Monday, December 24, 2012

Dia..Iman Nataya..(siri 2)



I need u,
I miss u,
Hope our family will be together in Jannah, In Shaa Allah....
       

Embun masih menitis. Bayu pagi yang melambai meresap ke sum sum tulang. Subhanallah! Segala puji untuknya. Aku masih bisa bernafas dengan oksigen yang diberi.

Tanpa sedar, setitis cecair jernih menyentuh pipi. Sayunya hati terasa. Adakah aku masih mampu menatap keindahan pagi sebegini lagi esok? Atau mungkin aku sudah dijemput ilahi?

“En. Iman. Assalamualaikum”, satu suara menyapa.

“Waalaikumussalam..Adila”, matanya menangkap sesusuk tubuh genit disebelahnya memegang satu dokumen.

“Macam mana Adila, ada maklumat?”

“Maafkan saya En. Iman. Belum jumpa lagi. Tapi jangan risau, kita mesti jumpa dia En. Iman”, Adila member harapan.

“Saya harap sangat dapat menatap matanya sebelum saya pergi jauh”, nada suara mengharap jelas kedengaran.

“En. Iman, kita masih ada masa. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk cari dia”, Adila memujuk.

“Saya lapar. Boleh teman saya sarapan?” Iman tersenyum.

“Ok, jom”. Adila menolak kerusi roda Iman menuju ke kantin hospital.



Iman Daniel. Insan yang sungguh berdedikasi dalam setiap kerjanya. Namun, Allah menakdirkan hidupnya penuh dugaan. Kematian ibu bapa dihadapan matanya sendiri sewaktu mereka sekeluarga dirompak. Kehilangan adik perempuan satu-satunya menambahkan lagi kelukaan dihati. Dan kini, sekali lagi teruji dengan penyakit leukimia yang ditanggung membuatkan dirinya semakin tabah.

Jam disisi katil berdetik. Jam 4.00 pagi. Sunyi. Iman menggagahkan diri bangun menuju ke bilik air. Pili dipulas, wudhuk diambil. Allah! Rambut yang dahulunya lebat semakin menipis. Liang-liang rambut sudah mula nampak.

Sejadah dihampar. Takbir dilaungkan dan Al-fatihah mula dibaca sehinggalah selesai salam. Tangannya diangkat menadah.” Ya Allah. Ampunkanlah dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, ahli keluarga serta umat islam. Ya Allah, bantulah aku pertemukan aku dengan Iman Natasya, ya Allah. Permudahkanlah urusanku ya Allah”, tangannya meraup muka. Air mata diseka.

“Iman Natasya, abang rindu”, hatinya berbisik.



***



“Sya ambilkan air”, Amira melaung.

“Ok. Onkan dulu. Kejap lagi aku datang”, tangannya mencapai dua mug comel. Iman Natasya meletakkan mug diatas meja kopi.

“Sya, tadi ada orang cari kau”, Amira merenungnya.

“Siapa yang cari?” persoalan timbul.

“Adalah perempuan cantik. Dia tanya pasal kau. Kerja dekat mana. Macam-macam lagi”, Amira menyambung.

“Biarlah. Aku rasa aku tak ada cari pasal dengan sesiapa”,Sya menyambung kerjanya.



***



“En. Iman, saya dah dapat sedikit maklumat tentang Iman Natasya”, Adila membuka bicara.

“Dia dekat mana sekarang? Dia okey kan?” Iman teruja.

“Okey saja. Dia bekerja di De’vious Corp. Duduk dekat Damansara dengan kawan nama Amira. Ni gambar terbaru dia”, Adila bercerita.

“Sempat tak saya jumpa dia? Adila saya rindu dia”, Iman mengeluh.

“Kami akan usahakan En. Iman. Jangan risau”, Adila tersenyum.



***



“IBU!!” Sya tiba-tiba menjerit. Dia tersentak, peluh mula membasahi dahi. Peristiwa lama terimbau kembali. Bayangan ibu dan ayahnya dibunuh di hadapan mata menyerang memori.

“Abang, Sya rindu abang”, air matanya diseka.



