Friday, December 21, 2012

Dia, Aima Dhia...




Kaki Nora berlari pantas kearah bilik rawatan. Kerisauannya memuncak. Takut andai sesuatu terjadi kepada sahabat yang disayanginya. Kakinya meluru kearah pintu bilik rawatan.
“Cikgu, macam mana keadaan Dhia?” tanya Nora pantas. Dia betul-betul cuak.
“Dhia ok. Cuma kepalanya terhantuk sikit je. Insya-Allah esok dah baik la kut.” kata Cikgu Rasyidah.
Nora menarik lafas lega. Nora tahu Dhia masih marahkannya, namun Nora tidak peduli. Walau apapun, Aima Dhia tetap sahabatnya dunia akhirat.

Nora tersedar dari lamunannya apabila terdengar erangan Aima Dhia, sahabatnya.Keluhan dilepaskan. Nora tahu, itu tandanya dia perlu pergi.
“No…No..ra..” sebut Aima Dhia dalam igauannya. Nora risau namun apakah dayanya, dia memang perlu pergi. Itu janjinya dengan Dhia dulu. Nora harus menepati janji.

Perlahan-lahan, Nora keluar dari bilik rawatan. Air matanya mengalir perlahan. 'Ya Allah, kuatkan hatinya untuk menerima dugaan ini', bisik hati kecilnya. Lama dia disitu.
"Kak Nora? Buat apa disini?" Kepalanya diangkat. Suraya.
"Tak ada pape. Err, Sue hantar makanan ye pada Dhia?"
Suraya mengangguk. "Kenapa akak duduk dekat luar je? Masuk je la." Suraya menarik lembut tangan Nora. Pantas dia menepis.
“Eh, Sue. Akak baru je keluar. Tak nak kacau Dhia”, ujur Nora. Jaga Dhia baik-baik tau. Dia memang selalu sakit.” Nora tersenyum sendirian tatkala bercakap pasal Dhia.
“Eh, masuk je la. Akak kan baik dengan Dhia. Jom,” Suraya menarik tangan Nora. Dengan cepatnya Nora menepis.
“Err, akak tak nak Dhia rasa terbeban dengan kehadiran akak. Sue tahu kan kenapa. Ok, akak pergi dulu.” Nora berlalu pergi. Dia jalan lambat-lambat. Rasa berat nak tinggalkan Aima Dhia.
Suraya menggariskan senyuman. ‘Ya Allah. Kembalikanlah kemesraan mereka’, Suraya berdoa dalam hati.

***

Memang. Nora tidak pernah menafikan perasaan sayang yang bertandang dalam hatinya yang sayangkan Aima Dhia. Bukan sayang sebagai adik, jauh sekali kekasih. Tetapi sebagai seorang sahabat seperti Abu Bakar RA dan Rasulullah SAW. Namun, peristiwa pahit itu benar-benar menghantui Nora, sehinggakan Nora berasa malu dengan Aima Dhia.
“Akak, bukan akak kan yang nak benda ni berlaku. Saya pun tak nak. Tapi, takkan akak dengan Dhia tak boleh nak baik langsung? Dulu, masa Dhia sakit, nama akak juga disebutnya masa Dhia meracau”,kata Suraya.
“Bukan akak tak mahu Sue, tapi malu akak mengatasi segalanya. Dhia memang tak pernah salahkan akak atas apa yang berlaku, namuan akak berasa sangat bertanggungjawab. Bukan mudah Sue, bukan mudah. Akak memang nak sangat capai tahap ithar dengan Dhia, namun, akak hanya merancang. Selebihnya akak serahkan kepada Allah Sue,” balas Nora lemah.
“Sue memang cakap yang tu bukan salah akak. Sue boleh potong jari kaki Sue tau. Anyway, batch kita kan yang bergaduh. Takkan akak tak fikir, mungkin ini cahaya yang Allah turunkan, agar kita semua beringat. Tak baik gaduh-gaduh sesame islam tau”.
“Entah, Sue. Akak pun tak tahu”.
“Yang penting, panjatkan niat pada Allah. Biar hubungan korang baik macam dulu. Takkan lah antara batch bergaduh, hubungan yang suci ni tercemar kan?”
Nora tunduk. Ada benarnya apa yang Suraya katakan. Namun dia takut. Takut andai hatinya tak kuat untuk memohon maaf kepada Aima Dhia.
“Aima Dhia truthly miss you Kak Nora. Even saya kawan dengan dia pun still lagi dia puji akak tau. Buat saya jeles aje”. Bibir Nora mengukir senyum. Terasa gembira sedikit dipuji Suraya.
“Em, tengoklah. Biar masa yang tentukannya”, kata Nora.


