Showing posts with label diari permata. Show all posts
Showing posts with label diari permata. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Psycologist, bersediakah aku?

Assalamualaikum....

Lama tak jengah blog ni...agak busy bila masuk bulan februari nih. Wooo~

Bila bulan februari dah jengah ni, debaran untuk dapat result SPM mula terasa lah. Wuu~ perasaan cuak yang tak dapat dibendung hari-hari. Cita-cita pun macam ke laut. UPU pun belum isi. Haru!!

Haih~ bila fikir-fikir balik kan, ramai je yang nak ambil course yang aku nak ni. Ada 1 je. Tu pun dekat UIA. Akak aku cakap, it's ok if you want to be psycologist, tapi boleh ke handle budak psiko? Yang diam and rasa diri tak gila?

Gulp!

*gelengkepalandangkat2bahu.

Aduhhhh, tiba-tiba rasa serammmm!
#ish, saje je nak nakutkan aku.

Wednesday, January 2, 2013

Tahun baru, mental baru :)

Assalamualaikum :)

Dah nak masuk alam baru dah~ ngee~ Dah tak ade sekolah dah~ Mesti aku miss masa-masa dekat sekolah kan? huhu


Dah new year dah~ Huh!

Rasa macam baru semalam je sekolah. 
Rasa macam baru semalam je SPM.
Rasa macam baru semalam je ucap goodbye dekat sahabat-sahabat.
Rasa macam baru semalam je jadi ahli Syukbah Usrah Ceramah.
Rasa macam baru semalam je jadi ahli dorm Sumayyah.

Huh, banyak betul kenangan dekat bumi Iskandar. Kisah kawan-kawan, hantu, histeria,usrah, padang bola, lepak rugby dll. Yang paling aku rasa macam baru semalam aku buat, tengok bintang dekat court dengan Paae, Epah and Ashma. Tu la kenangan paling manis dimana sehari lepas tu, aku kena marah dengan budak dorm aku sebab diorang risaukan aku. Huhuhu.

Tu kisah lama. Sekarang kena buka buku baru. Minda baru. Tahun baru. Hari baru. Azam baru.

Azam tahun ni, sama macam azam tahun lain. 

Nak Jadi Lagi Baik Dari Tahun Lepas

Tu azam yang basic. Azam yang specific:
  • Nak try solat fardhu awal waktu :)
  • Nak try tak pakai jeans keluar rumah :)
  • Nak try pakai baju muslimah:)
  • Nak try jadi more solehah:)
  • Katakan taknak! kepada berlagak dan riak:(
Huh, yang last tu aku kena take note. Sebab tu la yang aku paling nak buang. Riak tu kan syirik kecil. Dah tak mau dah syirik-syirik ni. Kena taubat nasuha tu...

So, mental aku pun kena baru. Dah tak mau tak matang-tak matang lagi lah :)





Thursday, December 6, 2012

^_^

Assalamualaikum...

Well dah lama tak update cerita peribadi aku (ceh). Hehe. Any how, anyway, aku dah habis SPM.Huh, rasa beban dah lepas sikit. Alhamdulillah. Lepas ni kena giat la belajar memandu @ memasak @ housekeeping agar tak nyesal kemudian hari. Cewah! Gaya macam lepas ni nak buat ape je kan? kan? LOL

Well, well. Sekolah pun dah habis. So, baju sekolah dah boleh buat kain buruk dah. Memandangkan aku dah tak ada adik perempuan lagi, so, baju tu masuk bakul je la. Hehehe.

Well kalau nak cerita pengalaman kat sekolah ni, kalau susun jari kaki pun tak cukup tau. Kenangan indah?? Emm, semua indah belaka. tapi yang paling indah opkos la kenangan mem'prank'kan Noor Zalifah, my truthly friend. Dan yang menggagalkan rancangan itu, opkos la aku kan?? Huhuhu. Kesian Zakira Imana, plan punyalah cantik, tapi aku la dah gagalkan rancangan dia. Esoknya aku dengan Zakira, lewat subuh. Pukul 6.30 woo aku bangun. Ingat pukul 5.30. Dua-dua tak sedar. Haih!

Kenangan pahit?? Adakah itu kenangan yang membuatkan aku menangis?? Tentulah tidak kan???  Kalau nak diikutkan, kenangan pahit masa ade mamat tu cakap loving-loving dengan aku kot. Sebab benda-benda ni aku tak minat+ tak suka, so, mungkinlah kot. Haih, budak sekolah zaman sekarang, takde couple macam tak boleh hidup je. Padahal, takde mak bapak la baru tak boleh hidup.....huhuhu

So, lepas ni, i will start my new life insya-Allah. boleh la join sepupu aku dalam kelab Budak U kan? kan? hehehe




Tuesday, November 13, 2012

Nenek!! moga cepat sembuh ~w~ huhu

Assalamualaikum....

Hewhew. Malam yang indah :)) Esok dah nak balik sekolah dah. Esok ada kelas physics pepagi , pepetang dan pepagi lagi skali. hewhew. Bestnyer kelas banyak-banyak. Macam mane la skola SBP lain yang tak balik tu kan?? Mesti prestasi pelajar tu maintain sebab kelas ada byak sangat kan???

Ok stop cerita pasal skola. Now it a begining of my story....


Huhu.. Nenek masuk hospital. Salur darah kat kaki tersumbat. Sedih betul tengok keadaan dia. kita tengok dah rasa sakit, apatah lagi orang yang merasa kan? Tentu lagi parah kan,kan....

Tadi masa petang tadi dah tertumpah dah tengok atuk mak. Sedih dengar ayat dia. Anyway everybody in this wolrd will face the death. Sooner or later je yang tentukan. Aku dah macam takde hati dah untuk teruskan attend kelas-kelas ni semua. Sebab hati aku kat Muar. Not kat kelas.

Tapi, anyway aku kena teruskan gak perjalanan ni. After all this years aku study, takkan nak give up sebab benda ni kan? Kalau atuk mak panjang umur, lepas SPM biar la aku jaga dia kan,kan? Ada banyak projek lepas spm... Huhuhuhu....

This is my atuk mak. Pray for her healthy :)) All of us <3 Rokiah Yunos 
This is her leg that will be cut by the doctor. bye bye kaki~~~

Huhuhu. Allah know best for her anyway. Berserah pada Allah and bertawakal. Tu lagi better dari tak buat apa-apa kan... She just needed prayer from all of muslim in the world.May she be shaded by His mercy :))

I <3 YOU, Tok Mak !!!

Wednesday, August 22, 2012

pengajaran dari seorang budak kecik :))

Assalamualaikum...

Penatnya beberapa hari ni. Buku? Huh, rindu habis nak sentuh. tapi aku belajar jugak pe. Ade la kan dari tak ada. Dont worry, trial so far ok. Result? Tu tak mau cite. Tu kesah lepas cuti.Sekarang kisah study. hehe :))

Huh, penat jugak ye jaga iman ni sebenarnya. Silap langkah sikit je, habis semua amalan. Penat, penat. Sia-sia je buat amal tapi banyak kena tolak dengan Tuhan :DD

Tadi tiba-tiba sentap. Aku ade sorang sepupu yang comel gila. Budak kecik la. Dalam umur 4-5 tahun jugak la*aku lupa umur dia .Comel je dia pakai tudung. Tiba-tiba kakak aku tanya, "kenapa Kak Ngah pakai tudung?" Dengan selambanya dia menjawap "Nak tutup aurat. Tak nak nampak ****". Akak aku jawap balik "Tengok kak Shaidah. Pakai selendang. Tutup dada jugak". Aku diam sambil tersenyum. Si sepupu aku ni tengok aku betul-betul. Pastu dia kata, "Taklah. kat tepi nampak aurat".


DUSH!! Aku terasa :'((


Budak kecik kat rumah aku pun pandai kot. Tau yang tutup aurat tu wajib. Memang la kan orang kata budak kecik je kan, lama-lama nanti, bila dah tahu bergaya, tudung pun boleh tanggal. Tapi, kita kena didik dari kecil kan??


Lepas ni taubat tak nak pakai selendang lagi. Aku sebat pashmina je la ~~

Monday, August 20, 2012

Raya :))

Assalamualaikum :)) selamat pagi :))


Tengah malam baru nak berbloging. Haha. Terasa meriah syawal tahun ni *even tengah risau pasal result trial :(. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua sahabat handai yang jauh dimata dekat dihati   :)

Miss gila dengan Kak Dilla, Najla, Zalifah, Zakira, Yuha, Eyma, Fitrah, Saffa and kalau boleh aku nak tulis semua nama kawan-kawan aku. Ah! Miss gila waktu dulu-dulu :))


Em, sebenarnya Allah bagi raya pada umat Muhammad ni sebab umat Muhammad kuat nak berperang dengan nafsu selama sebulan. See? Sayang gila Allah kat kita. Tapi, kita sayang Allah tak? *itu jawab dalam hati

Sempena raya yang tak berapa nak panjang ni. saya dengan rendah diri ,ego dan rendah hati nak mintak maap kat semua yang mengenali diri ni. Ok,fine. Aku manusia biasa,bukan malaikat yang tak pernah buat dosa. Eleh,korang pun pernah buat salahkan dengan aku?*baik mintak maap nan aku cepat

Yang penting,raikan hari ni. Buat perkara-perkara yang best dalam hidup like collecting duit raya. Biasa la kan,budak-budak. Asyik nak duit je. Hahaha. Jangan buat perkara yang dilarang agama, likes mendedahkan aurat, bergosip ect. Yelah, bila ramai-ramai berkumpul, kan lagi haru satu rumah. Betul la kan? Ke rumah aku je macam tu. Tapi, aku yakin tak 100%,yang ade rumah lain macam rumah aku jugak. Hahaha.