***

Iman tersentak. ‘Astaghfirullah!’ bayangan lama menyentap minda.

“Ibu, ayah. Abang akan cari adik. Abang janji”,Iman separa berbisik. Takbir tahajud memanggil-manggil dirinya untuk bersujud pada Tuhan yang Maha Esa.



***



“Mira, aku rindu abang aku”, Sya bersuara.

“Sorry, aku tak boleh tolong. Doalah supaya kau jumpa dia”, Amira memujuk. Sayu hatinya melihat nasib rakannya. Sudahlah yatim piatu, terpisah pula dengan abang satu-satunya.

“Mira, aku nak cari abang aku”, Sya bersuara lirih.

“Aku support kau selalu”, Amira mengggenggam tangannya.



***



Dalam kesibukan menguruskan stok-stok untuk dipasarkan, kelibat seorang wanita mendekatinya.

“Ni Cik Iman Natasya?” perempuan itu bertanya.

“Ya, saya. Ada apa yang saya boleh bantu?” Sya masih teragak-agak.

“Boleh pinjam masa awak sekejap?” perempuan itu tersenyum.

“Boleh, sebentar”. Sya mengambil barangnya lalu mendapatkan perempuan tersebut di bangku berhampiran.

“Mesti awak tertanya-tanya siapa saya kan?” perempuan itu berbicara. Sya tersenyum.

“Saya Adila. Saya diminta untuk mencari Cik Iman Natasya. Cik Iman kenal orang ni?”. Sekeping gambar dikeluarkan dari dokumen.

Sya terkesima. Matanya tertacap pada insan di sebalik gambar tersebut. Mtanya memandang tepat mata perempuan tersebut, minta penjelasan.

“Saya tahu awak terkejut. Saya akan jelaskan pada awak. En. Iman Daniel ni bos saya. Saya diminta untuk mencari adiknya yang hilang iaitu Cik Iman Natasya. Sudah lama dia mencari Cik Iman. Dia sangat sayangkan Cik Iman. Dari pandangan matanya, dapat lihat yang dia sangat berharap dapat jumpa Cik Iman. Setiap kali ada peluang doa, saya selalu dengar nama Cik Iman disebut. Dia nak tunaikan harapan arwah ibu dan ayah Cik Iman. Jadi, saya datang nak bawa Cik Iman balik”. Adila bercerita.

Sya hanya mengangguk. Dia tak mampu berkata apa. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung lengan. Sayu hatinya.

“Saya nak jumpa abang saya” Sya bersuara tersekat-sekat.

Adila tersenyum syukur.



***



Keadaan Iman semakin lemah. Kesakitan yang amat tak tertanggung lagi. Denyutan keperitan melingkari tubuhnya. “Ya Allah, kuatkanlah aku”, suara hatinya berbisik.

“Assalamualaikum…” satu suara asing menyapa. Iman Daniel menoleh. Serta merta matanya tertacap pada seraut wajah yang cukup seiras ibunya.

“Iman Natasya?” Iman meminta kepastian. Sya mengangguk lantas. Tubuh Iman Natasya dirangkul erat.

“Sya sayang abang. Sya rindu abang”, cecair bening mengalir.

“Sya, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah”. Iman mengusap kepala adiknya. Pelukan itu tidah dilepaskan.

“Abang cari Sya selama ini. Kemana Sya pergi sayang?” matanya berkaca.

“Sya rindu abang. Abang jangan tinggal Sya lagi”, esak Iman Natasya.



Pelukan mereka longgar, tiba-tiba Iman Daniel rebah.

“Abang! Abang kenapa ni?” Adila yang berada disitu lekas memanggil doktor.

“Abang, jangan tinggal Sya. Sya sayang abang”, tangisnya kuat.



Hatinya gelisah. 2 jam berlalu, doktor sedang berhempas pulas menyelamatkan Iman Daniel.

“Sya rehatlah dulu. Biar Akak Dila tunggu En. Iman”, Adila memujuk.

“Tak boleh, Kak Dila. ‘Half of me’ tengah bertarung nyawa ‘in there’” matanya sayu.