***

Natasha berdengus geram. Dia duduk ditempatnya dengan kasar. Nora hanya memerhati. Katrina memandang Natasha pelik.
“Eh, Tasya. Kenapa kau ni? Macam marah je”, kata Katrina.
“Mana aku tak marah. Dah la kita senior. Dia junior. Langgar aku buat bodoh je. Minta la maaf. Eish!” Tasya berdengus. Geram.”Masa aku junior dulu aku baik tau. Tak pernah aku dengar senior nak band aku tau. Junior sekarang makin naik lemak! Mentang-mentang la senior baik, ingat kepala senior boleh pijak la?”
“Form berapa, Tasya? tanya Katrina.
“Form mana lagi yang bergaduh dengan kite?”
“Form 3? Emm, batch tu memang ada badi sikit dengan batch kita.”
Nora yang berada disitu hanya diam. Dia malas mahu campur dengan masalah orang lain. Masalahnya sendiri pun dia tak mampu settlekan, masalah orang lain lagi la dia malas nak campur.
“Hey, Nora. Nanti pesan sikit kat adik kau tu, hormat sikit dengan senior. Ni tak, tudung je labuh, tapi perangai, macam sampah!” kata Tasya.
Muka Nora membahang. Dhia tak macam tu! Nora menjerit dalam hati. Dia ada stand dia yang sendiri dalam sesebuah perhubungan. Hanya yang mendekati dan merapatinya sahaja yang memahami prinsip hidup Dhia.
“Haah la Nora. Kau kan baik dengan dia. Nasihat la sikit. Aku dengar batch dia pun tak suka dia jugak. Perangai ntah apa-apa. Konon tudung je labuh, tapi lelaki, keliling siut. Kawan dia yang tudung tak labuh, tak la gedik macam dia. Bukan aku sorang je yang cakap macam tu. Budak lain pun sama. Tapi, sebab dia baik dengan kau. Aku jadi tak sedap pulak nak tegur. Yelah, kau kan kawan aku. So, aku mintak kau jauhkan diri la dari budak Aima Dhia tu. Aku bukan ape. Aku sayang kau. Aku tak nak la kau jadi teruk macam dia.” panjang nasihat Katrina kepadanya.
Tiba-tiba Nora bangun. “Thanks atas nasihat korang. But, kau tak faham Dhia. Hanya orang yang memahaminya saja yang tahu perangainya macam mana. Kau tak kenal dia betul. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku sayang dia sangat-sangat. Aku akan sampaikan teguran yang korang cakap dekat aku pada Dhia. Dhia senang bertoleransi. Insya-Allah. Ok lah, aku balik rumah dulu. Assalamualaikum.” Beg bukunya dicapai. Lalu kakinya dihayun meningggalkan kelas tingkatan 4.
“Eh Nora, marah ke? Kitorang cakap je. Kenapa kau nak touching ni?” Katrina rasa bersalah. Dia ingin keluar untuk memanggil Nora. Tasya menghalang.
“Biar je dia tenangkan fikiran. Kalau kau kejar dia pun, bukan dia nak stop pun. Mesti la dia backup si Aima Dhia tu.” kata Tasya. Katrina hanya membiarkan Nora berlalu.


***


Dia hanya mampu memandang dari jauh. Dhia, akak rindu, hatinya merintih kerinduan. Kerinduannya terhadap Dhia sangat dalam. Terlalu rindu.
"Em, kak Nora. Boleh Sue nak berbual dengan akak sebentar? Sekejap je. Sue janji."
Nora berjalan membuntuti Suraya. Suraya menuju kearah sebuah gazebo di taman sekolah. Suasana padang yang hiruk pikuk ditinggalkan. Nora tercari-cari bayang seseorang. 
"Akak cari Dhia ke? Jangan risau, Dhia masih lagi cuti. Parent dia nak bawa pergi klinik. Parent dia risaukan dia. Yelah kan. Jatuh tangga."
Nora mengangguk sedikit. Kebisuan kembali menjengah. Suraya tak tahu bagaimana untuk mulakan dulu. Ya, kisah mereka tidak punya kaitan dengannya., tapi dia sendiri rasa bertanggungjawab untuk menyatukan mereka berdua semula.
"Emm, akak. Sue nak tanya sikit boleh?"
Nora mendongak. "Nak tanya pasal apa?"
"Pasal Dhia."
Wajah Nora berubah. Sebut saja nama Dhia, hatinya akan terusik. Masakan tidak, rindunya terhadap Dhia setinggi Gunung Everest. Sudah lama tidak berbual dengan Dhia, sudah lama tak bermesej dengan Dhia, sudah lama tidak datang rumah Dhia. Nora rindu suasana itu. Terlalu rindu. Lamunannya terhenti tatkala satu tepukan singgah dibahunya.
"Akak dengar tak apa yang Sue cakap ni?" tanya Sue. "Dhia sendiri cakap pada saya. Insya-Allah, bulan depan rasanya. Itu pun tengok keadaan. Tapi Dhia cakap, kalau tak ada aral, mungkin lagi dua minggu. Akak jangan cakap yang Sue bagitau akak. Ni Dhia suruh rahsiakan dari pengetahuan semua orang. Biar dia pergi senyap-senyap. Lagipun, dia tak nak orang yang benci dia rosakkan mood dia",ujur Suraya.
"Sue! Dekat sini kau rupanya. Punyalah s/u pasukan kau cari kau dekat padang. Kau nak kena disqualified ke? Karang rumah sukan kita kalah, sebiji aku bagi kat kau", jerit Nadia dari jauh. Suraya mengeluh sedikit.
"Ok la akak. Tu je yang Sue nak bagi tau. Jangan lupe tau, time, place and date yang Sue bagi tadi. Sue harap sangat yang akak akan datang hantar. Bye, assalamualaikum". Suraya berlari ke padang. Acara yang disertainya bakal berlangsung sebentar lagi. Dia meninggalkan Nora yang termangu-mangu disitu.
'Hah,time, place and date ape? Pergi mana? Rahsia ape?', Nora tertanya-tanya dalam hati. Dia cuba menghadamkan apa yang Suraya katakan kepadanya. tapi gagal. Lantas, malas Nora memikir tentangnya. Nora bangun dan kakinya diarahkan ke kelas.
Dikelas, Nora duduk di tempatnya. Tiada orang di situ. Kebanyakannya berada di padang. Dia juga seharusnya berada disana, namun hatinya berada di tempat lain. Hatinya berada dekat Dhia. Nora terlalu risaukan Dhia. Perlahan-lahan, apa yang diperkatakan Suraya tadi menjengah memasuki fikirannya. Nora memikirkan apa yang diperkatakan oleh Suraya. Tapi dia gagal. Lama-kelamaan, dia memenuhkan fikirannya dengan latihan berfokus.


***


Nora sudah jarang melihat kelibat Aima Dhia. Rasanya lebih kurang seminggu juga. Selalu juga Nora berpura-pura melalui kelas Aima Dhia untuk mencari guru namun, meja Aima Dhia kosong. Seakan-akan penghuninya sudah berpindah. Namun, buku-buku kepunyaan Aima Dhia masih lagi wujud di kelas itu. Tapi, buku-buku itu bersepah-sepah. Seakan-akan Aima Dhia sudah tidak mahukannya lagi. Setahu Nora, Aima Dhia bukanlah seorang yang penyepah. Aima Dhia kemas orangnya.


Suraya berjalan pantas. Kalau boleh, dia tidak mahu berjumpa dengan Nora. Tiap kali ternampak Nora, difikirannya terbayang wajah Dhia yang keruh. Suraya tahu, Dhia mengharapkan kedatangan Nora di airport waktu itu. Tapi, Dhia pergi dengan kehampaan. Nora tidak datang. Kebetulan pula, hari itu, bateri telefon bimbitnya mati. Suraya mengeluh perlahan.
"Sue! Sue!", laung Nora. Langkah Suraya dipanjangkan. Tidak mahu langsung bersemuka dengan Nora. Nora kemudian memintas Suraya. Lengan Suraya dipegangnya erat.
"Hey, apa ni? Lepaslah!" marah Suraya. Mata Nora membulat.
"Akak takkan lepas kecuali Sue cerita dengan akak semuanya. Kemana Dhia menghilang dan kenapa Sue jauhkan diri dari akak?"
Suraya tidak memandangnya. Suraya hanye tunduk. Hati Nora panas. "Sue! Awak dengar tak apa yang akak cakap ni?" kata Nora sedikit kuat. Beberapa orang pelajar memandang mereka. Nora buat tak peduli. Hal ini perlu segera diselesaikan. Selagi tak selesai, selagi itu hidupnya tak tenang.
"Akak nak tau sangat ke?" mata Suraya mencerun melihat Nora. Nora mengangguk.
"Sebab akak dah sakitkan hati Dhia dan saya", kata Suraya. Air matanya bergenang. Nora menelan air liur.
"Dhia dekat mana?" tanya Nora.
"Dia dah pergi London. Belajar."
"Bila?"
"Seminggu lepas", air mata yang ditahan terlepas jua. Suraya cepat melepaskan pegangan Nora dan pergi dari situ dengan pantas. Nora masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tak sempat bertanyakan tentang Aima Dhia. 


***


Frame gambar diatas meja dicapai. Gambar yang penuh dengan kenangan. Kenangan antara dia dah Aima Dhia. Setitis air matanya jatuh. Cepat-cepat dia mengusap mengusap air mata itu. Dia berjanji dengan dirinya untuk tidak menangis lagi. Dia perlu kuat. Untuk masa depannya juga.
Perlahan-lahan, laptop dibuka. Emelnya diklik.
"Bismillah...."


To: AimaDhia@gmail.com
From:NorAsyikin@gmail.com

Assalamualaikum Aima Dhia,

Sebelum emel ini di spam, saya pinta baca coretan saya sehingga penghabisan.......


No comments:

Post a Comment