Saturday, August 18, 2012

Hakikat itu memang pahit kan??

Assalamualaikum...

Penat bermain dengan realiti. Sebab tahu,hakikatnya,pahit untuk ditelan. Bila kita tahu orang tak suka kita, first of all,ape yang kita akan buat dulu? Kita mesti la sentap kan? Kenape dia tak suka aku? Apa kekurangan aku? Apa salah aku? And ade jugak yang gaye dia macam ni, Ade aku kesah? My life my style, so what? Huh,bermain dengan realiti ni memang pahit....

Kita semua hidup dalam realiti. Aku dah lama penat jadi orang. Manusia ni jelas sekali memenatkan. Tapi,bila aku fikir balik, aku jadi bersyukur. Bersyukur sebab Allah jadikan aku macam ni. Ada keluarga, kawan dan sahabat yang memahami. Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Allah nak aku selalu ingat pada-Nya. Berapa ramai je orang yang fikir macam ni? Tipu la cakap tak pernah salahkan Tuhan, tapi bila kenang balik nikmat yang Dia bagi, cepat-cepat aku istighfar. Tak sangka cepat sangat aku terlalai bila syaitan goda. 

Dalam proses baiki diri, lagi banyak ujian yang Allah bagi. Hati kena kuat dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Ye, hati kena kuat. Itu salah satu ujian buat diri dan iman. Tak boleh mengeluh, iman tak boleh goyang. Kena ada sahabat yang seiman dan berkesan untuk tarik diri ini ke jalan yang lurus. huh :))

Walaipun penat, hati bolak balik, namun deep inside, aku tahu ni baru sikit. Banyak lagi perkara yang aku perlu lalui, yang Allah dah tetapkan untuk aku.  So Shahidah, be strong. Allah know the best for you :))

#keepsmile#


Friday, August 17, 2012

Sweet memory ever :))

Assalamualaikum :))

Salam Aidilfitri dan salam ramadhan(*ramadhan tak habis lagi) . Penat balik kampung. Sampai rumah pukul 7 lebih,gedebakgedebuk pukul 8 lebih pergi rumah atok mak & jemaah terawih kat situ . Huh,jadual 1 hari yang tak pack sangat. Tapi agak penat. Esoknye ikut abang n along pergi beli kasut n angkut skali sepupu yang tinggal kat Melaka tuh :)

Tahun ni Ramadhan dah nak habis dah *sobsob . Berapa hari tak puasa? *A secrets makes woman woman . Macam mana hidup lepas ramadhan ni? Moga-moga terus istiqamah la ye dengan segala amalan sunat yang kita dah buat sepanjang ramadhan ni. Yelah, syaitan dah terlepas, mesti la banyak gangguan dan hasutan dari syaitan kan? Sebulan dah terikat, bila dah terlepas mesti la sang syaitan semua samok ajak orang ikut dia kan? 


Tahun ni terase sweetnye ukhwah yang terjalin dengan sahabat . Berbuka dalam satu bas. Makan je apa yang ada dengan kadar yang berpatutan, berkongsi segalanya and yang penting ikut sunnah :)) Berbuka dengan kurma dan air dan makan sekadarnye sahaje . Then yang lelaki bagi dak perempuan air kotak,yang perempuan provided dak laki dengan kurma and segala makanan yang ade waktu tu. huhuhu,sweetnye hidup dengan bersahabat :))



Yang paling tak menahan, bukak selawat&nasyid dalam bas. Driver tu dengan kawan dia orang non-muslim. Terase best bila biar dia dengar kalimah-kalimah selawat and nyanyian-nyanyian para penyanyi nasyid :))
Moga Allah bagi hati mereka terbuka . Ameen :))

SELAMAT BERBUKA :))

 

Sunday, July 22, 2012

Terharu :')

Assalamualaikum..



Bulan Ramadhan datang lagi :) Hope tahun ni Allah bagi limpah kurnia lebih la sikit(terutama dalam trial). Huhu, tahun ni ramadhan tiba-tiba rasa sebak and terharu. Kenapa ye? Eish, banyak betul emosi aku lah :))

Tiba-tiba dapat wish selamat berpuasa dari kawan aku yang bukan dari agama yang sama. Terharu la weyh. Thnx Thipa. Miss a moment with u la sayang. Even just kenal masa tutti n just a minute(kot) be in that goup(tornado) tapi sirius, goup tu sangat funny n best. Hope kita tak lost contact lah ye kawan-kawan. Terasa nak hang out dengan korang tapi jauh sangat la kau orang buat reunion. Lagi 1,im not tornado anymore. Mesti la segan nak join kan? huhu. Anyway, thanx Thipa:) Yang lain-lain ada wish juga, tapi aku tak kenal. Pape pun, thanx.

Rasa sebak tengok saf-saf dekat masjid tu. dah la tak rapat, bersimpang siur pulak tu.Tadi, aku lambat pergi solat isyak(tak pasal-pasal masbuk), then cari la saf nak sambung. Serius aku cakap,masjid penuh gila. Sampai belakang saf perempuannye. So,aku pun tercari-cari tempat untuk solat. Pastu aku tengok saf belakang sekali,pergh, macam haremmm~ tak tau la nak sambung mana untuk orang masbuk macam aku ni. lama-lama,aku cilok masuk bepan and solat. Huh,akhirnya,jadi la masbuk :(

Huh, tu belum lagi terawih. Selama aku solat terawih dekat masjid ni, ada 1 je masjid yang aku rasa saf dia memang agak rapat la jugak kan... Saf kat masjid Felda Kemelah. Ada sekali tu(ntah tahun bila) satu family solat terawih kat situ. Agak janggal la kan sebab tu kampung. Jadi tak kenal sapa-sapa. So jadi pasif la kejap. Hehe. Aku dengan akak aku dua-dua macam best la rasa akhirnya dapat jejak terawih kat kampung kan.Teruja kot :)

Oklah. tu je nak share. Love your life :))

Saturday, July 7, 2012

Kearah perubahan, Insya-Allah :D

Assalamualaikum.


Penat dah buat dosa . Asyik tayang aurat sana-sini untuk tatapan ajnabi. Memang gaya macam diorang tak kisah, tapi even kita nak bagi alasan pun, aurat tetap aurat. Lepas ni nak change. Tak nak lagi orang tengok kaki aku yang tak cantik ni.

Gaya cakap memeng senang. Tapi hakikat nak buat tu macam tak senang je. Ye la,trademark aku, 1 change led to thousand sacrifice. Dahsyat kan? Alasan orang yang malas nak change.


Hakikatnye, aku sebenarnye tak istiqamah. Perkara paling susah bagi aku,istiqamah lah. Tak tau la. Sebab setan banyak sangat kot. Asyik-asyik ikut cakap setan je, bila nak ikut cakap malaikat, ye tidak? lagipun, hayat tak lama. Bila-bila Allah boleh tarik.


Aku ni asyik ingat pasal mati je kan. Memang la. Mati tu pasti. Tak cepat, tak lambat. So, inagt-ingat la ye sebab ingat mati pun dapat pahala :D


Renung-renungkan dan selamat beramal :D


Sunday, June 10, 2012

gud bye bloging,facebooking n sewaktu dengannya :))

Assalamualaikum.


Huhuhu. Sedar tak sedar sekarang dah bulan 6. So,ada 4 bulan je untuk SPM. Cuak tak cuak. Tapi,aku yakin,result SPM tu bukan segalanya. Just a bit kejayaan yang Tuhan nak bagi kat aku. SPM is not too everything lah :)) Tapi ape-ape pun memang kena study betul-betul. Umat Islam boleh!!!


jawab betul-betul!!!
Balik ni,tak sabar jumpa cikgu add math. Mintak ampun and maap sebab pembetulan 400x tak sentuh sikit pun. Bukan malas tapi penat :)) Cikgu Yana cakap,dia tak halalkan ilmu kalau tipu dia. So,tak mau la tipu-tipu :))


Cuti nih,aku rasa dosa yang aku buat menggunung giler-giler :((. Dengan tak tutup auratnye,dengan mata tak jaga. Huh,2minggu yang mencabar iman. Dan,aku yakin,kalau aku masuk uni nanti,bukan setakat ni je yang aku tengok :(( Malah lebih. And tetibe aku jadi takuut :((


Takut tak dapat cope dengan life. Takut culture shock. Takut kena band. Takut orang mengata. Huhuhu. Life yang tak indah. Huhuhu. Dah la aku ni penakut orangnye even aku suka teroka benda baru. Huhuhu.


Tak mau orang kacau. :))
Tak tau lagi nak merepek ape :)) k,assalamualaikum :))

Wednesday, June 6, 2012

Assalamualaikum...


Huh,penat betul la~ Baru balik dari kem Tutti Fratelli :)) Best tu best...The kem ubah my pandangan tentang kaum lain. First time ade kaum lain nih. And it's totally amazing!!


my group,concorde:)
Huhuhu. This camp is totally amazing. First time tu pergi jungle tracking bawak kuali segala. First time jugak malam kebudayaan kena menari-nari tarian pelik-pelik. First time rasa betul betul kat tempat kejadian mangsa tanah runtuh. First time jugak dok rasa 1 khemah dengan orang india. Most precious experience.


Masa ni jugak nak practise islam betul-betul. Dengan mengamalkan konsep islam itu indah dan mudah,kat mana-mana je boleh solat. Kat hutan,dalam khemah,kat tempat gelap. Tak mandi 4 hari sebab tak ada air,masa tu minum air paip rasa nikmat. Fuh,pengalaman memang indah.