“Kak Dila minta maaf sebab lambat jumpa Sya”, Adila serba salah.

“Allah yang takdirkan semuanya. Bukan salah siapa-siapa”, Sya meletakkan kepalanya dibahu Adila. Adila mengusap kepalanya.

“Sabar ya Sya. Doakan En. Iman kuat”, Adila genggam tangannya.



***



Suasana pagi yang redup. Seakan mengiringi pemergian Iman Daniel.

“Sya baru jumpa abang. Tapi Allah ambil abang cepat. Sya sedih. Tapi, Sya tak nak salahkan Allah. Sya sayang abang tapi Allah lebih sayangkan abang” Sya monolog sendirian di tepi nisan abangnya.

“Akak Dila tahu yang Sya seorang yang tabah”. Adila terasa hiba.

“Kak Dila, terima kasih jagakan abang untuk Sya”.

“Itu memang kerja Kak Dila”, tangannya menyeka air mata Sya.



“Sya, ni diari abang Sya. Dia pesan dekat akak minta jagakan Sya kalau-kalau dia tak ada, Dan dia sangat harap Sya dapat ganti tempat dia di WARISAN”. Adila menyerahkan diari Iman kepada Sya.

“Terima kasih. Nanti Sya fikirkan”. Sya berlalu ke bilik abangnya.

Iman Natasya memandang seluruh isi bilik. Sunyi. Iman duduk di birai katil. Diari di tangannya dibuka. Halaman terakhir diselak.



07 Disember 2011…



Ya Allah, aku bersyukur masih berpeluang bernafas lagi hari ini, ya Allah. Izinkan aku mencoret sesuatu sebagai amanat buat insan tersayang, Iman Natasya…..



Buat adik tersayang, Iman Natasya,

Abang tak tahu abang sempat jumpa Sya atau tak. Hari-hari yang mendatang membawa khabaran ajal dari Tuhan. Apapun, abang nak Sya tahu, abang sayangkan Sya. Terlalu menyayangi Sya.

Sya,

Abang minta maaf kalau ada khilaf abang pada Sya. Abang minta maaf tak dapat jaga Sya macam abang lain jaga adiknya. Tiap hari abang berdoa supaya pertemukan Sya dengan abang. Mohon Allah makbulkan. Sya, abang minta satu daripada Sya. Tapia bang takkan paksa kalau Sya tak nak. Abang tinggalkan kerusi kosong untuk Sya terajui WARISAN. Abang nak Sya bawa WARISAN ke arena lebih gah. Abang cuma mampu bawa amanat arwah ayah sampai sini. Umur abang tak panjang.

Abang sayang Sya sangat-sangat.

Andai abang pergi dulu, jaga diri Sya baik-baik. Pelihara imanmu dik. Doakan Ibu, Ayah dan abang bahagia kat sana. Sya pusaka ayah. Harta abang, abang serah semuanya pada Sya. Abang harap, Sya dapat jumpa rusuk kiri Sya yang mampu jaga iman, agama dan Sya.

Cukup sampai sini. Moga Allah satukan hati kita.



Abang,

Iman Daniel


Air mata diseka. Sebak didada mengenangkan saat-saat indah waktu dulu.

“Abang, Sya akan teraju WARISAN. Sya janji”.



***



Majlis perasmian Rumah Anak Yatim Warisan dihadiri ramai kakitangan WARISAN sendiri.

“Akak Dila bangga dengan Sya”. Bahu Sya digosok.

“Terima kasih. Sya buka pusat ni atas nama WARISAN, atas nama abang, Iman Daniel”. Sya tersenyum puas.

Potret keluarga ditatap.

“Ibu, ayah, abang. Sya bawa WARISAN ke syurga..”, bisiknya.



~The End~





CORETAN KENANGAN: Maaf sekiranya ada khilaf tanpa disengajakan. Saya cuma insan biasa. Untuk Nur Shahidah Mohd Shah, selamat maju jaya.

(Nur Sabrina binti Rosli) * 07 Disember adalah tarikh bermakna bagi saya :)



No comments:

Post a Comment