Monday, August 20, 2012

Raya :))

Assalamualaikum :)) selamat pagi :))


Tengah malam baru nak berbloging. Haha. Terasa meriah syawal tahun ni *even tengah risau pasal result trial :(. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua sahabat handai yang jauh dimata dekat dihati   :)

Miss gila dengan Kak Dilla, Najla, Zalifah, Zakira, Yuha, Eyma, Fitrah, Saffa and kalau boleh aku nak tulis semua nama kawan-kawan aku. Ah! Miss gila waktu dulu-dulu :))


Em, sebenarnya Allah bagi raya pada umat Muhammad ni sebab umat Muhammad kuat nak berperang dengan nafsu selama sebulan. See? Sayang gila Allah kat kita. Tapi, kita sayang Allah tak? *itu jawab dalam hati

Sempena raya yang tak berapa nak panjang ni. saya dengan rendah diri ,ego dan rendah hati nak mintak maap kat semua yang mengenali diri ni. Ok,fine. Aku manusia biasa,bukan malaikat yang tak pernah buat dosa. Eleh,korang pun pernah buat salahkan dengan aku?*baik mintak maap nan aku cepat

Yang penting,raikan hari ni. Buat perkara-perkara yang best dalam hidup like collecting duit raya. Biasa la kan,budak-budak. Asyik nak duit je. Hahaha. Jangan buat perkara yang dilarang agama, likes mendedahkan aurat, bergosip ect. Yelah, bila ramai-ramai berkumpul, kan lagi haru satu rumah. Betul la kan? Ke rumah aku je macam tu. Tapi, aku yakin tak 100%,yang ade rumah lain macam rumah aku jugak. Hahaha.


No comments:

Post a Comment