Tuesday, August 30, 2011

Sebutlah 'Insya-Allah'

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,Allah masih menghidupkan saya sehingga ke hari ini.Harapan menggunung agar hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.Hari ini,saya ingin berkongsi satu artikel yang diberi oleh sepupu saya kepada saya.Artikel ini menyebabkan saya teringat satu peristiwa yang dialami oleh adik dorm saya yang diceritakan kepada saya.

Dulu,ada orang guru di sekolah saya menyatakan yang dia agak kurang hormat apabila seseorang itu membaca ikrar yang diakhiri dengan lafaz kalimah 'Insya-Allah'.Adik dorm saya agak terkedu pada mulanya.Lalu ditanya kepada guru tersebut,mengapa.Lantas guru itu menjawab,"Ala setakat insya-Allah,semua orang boleh sebut.Insya-Allah maknanya dengan izin Allah.Jadi kalau ada apa-apa,contohnya kita berikrar tapi ikrar itu tak dapat dipenuhi.Lantas,Insya-Allah itu dijadikan alasan kerana perkara tersebut Allah tak izinkan.Bukankah begitu?"Adik dorm saya tergaru-garu kepalanya.Saya pula terkedu nak jawab apa.Biasalah,ilmu agama saya masih lagi kurang untuk didebatkan dengan guru tersebut.

Hari ini baru saya mendapat jawapan mengapa insya-Allah perlu disebut.Artikel itu berbunyi begini,

"Melafazkan janji atau merancang sesuatu pekerjaan untuk hari esok adalah perkara yang mudah untuk dituturkan.Bahkan kebiasaan ini telah menjadi kebiasaan yang sebati dengan kehidupan kita,tanpa kita sedari hakikat hari esok adakah masih diberikan rahmat Allah SWT untuk meneruskan kehidupan.Apakah yang anda selalu jawab apabila rakan anda mempelawa anda untuk menghadiri majlis keramaian di rumah mereka?Atau apakah yang selalu anda katakan kepada boss anda apabila diminta menyiapkan kerja-kerja tertentu pada esok hari?
kebanyakan antara kita hanya menyebut 'OK' sebagai satu lafaz perjanjian bahawa kerja tersebut bakal disiapkan,atau jemputan tersebut akan dihadiri?Adakah kita yakin bahawa esok masih menjadi milik kita?
Sebab itulah Allah SWT menganjurkan kita cara terbaik dalam segala aspek kehidupan manusia.Firman Allah SWT dalam surah Al-Khafi ayat 23-24,

"Jangan sekali-kalikamu mengatakan terhadap sesuatu:"Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu pagi,kecuali(dengan mudah menyebut):"Insya-Allah".Dan ingatlah kepada tuhanmu jikakamu lupa dan katakanlah: "Mudah- mudahan Tuhanku akan memberiku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".

Lafaz 'Insya-Allah"menjadi saksi penting bahawa kita meletakkan bahawa setiap apa yang bakal berlaku pada hari asok adalah milik dan sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT.Andainya kita terlupa atau ditimpa musibah yang boleh menghalang kita dari melakukannya,Allah SWT tidak akan meletakkan kita antara mereka yang sengaja memungkiri janji."

Jadi lepas ni,bolehlah berdepat panjang dengan cikgu tu.:D

No comments:

Post a Comment