Monday, August 29, 2011

Seorang hamba yang berdosa....

Ini bukan lah post entri saya yang pertama,tapi buat sekian kalinya saya mencuba untuk meluhkan segala keinginan yang tidak dapat saya kecapi didunia realiti di blog.Tapi,ini bukan bermaksud saya seorang pelakon di dunia realiti,tapi hakikatnya,saya hanyalah hamba yang berdosa.

Alhamdullillah,saya bersyukur kerana Allah telah memberikan oksigennya kepada saya dan semua orang terdekat saya untuk terus hidup dibumi yang aman ini,Malaysia.Tanpa saya sedari,sudah hampi 16 tahun saya hidup di dunia.Ini membuatkan saya tertanya-tanya,apakah selama saya di dunia ini,kemungkaran yang telah dilakukan oleh hamba-Nya ini diampuni,dimaafi oleh yang Maha Esa?Benar,sama sekali saya tidak boleh menjawap persoalan di benak saya ini.

Cita-cita yang paling tinggi dalam diri saya ialah menjadi wanita solehah.Tapi kadang-kala,saya juga terkhilaf dalam perjalanan menuju kearah cita-cita agung ini,membuatkan seakan-akan saya kurang layak untuk bercita-cita setinggi itu.Kerana itulah,saya selalu memohon kepada Yang Esa agar diperbetulkan niat agar sentiasa dalam landasan yang betul.Benar,saya juga ialah hamba.
Syukur,Allah memberi saya peluang ke-2.Dengan kepercayaan inilah saya selalu mengingatkan diri sendiri akan nikmat yang telah Allah kurniakan agar saya menggunakan peluang ini sebaik-baiknya agar dapat sentiasa dalam landasan yang betul kearah menuju cita-cita tertinggi.Saat itu hanya Allah saja yang mengetahui perasaan saya tatkala saya saya melihat ummah yang dulunya menawan 2/3 dunia kembali lalai dalam mengerjakan perintah tuhannya.

Jadi dengan penuh rasa hina,saya berharap agar segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada saya dapat saya gunakan sebaik-baiknya buat ummah yang saya kasihi.Saya ingin melihat kembali kejayaan agama suci ini agar kembali ke jalan yang benar.Kembali kepada agama,kembali merenung kekhilafan diri.Saya juga seorang pendosa,jadi sya tidak mampu menegur kalian dengan tangan dan lisan.Saya hanya mampu mencegah dengan hati dan tulisan.......

Jadi,bangkitlah bersama pemuda pemudi islam!bangkitlah menentang jahiliah!Bangkitlah berjuang JIHAD FISABILLILLAH!

No comments:

Post a Comment