Thursday, September 29, 2011

Kawanku...aku sentiasa bersamamu.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan aku rahmatnya yang terbesar iaitu kehidupan.Terima kasih Allah.Entri kali ini berkisar tentang ujian yang telah Allah berikan kepada kawan yang sangat saya cintai.Ketahuilah sahabat,sesungguhnya Allah akan menurunkan ujian kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk menguji iman seseorang itu,wahai sahabatku.Dan ingatlah bahawa Allah hanya memberi ujian kepada yang layak diberi ujian saja.


Sahabatku,
ketahuilah aku sentiasa bersamamu.
Tatkala kau diuji,aku di belakangmu.
Tatkala kau memerlukan bantuan,aku disebelahmu.
Tatkala kau memerlukan teman untuk menangis,bahuku sentiasa terbuka untukmu.
Janganlah kau berdiam diri denganku.
Aku memerlukan cerita sebenar darimu.
Aku percayakanmu walaupun tiada siapa disebelahmu.
Ingin sekali ku melihatmu,kembali ceria seperti dulu.

Sahabatku,
Aku memohon ampun kepadamu.
Mungkin kerana kesibukanku telah menjauhkan kita.
Urusanku menuntutku berkorban masa denganmu.
Walaupun kita tak serapat dahulu,aku amat merinduimu.
Maafkan aku sahabat,aku bersalah padamu.

Sahabatku,
Aku mencintaimu melebihi diriku.
Untuk mencapai tingkat tertinggi dalam ukhwah,
kita telah bersama memuhasabah diri kita.
Usaha kita selama ini,takkan terbiar begitu saja.
Jujur disudut hatiku,aku pernah membencimu.
Aku pernah mengumpatmu.
Tetapi dengan itulah Allah menemukan kita.
Menjadikan kita sahabat kerana-Nya.
Takdir Allah yang indah sekali.
Aturannya cantik sehingga kita juga tak terkesan.
Oleh itu,maafkanlah segala kesalahanku.
Semua itu kekhilafanku dahulu.
Sekarang aku telah berubah kearah yang lebih baik.
Semua itu atas usahamu.Atas kerelaanku.

Wahai sahabatku.
Aku mencintaimu sangat-sangat.
Uhibbukillah jiddan jiddan.
selama-lamanya.
abadan abada.







No comments:

Post a Comment