Saturday, December 17, 2011

Dulu-dulu....

Assalamualaikum....


Dulu-dulu,mak selalu pesan...Tak semestinya orang yang baik tu pengakhiran dia baik...orang yang jahat tu pengakhiran dia jahat....


Then,saya teringat satu cerita.....


Ada 2 beradik ni...Si abang alim,selalu melakukan ibadah,tahajud tak pernah tak pernah tinggal tahajud..pendek kata abang ni memeng baik la....Manakala,si adik seorang yang jahat..Selalu tinggal solat,selalu melakukan kemungkaran...senang cerita,adik dia ni memang tak pernah nak tunaikan hakNya la.....


Suatu hari tu,si abang ni mula merasa bosan dengan kehidupan dia..Lalu bekata dia kepada si adik.."Adik,aku rasa bosan dengan kehidupanku hari-hari.Apa kata kita bertukar tempat?"Si adik pun setuju dengan cadangan abangnya itu memandangkan dia pun teringin untuk menjadi alim...


Lalu mereka pun bertukar tempat....


Nak dijadikan cerita,semasa mereka berdua bertukar tempat itu,si abang dan si adik pun meninggal.Malang bagi si abang,dia meninggal sewaktu dia bersama beberapa orang perempuan di kelab malam....Manakala,nikmat bagi si adik kerana dia mati ketika sedang beribadah kepadaNya.....


So???Motif dia ape kat sini??


Motif dia jangan la kita penat buat ibadah :)..




Tu salah satunya,motif yang lain...

  • Jangan ingat bila orang tu jahat,forever dia jahat...
  • Jangan ingat bila orang tu baik,forever dia baik...
  • Manusia tak tahu ketentuan tuhan....

Teringat dulu masa form 2...Ada seorang cikgu,suruh buat kad(english qoutes)...then,dia bahagikan kumpulan....Ada satu kumpulan tu dapat valentine's card....Masa tu kecoh sikit la,tak nak buat la kad tu atas sebab-sebab tertentu....(ye la,kan haram hukum sambut valentine day)....

Then,cikgu tu cakap lebih kurang macam ni la...."Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan datang.Sekarang,mungkin awak mengatakan yang menyambut velentine tu haram,tapi mana tahu someday nanti awak akan buat perkara yang sama.Saya hidup lagi lama dari awak.Ramai jer kawan saya yang macam ni,Masa duu sangat benci dengan valentine day ni,tapi lepas mereka masuk U, diaorang pun sambut valentine day jugak."

Dan kami dalam kelas tu pun terdiam.Mungkin ada benarnya kata-kata cikgu tu.Dan kerja sekolah itu dibuat dengan cemerlang sekali :)...

Dan saya terfikir...Kenapa manusa beria-ia melakukan ibadat,sedangkan Allah dah tentukan pengakhiran kita semasa dalam kandungan lagi?

Dan persoalan saya pun terjawab....

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri
~Surah Ar-Ra’d : 11~

P/s:patut la ramai orang berlumba-lumba dalam melakukan ibadat......

No comments:

Post a Comment