Tiba-tiba masa jaga malam,ada india tanya,berapa lama air sembahyang you boleh tahan? Krikkrik.
Hahaha. Terdiam terus tak tau nak cakap macam mana. Huh. Ada sekali tu,kena kumpul pukul 6 pagi. Masuk subuh pukul 5.45 pagi. So,solat la kat khemah. Masa tu ketua group mcam nak marah la sebab solat lambat. Nak marah dia tak boleh jugak. Dia bukan tahu ape-ape pasal masuk waktu semua tu. Nak tak nak muka redha jer la kena marah. Saya diam jer la. Karang kalau mulut dah bukak cakap pasal masuk waktu solat ni,tak boleh berhenti. So,keputusan yang baik ialah diam jer la~~


Yang paling geram tu,bila tanya orang melayu yang islam,diorang solat ke tak,semua macam krikkrik. Tak sempat la,kena kumpul cepat la,tak de masa la. Eish,geram betul aku. Nak solat je macam-macam alasan diorang bagi. Belum lagi tanya pasal aurat. Memang out la kan. Tanya bebudak pbsm yang lain,kumpulan lain sama jer. Tak ada beza. Siap kena perli sebab tutup aurat penuh-penuh. Huh,penat betul zalim dengan diri sendiri ni kan??


P\S:Huh,balik memang kena solat taubat la banyak-banyak. :))

Saturday, April 7, 2012

Ikutilah cara teguran dengan lebih baik :)

Assalamualaikum :)


Salam balik rumah :) Ye la,form 5 busy. Tak de masa nak main-main bagai. Balik rumah,mak ayah tak de. Sedih la jugak tapi takpe. Allah kan sentiase ade :)



Malu tak kalau maruah kita orang pijak-pijak? Mesti malu kan? Macam mana pula kalau tegur orang dgan cara tengkingan depan orang ramai? Lagi la malu kan? Saya rasa peristiwa ni bukan berlaku kat saya aje. Ramai lagi kot orang rasa benda yang sama. Bukan nak tuduh ke ape,tapi memang hakikat kehidupan. Dah tak dapat nak elak dah.


Kata kawan,suruh sokong dari belakang. Tapi saya rasa macam kena stabbed aje. Yelah, kena malu depan orang ramai beb! Malu tau. Mungkin dia rasa tu tanggungjawab (kot) tapi agak la nak tegur macam haram kan.


Rasanya kat sekolah dah belajar kot asas-asas tegur kesalahan orang. Kenapa tak nak buat cara tu? Rasulullah sendiri dah ajar kan? Kenapa tak nak ikut? Salah satu sebab orang tak suka kau,sebab tu la! Tegur orang macam nak jatuhkan maruah orang je.


Mana tahu,orang tu buat salah secara tak sengaja? Serius,lepas tu,seminggu saya down. Yelah,rasa maruah kena pijak jer. Malu la wei! Cuba la selami hati orang bawahan macam saya! Perit tahu tak kena malu depan orang ramai. Memang la tegur secara umum,tapi jelas sangat benda tu dituju pada saya seorang. Agak-agak la jugak kan.


Malas nak bebel panjang-panjang. Yang paling penting,lepas ni jangan la tegur orang macam haram lagi. Karang orang benci,marah. Bila orang tegur tak dapat terima. Lepas ni dah malas nak citer-citer belakang. Penat la,dosa pun nanti bertimbun.Buat penat je kumpul pahala. Malas nak cakap banyak lagi. huh :(


-------------------------------------

Nasihat kakak untuk seorang adik.....

Assalamualaikum...


Awal tahun cikgu dah tekan bebudak SPM tahun ni :( Tak best nyer!!!!!! Awal bulan jer hidup dah tunggang langgang dah. Macam kena laggar garuda jer gaye. Tapi focus betul2 memang tak berubah la. A+ straight 4 SPM!!!!!




Balik rumah,nak relaxkan diri dari tekanan kat sekolah. For my own good, Insya Allah :) Tiba-tiba ternampak  message kat facebook . Dari kakak tersayang :)


nasihat sempena spm nih
1. belajar betul2 psycho diri sendiri. ingat msty dpt spm stret a sbb
- jgn sia-sia kan masa 12TAHUN belajar. upsr, pmr tu sume tak penting. tak gune pun alau nak cari kerja. tp rsult spm penting.
- ingat, 5TAHUN ulang alik muar mersing muar mersing muar mersing. da la jauh, jalan berselirat plak ue. ceruk lg. susa plak tu. so, biarkan ap yg kau lalui tu berbaloi. i mean, tak sia-sia r.
2. ingat, kalau mak ayah sanggup kerja betul-betul untuk kita adik beradik makan, skola semua [mak ayah g kerja dpd pkul 7 pgi smpy 6 ptg (almost 12 hours). cuba tgk mak ayah kalau malam2, mmg penat giler. even tgk tv pun bley tertidur (betape penatnye mak ayah).], kenapa plak kita tak bley belajar smpy penat smpy tertidur-tidur. so, kita patutnyer kena lebih bekerja kuat dpd mak n ayah agar dpt balas jasa dyorg.
tyme cuti tu, tak payah la nk cuti sgt, baik rajin kan diri ntuk buat soalan. tyme kita cuti, mak ayah bukannye cuti pun. nanti biler da abes spm, byk giler mse terluang, smpy t shieda akan rse bile la nk naik belajar. seriusly!
3. jadi bijak, jgn jadi bodoh. kalau buat sesuatu tu, buat betul-betul. maksudnya, kalau shieda ngantuk, tidur. tidur betul2 smpai segar balik. jgn ngade2 study tyme ngatuk, mmg tak dpt ap r, takde maknenyer. dlm kelas, elakkan tidur! fahamkan ap yg cikgu ajar. tp kalau da tak tahan ngntuk sgt, shieda tidur je dlm 5 ke 10 minit, make sure lepas tu bgun balik. suh kawan kejutkan. biar la cikgu nk marah ke ap, janji lepas tu bile kite da segar balik, mesti cikgu suka. (along mmg selalu buat mcm tu, smpaikn cikgu da faham da n cikgu tak marah pun kalau along tidur sbb dyorg taw at last t along segar n da xtido lg da.XPP)

sme gak r klau tyme prep tu, jgn tidur. siapkan semua kerja dulu. tp klau ngantuk gak, tido la skejap smpai da segar balik.
4. pastikan shieda tidur at least pkul 12mlm r n bgun pkul 6pagi r pling lewat. klau bley bia tiap2 hari, tidur n bgun pada waktu yg sme. tp klau nk stay up, jgn lme sgt, pling lmbt pun pkul 12.30 pagi, supaya dlm kelas tak ngantuk. tak pun, shieda buat mcm ni, 4 hari tidur awal (klau bley b4 light off da tdo) hari ke5 shieda stay up la smpai pkul 3 pagi pun takpe. pastu bgun seeloknya lagi awal lagi bgus (pkul 5.30 pagi ke) sbb snang tak payah berebut bilik air.klau tyme siang tu, tak payah la nak tidur sgt. kecuali mmg ngantuk yg tak tertahan tu, tidur la kejap. ingat, mak ayah tyme kerja tak tidur siang pun. layak ke kita nk tidur siang klau mcm tu?
-so, basically, pling penting is disiplin sbnrnye. disiplin agar tak tidur. jage shieda punye mse tidur. n disiplin study. rsenye, tak yah byk sgt membace pun takpe. shieda bce sekali, pas ue shieda buat latihan byk kali. pas ue bce lagi sekali, n buat latihan byk kali. kat libry kn byk buku latihan bley buat. takpun, kat buku rujukan ue, kat blkg kn byk soalan bley buat, siap ad jwpn skali. senang nk semak. kalau shieda jwb salah, carik la kenapa salah. dgn cara ni, shieda akan lebih ingat n lepas tu da tak buat salah lagi dah.
tu je la kot tips belajar. ingat, psycho je diri sendiri. nanti mesty rse mcm bersalah klau tak study. lgpun, shieda pmpn, byk giler persaingan. so, buat betul2 spm. anga tu takpe dy lelaki. skit je persaingan. (peh, untung betul lelaki nihhhh!!)


Terharu rasa tiba-tiba. Blaja rajin-rajin kat India sana. Jadi doktor muslimah terbaik, Insya Allah :) Kitorang kat sini akan sentiasa doakan akidah Along kat sana terjaga :) Along, I miss u :)


Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum.....


Ape khabar? Sihat semua? Kali ni nak cerita pasal benda yang sangat-sangat bagi inspirasi pada saya. Saya harap dia bagi inspirasi buat korang jugak :) .




Cerita ni sangat-sangat bagi inspirasi buat sesiapa yang nak jadi doktor. Yelah kan,jadi doktor bukan senang. Kita kena bagi komitmen yang tinggi untuk sesatu kes tu kan? Cerita ni,overall nak expose kerjaya doktor ni macam mana (i guess) .Aku suka watak utama lelaki Aizawa Kousaku (Yamashita Tomohisa). Dalam cerita nih,dia cool sangat!!!! Cerita ni merangkumi persahabatan,percintaan,and pengorbanan.




Cerita nih pun best! Overall nak cakap yang ilmu tu kat mana-mana boleh cari. Not only in class la. Lagi 1,ilmu ni,kita boleh dapat dengan macam-macam cara. Bukan duduk,belajar, baca buku jer. Kadang-kadang,dengan orang gila pun kita boleh dapat ilmu yang tak disangka-sangka :)


Lagu pun macam-macam ada. Saya sangat-sangat minat pada lagu-lagu inggeris yang bermotivasi. Contohnya, The Climb- Miley Cyrus, When i'm Gone-Simple Plan. Lagu melayu pun ade gq. Contoh macam lagu tema brand tuh, Juara,Generasi hebat,Mimpi yang Pasti-Vince,Ku berlari-Firdaus ft Cat Farish. Dengar lah lagu-lagu tuh. Best sangat!!!!!!


tapi yang paling bagi kekuatan and inspirasi tentunya...




