Wednesday, March 14, 2012

friends, i ask u an apology :(

Assalamualaikum...


Jumpa lagi!! Nak update blog ni lah :)


Kali ni nak cerita pasal kawan :)




Bukan senang nak "buat" sahabat ni. Ye lah,sahabat akhirat bukan senang nak cari kan? Sebelum apa-apa,baik minta maaf dulu. Andainya entry kali nih menyinggung perasaan sahabat-sahabat saya.


Saya ada seorang sahabat. Serius,dia baik sangat. Terlalu baik kalau nak di'compare'kan dengan kawan-kawan saya yang lain. Tapi,saya tak faham kenapa orang lain tak suka kat dia? Saya mengembara mencari jawapan. Saya nak tau bukan sebab apa,saya tahu baik dia. Sebab dia,saya berubah, dan insya Allah,perubahan ini hendaknya kekal :). 


Saya cari. Saya nak tahu. Akhirnya  selepas saya selidik,baru saya tahu,dia ni anoyying sikit. Kalau pasal pendapat jer,dia nak ikut cakap dia jer. Tapi,lepas saya selidik balik,bukan salah dia pun. Pendapat dia mmg ok pun. Cuma orang je tak nak bukak hati nak terima. Nak cari salah dia je . Tapi tu pendapat orang lain. Saya punya pendapat pun lain :).Sekali lagi,minta maaf :).


Saya ada sorang lagi kawan. Bukan tujuan nak compare or anything,tapi tak puas hati sikit dengan dia. Ok,saya tahu saya salah. Tapi tak payah la cerita kat orang lain kesalahan saya. Saya bukan malaikat yang tak pernah buat salah. Hanya Allah yang tahu dosa pahala saya. Saya kalau boleh nak semua puas hati dengan saya,tapi macam mana? Saya sendiri tak tau macam mana nak buat orang suka dengan attitude saya. hai~


Tak puas hati,mari cakap sendiri dengan saya. Insya Allah, kalau kena dengan caranya,saya takkan marah punya. Yelah,kalau betul kita nak marah ape kan? Kita semua manusia,selalu buat salah and silap. Jadi teguran itu perlu agar kita dapat bangkit untuk yang lebih baik. Betul tak?


Kepada sahabat-sahabat,saya minta maaf sangat kalau entry nih buat awak malu ke terasa or ape2. Saya dah terasa melampau dah nih. Saya mintak maaf sangat kalau pernah cakap belakang pasal awak. Awak tak salah,yang salah saya. Saya yang tak pandai jaga mulut. Memang betul,tu salah saya. Saya memang beribu kali mintak maaf kat awak. Saya nak awak tahu,saya memang manusia yang lemah. Tak terlepas dari buat silap. Even saya dapat title Ahli Badar pun,saya bukan ahli badar yang sempurna. Masih banyak lagi kesilapan saya yang perlu diperbetulkan. Sekali lagi saya minta maaf :(.


   ------------------------------------

No comments:

Post a Comment