Saturday, January 5, 2013

Cerita kita (bab 4)



Masuk seminggu, baru A’eil berjaya menyesuaikan diri kat tempat baru. Kepala dah tak pening cari tangga. Masuk sekolah pun dah tak sesat lagi dah. Dekat asrama dah tawaf dua tiga empat kali juga. Ahli dorm, emm, jangan cakap la, memang tak pernah nak tegur! Tapi, A’eil tak ambil pusing sangat. Malas nak layan tepi kain orang. Tepi kain sendiri pun tak terjaga. Konon-konon semangat assabiah la ni.
Belum masuk lagi pasal bangun awal pagi untuk pergi sekolah. Memang rutin harian dia berubah 1800 la hidup dekat asrama. Mula-mula memang liat sikit nak bangun. Tapi, lama-lama dia jadi biasa. Tambahan pula dekat dorm Raudhah, memang junior kena kejut senior. Nasib baik dia dah form 4, jadi, memang seksa la siapa yang mengejutnya bangun subuh. Terutama masa hari minggu.
Mula-mula, memang dia tak tahu apa-apa, setelah diberi taklimat oleh ketua dorm, Kak Fiza, dah ok sikit dah. Tak la jalan bengkang-bengkok lagi. Takdenye nak awkward tengok orang hantar dobi. Tu belum lagi masuk sesi mengemas loker bersama Kak Zira. Semua itu dia belajar perlahan-lahan.
Dekat kelas pula, dah makin ramai kawan dia kenal. Tapi, kalau tanya dia nama sorang-sorang satu kelas, memang A’eil mengucap panjang. Sebab tak ingat. Muka, in shaa Allah la ingat, nama, kirim salam.
Board asrama dipandang kejap. Lalu, langkah diatur menuju ke dorm. Perasaan penat menyelubungi diri A’eil. Badannya dengan cekap dihempas ke katil. Empuknya!
Pap! Sbiji bantal dibaling. Mengganggu dirinya yang hampir dibuai mimpi. A’eil berdengus geram. Siapa pula yang kacau aku ingin beradu ni? akal A’eil berbicara. Muka Ira tersenyum memandangnya.
“Kau nak ape? Aku ngantuk la. Jangan la kacau.” Bantal ditekup ke muka. Nak sambung tidur balik.
Ira tertawa. “Ala, jangan la marah. Ni, aku nak ajak kau pergi makan malam. Jom… A’eil, bangun la!”. Ira menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun. Mata A’eil terkebil-kebil melihat depan. Ira terus-terusan menarik tangan A’eil. Memaksanya untuk bangun dan pergi mandi. Jam hamper menunjukkan pukul enam suku petang.
“A’eil, cepat la. Karang DM tutup. Dah nak pukul enam setengah dah. Cepat! Nah, ni towel kau. Dah, sekarang kau bangun dan take your bath now, ok. Aku bagi kau masa 15 minit. By hook or krook, ok!” Ira member arahan. Dengan langkah longlai, A’eil menapak ke bilik air. Rasa mengantuknya masih lagi tak hilang.

Penat tadah telinga dengar Ira membebel. Semua tu gara-gara dia tertidur dalam bilik air. Buat haru je. Memalukan diri sendiri betul. Gila. Mana pernah ada student kena kejut tidur dekat bilik air. Sampai DM, jam dah jejak pukul 6.50. Kiranya kalau dia tidur lama sikit, memang merajuk la Ira dengan dia. Dah la hari itu makan  malam sedap. Ayam masak merah dengan sayur masak air campur buah anggur. Maunya tak kecur air liur kalau tinggal makan ni. Dah la ayamnya besar-besar. Dapat lagi best, bahagian dada. Fuh, hingga menjilat jari. Itu baru dekat DM. Belum lagi cerita pasal makan laju-laju semata-mataa tak nak jadi makmum masbuk magrib. Kiranya, makan tu masuk mulut, kunyah selaju mungkin, then telan. Nasib la, hadam ke tak. Waktu magrib(selain isnin dan khamis) andai kata ada makmum masbuk je, rasa macam awkward gila. Sebab, surau perempuan before magrib lagi dah penuh. So, makmum masbuk ni, sangatlah kurang. So, kepada sesiapa yang lambat tu, boleh tebalkan muka je lah bangun lepas tahiyyat akhir.
Kelas prep malam bermula macam biasa. Pukul 8.30 malam. Waktu pertama kali A’eil pergi prep malam, memang dia sangat mengantuk. Biasa dekat rumah, dalam pukul 9.30 malam, A’eil dah tidur. Masa kenalkan diri kat rakan-rakan seperjuangan pun, dia menguap. Tapi sekarang dah kurang sikit. Sebab dah mula terbiasa tidur lambat. Tidur pukul satu dua pagi bukan masalah baginya sekarang.
Sekarang, ada lapan kerja rumah menanti untuk disiapkan. Setiap subjek ada kerja rumah. Yang menjadi beza, masa menghantar. Fail Add Math ditarik keluar dari beg. Muka surat 2 dibelek. Sesekali keypad kalkulator ditekan.
Suasana prep malam riuh. Budak keluar masuk kelas tu perkara biasa. Fail Add Math ditutup kembali. Satu soalan pun tak boleh nak proceed. Penat buat jalan kerja panjang-panjang and then, salah. Rasa macam kena tipu dengan soalan.
“Eh, kenapa buat tak habis nih?” Yana merenung setiap perkakas atas meja. Fail Add Math yang terbuka luas dijeling sekejap. Quadratic function.
“Otak penat lah. Rehat kejap”, balas A’eil.
“Oh. Okey”. Yana buat kerja balik. Kasu dan Mina masuk kelas. Mereka terus ke meja Yana. Tangan Yana terhenti dari menulis karangan. Matanya memandang mereka.
“Esok perhimpunan dekat Hall. Dah setting tempat?”, tanya Mox.
Yana mengangguk. “Aku panggil budak form 1. Senang sikit  uruskan budak kecik”, kata Yana.
Mox memandang A’eil. “Siapa nih? Budak baru ea? Third intake?”
“Aku A’eil. Datang dari KL. Kau?” A’eil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Mox memandang pelik. “Aku Aina, panggil Mox. Head girl”. Huluran tangan A’eil disambut. A’eil tersenyum.
“Kau dorm ape?”
“Raudhah”.
Mata Mox terbelalak.

No comments:

Post a Comment