Sunday, August 26, 2012

nikah,kahwin,couple???

Assalamualaikum....

Apa khabar iman hari ni? Sihat? Mudah-mudahan iman kita semakin sihat dan bertambah setiap hari. 



Nikah, kahwin. Perkara yang atleast dalam hidup seseorang mesti ada. Terasa nak disayangi, dicintai, dibelai. Tu semua fitrah yang Allah jadikan untuk umat manusia. Cuma yang jadikan setiap manusia berbeza, dengan cara pembawakan cinta.


Bilamana kita form5 nanti diajar bab nikah, kahwin, khuluk, dan sebagainya. And masa tu kita akan tahu apa yang kita tak tahu. Best tu memang best. Rasa best sebab belajar benda baru.

Saya masih lagi merasakan saya masih terlalu muda dalam bidang cintan cintun ni. Umur baru setahun jagung kot, takkan nak fikir pasal benda yang 10 tahun akan datang kan? Memang la perancangan awal tu bagus, tapi, tak rasa awal sangat  ke?

Ada sekali, saya jumpa satu pasangan couple ni, saya tanya, "hubungan korang ni, mak ayah tau ke?" Mereka mengangguk. "Mak bapak sekarang sporting and terbuka dengan things macam ni", jawab diorang. "Oh, so, bila korang nak Allah restu korang?" Rilex la. Saya memang direct orangnya. Dah soalan tu yang nak keluar, saya nak buat macam mana kan. " Hey, nikah kahwin ni bukan perkara mudah. Hard kot benda ni. Kalau nak kahwin, kena fikir pasal ekonomi lagi, perancangan keluarga lagi, bla bla bla..." Ok, stop sampai situ. 

Nikah, kahwin itu dua perkara yang berbeza. Nikah, bila ada ijab dan qabul yang membolehkan satu pasangan itu melakukan persetubuhan. Kahwin pula melakukan persetubuhan *ustazah cakap. Berbalik pada conversation tadi, saya baru buka mata pasal couple ni. Why diorang couple. Simple. Rasa nak disayangi. Nikah and kahwin pun rasa yang nak disayangi jugakkan? ==" Ntah la. Tak faham.

Saya remaja, so agak faham sikit la kenapa remaja kat luar sana couple. And saya tahu diorang sangat tak suka bila cakap, wei, Couple tu haram! What the hack of that? Bila dah haram tu, tak reti-reti ke terangkan why hukum tu haram? And mostly "orang-orang baik" ni, terus jauhkan diri dari diorang padahal setiap orang tu Allah ada bagi dia chance untuk change. Tu saya lagi tak faham. Kenapa nak jauhkan diri padahal kita antara orang yang bertanggungjawab untuk menyedarkan orang lain hakikat hukum couple. Betul tak?

Nasihat saya pada orang kat luar sana yang masih mentah tentang cinta ni, rujuk la pada yang pakar. Kita tak tahu, so kita kena ambil tahu. Saya juga masih banyak lagi yang perlu belajar. Buat yang masih sekolah, cukup-cukup lah tu fikir pasal couple korang. Belajar pun penat nak fikir, apatah lagi couple kan? So,fikir-fikir la balik....


P/S: saya masih mentah.... Jadi kalau ada yang salah, sepuluh jari ku susun untuk memohon seribu kemaafan :DD


No comments:

Post a Comment