SUBAHANALLAH <3

Tuesday, March 13, 2012

Dugaan meyh~~!!!

Assalamualaikum..


Lama tak update ini blog. Bukan ape,tak de idea nak tulis ape. Kalau ade idea pun,bukan senang nk lekat kat kepala nih :).


Satu hari tuh,IC hilang!! Dah macam kucing hilang anak dah cari Ic. Dah tanye satu dorm,nampak tak ic kite? Sume geleng kepala dah. Sampai saya pun naik pusing. Mana nak cari ni??? Tahun ni dah la nak SPM,pendaftaran SPM last 31 march...Mana weih nak cari IC ni??Kebetulan pulak masa tuh tengah periksa selaras satu...Memang otak tak nak serabut lagi lah :)


Tetibe jer rasa macam miracle tuh datang. Kunci locker yang sebulan hilang,jumpe balik. Baju yang dah berkurun hilang pun jumpa balik. Tetibe rasa Tuhan tuh baik sangat :)




Huh,gumbira sangat lah! Nikmat ujian yang tak terhingga lah rasa masa tu. Tapi macam mana pun Ic tetap tak jumpe :(


Sedih,sedih gq. Tapi,esoknya,mak ayah datang sekolah. Excited giler! Yelah,dah 4 minggu tak jumpe beb! Sape tak miss kan? Pastu,keluar outing. Macam nak nangis mintak kat cg.Yazid nak outing. Buat cuak jer der. Saje jer suruh ku tunggu lama-lama kat depan kereta dia.


Masa nak outing tuh,bajet2 macam nak fly,tapi mak ayah tak bagi. Yelah,school law. Kena la ikut kan.


Seminggu pas tu,balik rumah. Buat Ic baru. Ic yang lama tuh tak jumpa. Balik rumah,nak buat kerja Fail Rumah and Usrah 2012. Cari pendrive,nak buat kerja,sambil-sambil buat lagu. Tapi,mana pendrive akuh ni???


Melilau satu rumah,cari pendrive. Tak jumpa-jumpa jugak. Ok,fine. Sape ambil nih?


Suruh adik cari. Thanx adik,jumpa pun. Bjet2 esok lah bukak fon. Terase sekarang fon tuh macam nyusahkan jer. Aku bukan nak mesej sesape pun. Esoknye pulak.....


Mak!!!Mane sim kak Uda???????

Huh,memang banyak dugaan!!!~~~~

   -----------------------------------------------------------------------




Monday, January 23, 2012

Penggunaan "aku kau,saya awak dan kite kamu".....

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,selepas mengharungi detik-detik mencemaskan dekat Kluang,akhirnya Allah izinkan juga saya sampai ke rumah.Syukur sangat-sangat.Masa tu la rasa manisnya dugaan dan nikmat yang tuhan bagi.Dugaan sebab balik rumah lambat,tapi nikmat sebab masa tu terasa eratnya ukhwah dengan sahabat,dapat banyaknya pengalaman semasa menaiki bas,and dapat melihat pelbagai gelagat orang masa tak ada bas!(tu la part pling best!)Terbukti lah sesungguhnya setiap kesusahan tu mesti ada kenikmatan yang tersirat....Cuma depends on us camner nak hadapi dugaan dalam kenikmatan yang tuhan bagi tu.....


Ok,sekarang tutup cerita pasal bas.Nak cerita pasal benda lain pulak....


Dulu,kenal-kenal la dengan budak-budak form4 baru...Kenal punya kenal,ada la jumpa seorang ni....Baik budak tuh...Tapi sayangnya kadang-kala aku rasa macam dia ni fikir macam nak amalkan ajaran islam tu susah sangat je...padahal senang jer...Puasa,sedekah,solat sunat bakdiah and qabliah..Tapi aku try positifkan diri...Ye la,tak semua orang macam kita....positif thinking,open minded and segala bagai kan....


Ada la sekali tu borak dengan dia...Tiba-tiba dia 'tersasul' sebut 'aku' masa tengah berbual...Pastu dia mintak maaf.Katanya,nampak tak sopan je sebut aku kau ni.Macam kurang ajar je.Tu dia cakap la.Aku yang dekat situ rasa macam nak marah ada,nak gelak ade,and segala macam perasaan la muncul masa tu.Aku rasa dia sangatlah pelik orangnya.


Setakat aku je kot!!!!


Penggunaan "aku kau" tuh tak beradap sangat ke?Kurang ajar sangat ke "aku kau" nih?So adakah selama kita berurang ajar dengan Allah? 



