in his heart.
Someone who shares a smile,
Someone who brightens up your day

What makes a person a friend?
Is by saying your Love will stay...

Sunday, August 26, 2012

nikah,kahwin,couple???

Assalamualaikum....

Apa khabar iman hari ni? Sihat? Mudah-mudahan iman kita semakin sihat dan bertambah setiap hari. 



Nikah, kahwin. Perkara yang atleast dalam hidup seseorang mesti ada. Terasa nak disayangi, dicintai, dibelai. Tu semua fitrah yang Allah jadikan untuk umat manusia. Cuma yang jadikan setiap manusia berbeza, dengan cara pembawakan cinta.


Bilamana kita form5 nanti diajar bab nikah, kahwin, khuluk, dan sebagainya. And masa tu kita akan tahu apa yang kita tak tahu. Best tu memang best. Rasa best sebab belajar benda baru.

Saya masih lagi merasakan saya masih terlalu muda dalam bidang cintan cintun ni. Umur baru setahun jagung kot, takkan nak fikir pasal benda yang 10 tahun akan datang kan? Memang la perancangan awal tu bagus, tapi, tak rasa awal sangat  ke?

Ada sekali, saya jumpa satu pasangan couple ni, saya tanya, "hubungan korang ni, mak ayah tau ke?" Mereka mengangguk. "Mak bapak sekarang sporting and terbuka dengan things macam ni", jawab diorang. "Oh, so, bila korang nak Allah restu korang?" Rilex la. Saya memang direct orangnya. Dah soalan tu yang nak keluar, saya nak buat macam mana kan. " Hey, nikah kahwin ni bukan perkara mudah. Hard kot benda ni. Kalau nak kahwin, kena fikir pasal ekonomi lagi, perancangan keluarga lagi, bla bla bla..." Ok, stop sampai situ. 

Nikah, kahwin itu dua perkara yang berbeza. Nikah, bila ada ijab dan qabul yang membolehkan satu pasangan itu melakukan persetubuhan. Kahwin pula melakukan persetubuhan *ustazah cakap. Berbalik pada conversation tadi, saya baru buka mata pasal couple ni. Why diorang couple. Simple. Rasa nak disayangi. Nikah and kahwin pun rasa yang nak disayangi jugakkan? ==" Ntah la. Tak faham.

Saya remaja, so agak faham sikit la kenapa remaja kat luar sana couple. And saya tahu diorang sangat tak suka bila cakap, wei, Couple tu haram! What the hack of that? Bila dah haram tu, tak reti-reti ke terangkan why hukum tu haram? And mostly "orang-orang baik" ni, terus jauhkan diri dari diorang padahal setiap orang tu Allah ada bagi dia chance untuk change. Tu saya lagi tak faham. Kenapa nak jauhkan diri padahal kita antara orang yang bertanggungjawab untuk menyedarkan orang lain hakikat hukum couple. Betul tak?

Nasihat saya pada orang kat luar sana yang masih mentah tentang cinta ni, rujuk la pada yang pakar. Kita tak tahu, so kita kena ambil tahu. Saya juga masih banyak lagi yang perlu belajar. Buat yang masih sekolah, cukup-cukup lah tu fikir pasal couple korang. Belajar pun penat nak fikir, apatah lagi couple kan? So,fikir-fikir la balik....


P/S: saya masih mentah.... Jadi kalau ada yang salah, sepuluh jari ku susun untuk memohon seribu kemaafan :DD


Friday, August 24, 2012

bilamana iman teruji....

Assalamualaikum....

Betul la Tuhan cakap, 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Bila iman dah makin nak meningkat, mula la macam-macam yang kita rasa. Contoh, baru nak start pakai tudung, macam-macam syaitan goda supaya bukak tudung. Kata rezeki tak ada lah, ape lah. Biasalah. Syaitan. Mana pernah lepaskan anak adam yang buat baik, ye tak?

Bila orang tu dah perfect dari segi aurat, Allah uji dengan benda lain. Seperti, ikhtilat. Ya, ikhtilat! Konon-konon tak ada apa-apa, padahal, huh, mesra macam apa je. Geli aku tengok. Sebab tu la muncul couple islamic kan??


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Surah al-isra 17:32


Aku cakap orang, aku ingatkan diri sendiri jugak. Diri sendiri tak sempurna, sebab itulah, taip kejadah benda ni. Ye, tau diri tak sempurna. 

Aku dam proses tarbiah, proses mendidik. Proses didik hati, didik diri jangan jadi teruk. Nak jadi muslimah bukan senang. Susah tau. Macam-macam kena jaga. However, i know, GOD always with me :))


this song for you, muslimah :))


Monday, August 20, 2012

Raya :))

Assalamualaikum :)) selamat pagi :))


Tengah malam baru nak berbloging. Haha. Terasa meriah syawal tahun ni *even tengah risau pasal result trial :(. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua sahabat handai yang jauh dimata dekat dihati   :)

Miss gila dengan Kak Dilla, Najla, Zalifah, Zakira, Yuha, Eyma, Fitrah, Saffa and kalau boleh aku nak tulis semua nama kawan-kawan aku. Ah! Miss gila waktu dulu-dulu :))


Em, sebenarnya Allah bagi raya pada umat Muhammad ni sebab umat Muhammad kuat nak berperang dengan nafsu selama sebulan. See? Sayang gila Allah kat kita. Tapi, kita sayang Allah tak? *itu jawab dalam hati

Sempena raya yang tak berapa nak panjang ni. saya dengan rendah diri ,ego dan rendah hati nak mintak maap kat semua yang mengenali diri ni. Ok,fine. Aku manusia biasa,bukan malaikat yang tak pernah buat dosa. Eleh,korang pun pernah buat salahkan dengan aku?*baik mintak maap nan aku cepat

Yang penting,raikan hari ni. Buat perkara-perkara yang best dalam hidup like collecting duit raya. Biasa la kan,budak-budak. Asyik nak duit je. Hahaha. Jangan buat perkara yang dilarang agama, likes mendedahkan aurat, bergosip ect. Yelah, bila ramai-ramai berkumpul, kan lagi haru satu rumah. Betul la kan? Ke rumah aku je macam tu. Tapi, aku yakin tak 100%,yang ade rumah lain macam rumah aku jugak. Hahaha.