Tuesday, December 18, 2012

Cerita kita (Bab 3)


Sedar tak sedar dah 2 hari dia jadi penghuni tetap dorm itu. Sedikit sebanyak, tahulah dia fiil budak-budak Raudhah. Raudhah, dorm yang ada pelbagai fiil manusia. Cuma tinggal dia aje yang kena sesuaikan diri. Yang dia perasan, dorm Raudhah ni macam tak bersatu. Tak unite. Semua buat kerja masing-masing. Yang pasti, masing-masing tak campur la hal masing-masing. Dan dia pun takut sikit nak tegur kakak-kakak senior. 

Kelas pula, emm, dia sangat-sangat bersyukur kelasnya sangat happening. Tapi ade je yang gaya macam freak sikit, tapi biasalah, orang tak semua sama. Kalau orang semua sama, tu cloning or robot. Bukan orang namanya. A’eil mengeliat. Ugrh, bestnya! Selepas seharian mengemas loker yang bersepah, cantik jugak akhirnya! A’eil berpuas hati dengan seninya. Lepas ni, tak la serabut tengok loker! 

“Nak makan tak? Jom Kak Qila. Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Jom.”, kata Lala. Lala budak form 3. Duduk asrama sebab rumah jauh. Satu-satunya orang yang dia rapat( kot) dekat dorm ini. Nama penuh, A’eil lupa. Yang penting, budak ni sorang je yang panggil dia Kak Qila. 

“Kejap. Nak pakai baju ape ni? Baju kurung ke?” Tanya A’eil. Rasa macam tanya soalan bodoh. Tentu-tentu la Lala tengah sarung baju kurung. “Okay, nevermind. Tak payah jawab”. 
Lala tertawa. “Apa la Kak Qila ni. “ A’eil menyarung sepatu hitamnya. Tu la sepatu pergi sekolah dan sepatu pergi prep. Mula-mula orang pandang awkward juga, A’eil cuma buat bodoh saja lah. Nak buat macam mana, outing lagi 2 minggu kot! 



Suasana di kelas hingar-bingar. Macam pasar kalau sekali dengar. Tapi yang bezanya, kalau kat pasar, orang jaja ikan, sayur buah atau daging, dalam kelas orang ramai jaja cerita. Gaya macam cerita Gossip Girl la. A’eil tekun menyiapkan tugasan yang Ustaz Kash bagi. Sesekali kepalanya digaru. Kitab Pendidikan Agama Islam diselak. Tangan kanannya menulis sesuatu. Suasana kelas yang hiruk pikuk bukan satu masalah baginya. Baginya itu ialah “nyanyian koir” yang dipersembahkan di hadapan kelas. Mendamaikan. 

“A’eil, sampai bila kau nak buat kerja Pai tu? Jom pergi koop. Tadi aku nampak kek coklat. Kak Murni bawa tadi. Nanti boleh kecek dia sikit”, kata Noura. A’eil menggeleng. 

“Kau pergi je la. Aku dah kenyang makan sarapan tadi”. Maunye tak kenyang. Selama ni, kalau dekat rumah, makan cereal, nestum, honeystar. Paling-paling berat pun makan roti half grain dengan telur sama salad. Itu pun boleh kenyang tahap gaban. Pagi tadi, dekat DM sedia nasi goreng. Mau tak terkejut perut dia telan makanan berat-berat masa sarapan. Stok dalam perut boleh simpan sampai petang la nampaknya. 

“Eh, kenyang ke? Sarapan pagi tadi DM bagi sikit je kot.” Sikit apenye?, kata A’eil dalam hati. 

“Tak pe la Noura. Kau pergi je la. Aku malas”. A’eil kembali membuat kerjanya yang tertangguh. 

“Ok.” Noura keluar kelas. Kelas kosong. A’eil tersenyum puas. Kerja sekolahnya pagi ini siap. Petang ni boleh la buat kerja lain, hati kecilnya berbisik. Tanpa sedar, ada orang memerhatinya. 



Test pad di atas meja dah penuh dengan garis bukan-bukan. A’eil tersengguk-sengguk. Rasa mengantuk menguasai dirinya. Kata-kata Cikgu Zulaikha umpama mendodoinya tidur. 

“Nurul Aqilah!”, nyaring suara Cikgu Zulaikha. Mata yang kian menutup rapat itu pantas terasa segar. “Saya dekat depan ni memang tengah menyanyi lagu tidur untuk awak kan? Dah berjalan sampai mana dah? London?” 

Seisi kelas memandang A’eil. A’eil tersengih sendiri. Rasa mengantuk pun dah hilang. “Sorry, cikgu”. Huh, selama ni mana pernah dia tidur masa guru mengajar. Kira ni memang first time la kut. Rekod bersih dia dah tercalar la nampaknya. 

“Ngantuk ke?" Zikir yang berada di sebelahnya berbisik. A'eil bagi dia satu jelingan tajam. Jangan tanya kalau dah tahu!

No comments:

Post a Comment