Saje je letak gambar ni.Nak tunjuk selama ni kita doa guna pakai bahasa panggilan apa dengan Allah."Aku Kau,@ Saya Awak"?

Contoh pertama:

Ya Allah,kurniakan AKU suami yang soleh.Sesungguhnya KAU Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Contoh kedua:

Ya Allah,kurniakan SAYA suami yang soleh.Sesungguhnya AWAK Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


LOL.Cuba perhatikan contoh tersebut.Selalunya,bahasa mana kita sebut kalau dengan tuhan?Mesti contoh pertama tu kan???Memang ade(kot) orang guna contoh kedua,tapi jarang la dengar.

  • Pendapat saya lah kan,penggunaan 'aku kau' tuh untuk mengeratkan hubungan seseorang dengan sesiapa yang dia suka.(Pendapat aku je,kalau tak terime tak pe,aku tak kesah....)


  • Bagi aku,penggunaan 'I U' tuh yang gedik n tak msuk akal.Suka sangat tiru gaya barat.pehal natah,macam tak ada budaya sendiri jer gaye dia.Sucks dengan orang yang panggil 'I U' nih.......

  • Kalau "saya awak" tuh,macam kekasih je gyenyer...n slalu gaq aku pakai untuk orang yang tak dikenali......

Conclusion kat sini,sebenarnya tak kisah la ape bahasa yang kita guna,asalkan bersesuaian and bertepatan dengan keadaan.Takkan dengan orang lagi tua nak panggil aku kau jugakkan????





Tuesday, January 3, 2012

Spm candidates!!

Assalamualaikum..


Welcome 2012!!Tahun ni saya bakal menduduki Spm...Huh,Cuak tu memang tak payah nak cakap la....lagipun,kat group Sbp cakap,Spm maybe akhir bulan 10 @ awal bulan 11 sebab cuti sekolah start 10 hb 11....MayaAllah,cepatnya masa berlalu!


Tadi masa dalam kereta....Dengar lagu Juara-generasi hebat ...Rasa bertenaga sikit dengar lagu tu...rasa macam something running in my vein...cewah!


This year...I am SPM candidates...Dah macam-macam harta dah tersedia untuk di bawa ke sekolah.Thanks buat sesiapa yang supply all these things.Saya hargai sangat-sangat.Sekarang just pray and do all the best in any action :)).






Sekarang dah tak boleh main-main dah.Semua orang nilai.Kat mana-mana mesti akan ada orang kata pasal kita.So,untuk jadi yang terbaik,kita kena jaga diri.Try be the best senior ever.cewah :))


Terasa harapan orang sekeliling.Perempuan kan sensitive* sikit pasal hal-hal sekeliling kan. hahaha


So,last word from me...Pray for all Grandeur....Kitorang tahu maybe kitorang bukan lah senior yang terbaik...tapi kita akan cuba...InsyaAllah :))



Saturday, December 3, 2011

Ya Allah...Guide me...

Assalamualaikum...

Sometime,i felt lost...
Lost in the centre of people...
I always think in my mind..
Why Allah did me like this?
Why Allah choose me to understand his kalam?
Why??


Why?
I dont know...
Sometimes,i wanna be likes other people...
Never take serious at anything..
makes it simple even in my religon!!!
But,when i flash back my time....
i saw the good things happen behind Allah faith...
I get good friend,
i know who The Greatest...
I know my God...
I hate when someone tell the bad thing in islam...
I felt ashamed when someone called muslim...
did not acted as muslim...
I felt ashamed toward my ajnabi...
 i know..
this is Allah faith...
Thank you....
you are my protector.....
:D

Tuesday, November 29, 2011

Wish you All happy day ever!!

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI LAHIR!
SELAMAT HARI LAHIR!
SELAMAT HARI LAHIR AYAH!!
SELAMAT HARI LAHIR!!!!! 

Semalam hari lahir ayah.Kitorang sambut ala kadar jer.Takde la tiup lilin sebagai,tp at least cakes ade la.hehehehe.Secare kebetulan tarikh keramat tu jatuh pada HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN between ATUK MAK AND ATUK AYAH...yang ke 52 tahun...

LAMA TAK???

SELAMAT ULANG TAHUN! SELAMAT ULANG TAHUN!
SELAMAT ULANG TAHUN!!!!
SELAMAT ULANG TAHUN!!!!!!!!!

Semalam saje jer buat gempak.Mase atuk ayah dengan atuk mak tengah potong kek,jerit-jerit suruh atuk dengan atuk mak suap-suap.Hehehehe.Atuk ayah tak nak mule-mule...tapi selepas didesak-desak oleh cucu dia yang comel ni,dia buat jugak.Huh,romentik la atuk ayah dengan atuk mak ni.:D



Masa sambut birtday ayah,rasa kekurangan pula.Angah SPM,along kat India :C..emm...sedihnyer...Takpe...dyorang kirim happy birthday jer...Anyway,takpe,itu pun dah cukup kan??


P/S:i love my family.....