Saturday, September 3, 2011

Masalah sekeliling ramai orang tak perasan kan??

Assalamualaikum...


Ai~~Penat sangat.Dari 1st raya tak senang duduk.Yelah,tetamu ramai kat rumah,takkan nak mak sorang yang layan tetamu kot?Anak pun kena la membantu:D.Hehe.


Ada 1 hari tu,badar buat tayangan kat Surau Al-Kausar.Tayangan pasal kekejaman yang dilakukan oleh orang kafir terhadap islam.Serius,orang kat depan,belakang,kiri,kanan semua nangis sebab sedih sangat orang islam dibom,ditembak,dirogol,diseksa,dan macam-macam lagi la!Saya tengok pun sedih.Paling tak tahan bila dia tanya,nanti kat akhirat nanti apa kita nak jawab dengan Allah bila Allah tanya apa yang kita lakukan untuk umat islam yang teraniaya kat seluruh dunia ni?Entah,saya pun tak tahu nak jawab apa.


Lagi sedih bila kenangkan rakyat negara kita.Entah lah,ramai orang tak perasan kot.Sebelah saya merupakan adik dorm saya (tingkatan 1).Meleleh-leleh air mata dia,sayu hati saya tengok.Lantas saya bertanya kenapa?Lalu dia cakap,"Subhanallah akak,saya takut."Kesedaran yang tinggi adik dorm aku ni,fikir saya.Dia memeluk saya.Dapat saya rasakan ketakutan dia tu.


Dan kemudian saya terfikir,mungkin hari tu ramai yang sedar mereka ingin lakukan sesuatu demi agama ini,tapi,saya tertanya-tanya,masalah semua umat islam kita nampak,tapi kenapa masalah dalaman kita tak nampak?Bukan ke zaman kejatuhan Khalifah Ali sebab masalah dalaman ke?Masalah dalaman tu merangkumi pemimpin,orang bawahan dan orang awan.Kalau pemimpin pun tak betul,macam mana orang bawahan nak betul???Entah,saya tak ada jawapan yang pasti untuk itu.


Masalah ni sebenarnya dah lam,tapi mungkin baru beberapa orang yang perasan.Yang paling sedih kalau orang atasan yang tak perasan!Orang bawahan nak tegur orang atasan pun susah kalau macam tu.Mesti orang bawahan tertekan kan??


Entah lah,pada saya,kita semua manusia.Nak berubah tu susah sebab saya sendiri mengalami kesusahan itu.Paling teruk,kena maki dengan orang la.Sedih tu memang sedih la.Pernah juga saya terfikir,kenapa Allah tak jadikan aku macam orang biasa,yang tak payah fikir pasal hukum dan benda-benda lain ni?Tapi bila fikir-fikir balik,mungkin ada hikmah yang saya tak nampak.Kita tak tengok sekarang,kita tengok masa depan.


Oleh itu,saya juga manusia.Saya juga tak selalu istiqamah dalam setiap perbuatan saya.Jadi istiqamah itu bukan alasan untuk kita supaya tak berubah.Tapi seelok-eloknya istiqamah lah,sebab istiqamah tu memerlukan azam yang tinggi dan kuat.Kalau susah sangat nak istiqamah,kita mulakan dengan benda asas dulu iaitu,jaga asas.So,bila dah jaga asas,sudah pastilah,amalan yang lain akan terjaga!:D


video:credit to http://salafus-sholih.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment