Friday, September 2, 2011

Solat,asas yang semakin dilupakan.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang hari ini untuk hidup di bumi.Syukur tak terhingga diucapkan kepada-Nya.Ya Allah,jadikan hari ini bagiku lebih baik dari sebelumnya,Ya Allah.Tambahkan nikmat kurnia-Mu kepadaku pada hari ini ya Allah.Ampunkan dosaku kerana Aku seorang manusia yang tak lari dari melakukan dosa ya Allah.


Beberapa hari ni macam-macam gelagat manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar.Yang paling tak tahan,bila masa magrib,masih lagi ada orang datang rumah.Hati saya tertanya-tanya,mereka ni tak solat kah?Masya-Allah,mungkin mereka jamak dan qasar kot.Saya cuba bersangka baik.Tapi hati kecil saya tak menafikan yang mereka memang tak solat.


Apa dah jadi ni?Umat islam tak solat?!Masya-Allah!Minta dijauhkanlah!Bukan apa,mereka juga umat islam macam saya.Pada saya sudah menjadi setiap tanggungjawab seseorang muslim untuk mengamalkan amar makruf nahi munkar.Menjadi tanggungjawab setiap muslim itu untuk berdakwah.Saya tak mahu umat islam menjadi fitnah kepada agama islam itu sendiri kerana saya tak mahu malukan islam.Islam agama yang suci.Kita tak layank untuk kotorkannya.


Asas kepada agama islam ialah solat.Sekiranya solat itu sendiri tak jaga,macam mana nak jaga benda lain?Solat kan tiang agama.Masalahnya sekarang,benda ini semua orang tahu.Tapi tak ramai orang ada inisetif nak ubah benda ini.Sekarang ramai orang fikir yang islam tu di masjid,surau dll.Kalau tak jaga solat mesti yang lain hancur punya!


Dipetik dari Hlovate,Versus:


"Benda ni macam domino effect,kalau solat jaga,secara automatik jaga aurat,bila dah jaga aurat secara automatik jaga ikhtilat.Bila semua benda ni dah jaga,secara automatik masalah pergaulan bebas pun tak ada.So,kadar jenayah pun kurang".


Lebih kurang la bunyi dia tu macam tu.Serious,saya memang tak suka kalau orang tak jaga asas ni.Pada saya golongan macam ni hanya malukan islam je.Nak tegur,karang kena marah,so baik cegah dengan hati je....:D


*ikhtilat:batas pergaulan lelaki dan perempuan.



No comments:

Post a Comment